Wajib Try! NAZZEERAS' Roti Bakar Kacang Phool Penang - Hikayat Budak Pening Hikayat Budak Pening: Wajib Try! NAZZEERAS' Roti Bakar Kacang Phool Penang

22.12.17

Wajib Try! NAZZEERAS' Roti Bakar Kacang Phool Penang


Ramai yang tahu kalau sebut je pasal kacang phool, mesti ingat negara negeri Johor. Tapi tahukan korang yang kat Penang pun sudah ada Kacang Phool "Penang Style"? Jadi, kalau korang singgah Penang dan nak rasa makanan penang, NAZZEERAS' Roti Bakar Kacang Phool ni patut masuk dalam list korang.

NAZZEERAS' Roti Bakar Kacang Phool Penang



Senang je nak cari kedai ni. Korang boleh waze atau search google map "NAZZEERAS' Roti Bakar Kacang Phool Penang", insyaAllah jumpa. Kedai dia terletak di kawasan Tanjong Tokong, Penang, antara Gurney dan Tanjung Bungah. (coordinate 5.452354, 100.308441)

Sampai je aku kat sana, first impression je dah nampak sangat yang makanan kat sini sedap sebab pelanggan ramai tak kira bangsa! Aku tak sure kat negeri lain macam mana, tapi kat Penang kalau pelanggan dia lebih dari 1 jenis kaum, maksudnya konfom sedap!

Homade Kacang Phool



Yes. Kacang Phool yang dihidangkan disini adalah homade. dihidangkan dengan pilihan roti bakar yang pelbagai. Kalau tengok kat menu, macam-macam jenis roti ada. Cuma malangnya, aku allergic dengan roti. So, aku ratah kacang phool gitu je la.


First time sebenarnya hari tu aku makan kacang phool. Not bad. Aku kebiasaannya tak minat sangat kuah kacang, contohnya bila makan dengan cucur udang dan sebagainya. Tapi kuah kacang phool ni, aku boleh ratah sampai habis! Licin! Not bad la kan!


Lyana Ishak yang selalu makan tak habis tu pun, hari tu boleh habiskan semangkuk kacang phool beserta 2 set roti (1 set lagi aku punya sebab aku allergic roti, aku cabar dia habiskan. hahaha) so, yeah, korang memang patut try kacang phool penang style nih! sempoi!


Pelbagai Menu di NAZZEERAS' Roti Bakar Kacang Phool Penang



Sebenarnya selain roti bakar, ada juga roti jala. tapi hari tu menu roti jala tu tak ada. so, aku kechewa sikit sebenarnya tapi kekecewaan aku tu terisi dan terubat dengan kesedapan semangkuk kuah kacang phool. hahaha..


selain tu korang tengok sendiri la kepelbagaian menu lain yang ada kat sana. macam-macam ada. pilihan air pun not bad. nak minum biasa-biasa pun ada, minum hipster-hipster sikit pun ada.


 NAZZEERAS' Roti Bakar Kacang Phool Penang


alamat :
No. 1 & 27, Kompleks Desiran Tanjung,
Jalan Desiran Tanjung 3, Seri Tanjung Pinang,
10470 Tanjung Tokong, Penang

coordinate : 5.452354, 100.308441

nombor telefon/whatsapp : 019-220 1355

https://www.facebook.com/pg/Kacangphoolpenang

35 comments:

  1. Asalam memang membuka selera..TERBAIK di Penang

    ReplyDelete
  2. Sedap tu..kalau sampai Penang boleh pi cari...

    ReplyDelete
  3. perghhh tgk meleleh kena p cari.. area kt starbucks tu ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nina, tggu sy. kita g sekali nnt!

      Delete
    2. nina, dia kat dalam2 sikit, bukan kat tepi jalan utama..

      Delete
    3. ohhh ok nanti nk p usha haha nmpk sedap bangat

      Delete
  4. banyak menu menarik, pernah lgi pergi sana...pernah try yang kt paya keladi je....

    ReplyDelete
  5. Kalau bukan sebab kacang phool tak abes nie 😂😂

    ReplyDelete
  6. Wahhh bestnya.. mmg sedap makan ptg2 ni.. berselera tengok! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pulak dengan cuaca yang elok redup2 dengan angin petang.. fuh.,mmg layan..

      Delete
  7. Tak pernah berjaya nak cuba lagi kalau balik ke Selatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari tu masa turun johor, ada nampak kedai kacang phool kat area stadium tu.. tapi tak terdetik nak berhenti rasa pun.. hahah

      Delete
  8. owho, yg hampa pi rmai2 ritu..haha!
    nnti cik timm pi sendri dgn bg cik..haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila2.. dah alang2 tu boleh pusing2 1 penang.. heheh

      Delete
  9. Salam alaik! ya Allah, terliurnyaaa

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. rugi hari tu zumal x boleh datang..

      Delete
  11. thanks for sharing...kena cuba ni, nk gi penang bln 2 in shaa Allah..

    ReplyDelete
  12. Saya terlewat baca ni. Minggu lepas di penang. Terima kasih kongsi ni. Kena cuba jugak bila saya ke sana nnti.

    ReplyDelete
  13. minum hipster-hipster? hemster tahu arrr hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha.. hipster2 tu yang sempoi2 bajet western, nampak exclusive, tapi mahei namatey..

      Delete
  14. kacang phool!!! teringat bekas suami wan maimunah

    ReplyDelete
  15. kenyang weh makan sini.. kena pi time perot betol2 ready nak makan beso.. nampak sikit tapi peergh.. penuh jadinya =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. roti kan.. tambah pulakkacang tu mmg pekat mengenyangkan..

      Delete

Hikayat Budak Pening © . Designed by MaisarahSidi.com