Kenduri kahwin | salam berisi vs ang pow - Hikayat Budak Pening Hikayat Budak Pening: Kenduri kahwin | salam berisi vs ang pow

29.1.18

Kenduri kahwin | salam berisi vs ang pow

Kenduri kahwin | salam berisi vs angpau


Dah lama tak menulis, sampai ada orang tu merungut tak ada entri baru yang dia boleh baca. Hahaha..

Okay, back to the topic. Sekarang sudah mula berlegar berita yang tak lama lagi aku dah nak kahwin kat ofis. Expectedly, sebab gusip ofis aku agak cepat tersebar. Tapi yang aku heran, ofismate Chinese aku, perempuan terutamanya, ramai yang Tanya aku soalan yang sama

“Pha Is, you kahwin nanti nak hadiah apa? Tell us! Atau you prefer cash?”

I mean, Tanya secara serius. Bukan seorang je Tanya. Bukan sekali je Tanya. Banyak! Sampai aku pun mula curious. Apa nilai hadiah perkahwinan bagi budaya/kaca mata diorang?


Kebiasaa melayu



Aku tak pasti korang rasa macam mana. Mesti lain orang lain pendapat. Tapi bagi aku, kedatangan tetamu ke majlis itu sendiri adalah hadiah. Sebab itu aku tak expect sangat hadiah dari tetamu. Tapi bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak.

Bukankah dalam islam, kedatangan tetamu itu membawa rahmat?

Dan disebabkan aku tak expect apa-apa hadiah masa hari perkahwinan, so korang dah boleh agak pandangan aku terhadap memberikan hadiah kepada pengantin. Aku tak macam sesetengah orang yang mungkin setiap kali datang ke walimah orang, dia mewajibkan diri sendiri untuk bagi hadiah.

Bukan aku. Kalau aku rasa nak bagi hadiah, aku bagi. Kalau ada kawan yang nak share duit beli hadiah, aku join sekali. Tapi ada je aku pergi ke walimah tak bawak apa-apa. Kebanyakannya aku salam berisi ja. Sebagai adat.

Pantang melayu bermati adat. Rela melayu anak dilahat

And that’s it! Tak lebih tak kurang. At least aku pergi memenuhi panggilan hadiri walimah. Aku dah tunaikan hak dan tanggung jawab aku kepada saudara sesama islam.

sabda nabi,
”Hak muslim pada muslim yang lain ada enam yaitu,”(1) Apabila engkau bertemu, berilah salam padanya, (2) Apabila engkau diundang, penuhilah undangannya, (3) Apabila engkau dimintai nasehat, berilah nasehat padanya, (4) Apabila dia bersin lalu mengucapkan ’alhamdulillah’, doakanlah dia, (5) Apabila dia sakit, jenguklah dia, dan (6) Apabila dia meninggal dunia, iringilah jenazahnya. 
(HR. Muslim).[1]


Kebiasaan Chinese


Dah alang-alang masuk topic perkahwinan, aku pun Tanya seorang rakan sekerja Chinese aku.

“ korang kahwin mostly I tengok dekat hotel. Mesti bajet kenduri tinggi kan? Berapa?”

“eh, tak banyak sangat pun. Sebab nanti dapat angpow.”

Aku pun masa tu expect angpow tu macam salam berisi orang melayu la. Kadang-kadang dapat RM10, kadang-kadang dapat RM5, kadang-kadang banyak. Macam tu la kan.

Tapi rupanya sangkaan aku silap. Contohnya kalau tetamu dijemput hadiri kenduri kahwin di hotel, katakan kos untuk 1 kepala RM100, tetamu kena bagi angpow sekurang-kurangnya RM100! Mesti sama nilai dengan harga kos perkepala perbelanjaan kenduri tu.

Atau sekurang-kuragnya agak-agak “cincai kira” berapa kos per kepala untuk hotel tu. Bukan main-main. Mesti bagi! Kata rakan sekerja aku tu la. Kalau datang dengan 1 keluarga (katakan 4 orang), dah kena bagi angpow RM400!

Tapi kalau tetamu tu memang jenis tak mampu, baru boleh bagi sekadar yang termampu. Tapi point dia, mesti bagi jugak.

Bukan stakat tu, nanti keluarga pengantin akan take note dan kira berapa nilai angpow yang dapat dari tetamu. Sebab nanti nak kena bagi balik jumlah yang menyamai nilai angpow tu bila anak tetamu tu kahwin pulak.

Jadi, pokoknya kos perbelanjaan kenduri kahwin tu kira secara kasarnya ditanggung oleh tetamu!

Sudah tentu, system ni ada keburukan dan ada kebaikannya. Antara kebaikannya, dapat ringankan beban perbelanjaan kos kenduri tuan rumah.

Antara keburukannya, Sampaikan rakan sekerja aku tu cakap, kadang-kadang diorang takut kalau dapat terlampau banyak jemputan kenduri kahwin dalam 1 bulan.

Bayangkan kalau anak 3 orang, termasuk pasangan dan jadi 5 orang. Kalau dalam bulan yang sama dapat baru 2 sahaja jemputan kenduri kat hotel mewah, 1 kenduri dah kena bayar angpow RM500. Jadi bulan tu dah kena bayar RM1000 untuk hadiri jemputan kahwin sahaja!


Rasa bersalah


Lepas je aku tau benda ni, terus aku rasa bersalah. Sebab dulu aku pernah pergi kenduri kahwin kawan cina di hotel, satu haram pun tak bayar. Hahaha.. dah la masa tu hadiah pun tak bagi.

Sory, aku baru tau budaya diorang. Lepas ni kena take note la. Lain padang lain belalang. Masuk kandang kambing mengembek. Masuk kandang harimau mengucap mengaum.

sumber/rujukan ;
1. Muhammad Abduh Tuasikal. (2010 Jan 5). Memenuhi Undangan Walimahan. Rumaysho.com; dipetik dari https://rumaysho.com/760-memenuhi-undangan-walimahan-2.html

33 comments:

  1. oh macam tu ke budaya/adat depa. baru tahu..

    ReplyDelete
  2. nampak nya ada peminat menunggu entri baru la tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. bagi chance la kat dia.. hahaha

      Delete
  3. betul..kehadiran tetamu lebih bermakna dari hadiah yang di terima..buatnya kita jemput seribu yang datang 20 orang mestila sedih kan..tapi kalau yg bagi hadiah itu bonus..Pha Is nak hadiah apa dari sis JM hihiihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. segan ler nk minta.. sbb dah banyak dapat hadiah souvenir dari sis JM dah.. hahaha... kalau dapat datang kenduri saya pun kira cukup besar hati dah.. nnti saya buat jemputan official lain.. heheh

      Delete
  4. kalau jemputan tu kawan rapat yang kahwin mmg akan sediakan hadiah tapi kalau anak kawan mak yang kawin atau anak kawn opis yag kahwin..salam berisi dengan tuan rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh, macam tu eh..? saya hentam je.. kadang2 hadiah, kadang2 salam,

      Delete
  5. wowww..budaya org cina macam tu ek..mmg untung la..buat nya jemput 500 org..beribu dpt

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha.. boleh buat untung yer.. amboi, otak bisnes betol JM nih..

      Delete
  6. kenapa nak masuk kandang harimau..mmg carik pasal la hahaha

    ReplyDelete
  7. mmg pun wedding chinese macam tuu..adat dia..kalau wedding kt Korea pulak...kena register masa pi wedding siap dengan angpow kena ada nama keyh..hahaha..jangan harap nak makan free sbb xde register xde seat la gamaknyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. siap tulis nama.. kalau bagi sikit, konfom malu.. hahaha..
      mesti tetamu bagi banyak.. bijak.. bijak..

      Delete
  8. Kenduri kahwin kita pun tuan rumah akan ambil note mrk yg mnghulur nnti akan diberi jumlah yg sama r lbh bila rakan tu berkeduri pula...kat tmpat kak lah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. xtahu pulak, tapi macam susah je nk take not sampul ni dari sapa..

      Delete
  9. Memang budaya mereka begitu. Biasa experience, sampai sahaja ke majlis saya di usher kan ke meja pendaftaran.

    ReplyDelete
  10. okay, bab budaya cina, aku kena take note gak. hahaha...

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. bro bukan ada sangkut paut ke? hehehe

      Delete
  12. budaya diorang gitu dah biasa gitu.. kita ada salam kaut tapi CT tak berkenan sangat bila ada yang jelas2 tunggu salam kaut. no no it doesnt work dat way. jangan gitu.. kalo sungguh pun ade salam kaut terima dgn anggapan tu hadiah. kalo salam2 xde benda nk dikaut jgn la rasa ralat kan.. stuju dgn statement kedatangan tetamu adalah paling bernilai.. tapi kalo tanya nak hadiah apa jangan lupa sebut hahahah sapa suruh depa tnya !??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. segan la nak bagitau hadiah..

      Delete
  13. Uihhh baru tau pasal budaya Chinese. Mai skrg baru belajar bagi salam berisi, hahaha, dulu tak peduli, mak abah je yg hulur, haha.

    ReplyDelete
  14. Tapi cina ramai yg kaya.. takpe hehehee :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. itu betol..! tapi macam kesian kat yang x beberapa nk kaya nih..

      Delete
  15. Hahahaha..kami pun xtau. Next time kalau dpt invitation dr Chinese friends kena reject awal2 nak pi atau tgk budget bulanan dulu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. pergi je..cuma bajet kna siapkan la..

      Delete
  16. tak pernah lg p kenduri cina. tak tau la. kawen jgn lupa jemput

    ReplyDelete

Hikayat Budak Pening © . Designed by MaisarahSidi.com