Pandangan Mata Seorang Rider - Hikayat Budak Pening Hikayat Budak Pening: Pandangan Mata Seorang Rider

3.2.18

Pandangan Mata Seorang Rider

kalau dulu aku pernah tulis pasal Pandangan Mata Seorang Lelaki, kali ni aku nak tulis pasa Pandangan mata seorang rider pulak. sebab sebagai seorang rider, mata kami dah terlatih untuk perasan sebarang pergerakan pada bahagian pandangan sisi. Terutamanya bagi mana-mana pergerakan yang abnormal diluar ekspektasi.

Pandangan Mata Seorang Rider


Kalau kurang faham, cuba tengok rajah kat bawah ni :



Selain pergerakan pada bahagian pandangan focus, manusia biasa selalunya pandangan mereka turut akan sensitive terhadap sebarang pergerakan pada bahagian pandangan biasa iaitu pada julat 70 darjah (35 darjah kanan dan kiri).

Tetapi bagi seorang rider atau penunggang motosikal yang sudah biasa dengan risiko bahaya atas jalan yang sentiasa perlu peka akan sebarang pergerakan persekitaran, mata kami sudah terlatih semasa berada di atas jalan raya.


Walaupun pergerakan tersebut sangat minimum. Sebagai contoh, jika kereta sebelah bagi signal, atau kenderaan bersebelahan tiba-tiba mula merapat dalam keadaan yang membahayakan.

Disebabkan benda yang kecil macam ni, kami turut sensitive terhadap sebarang pergerakan di luar julat pandangan biasa, melebihi 70 darjah. Malah, sehingga melibatkan pandangan luar yang melangkaui 180 darjah.

pandangan luar waktu memandu


Hasilnya, kadang-kadang bila aku duk dalam bilik, aku cepat triggered bila ada sebarang pergerakan pada dinding bilik aku walaupun pergerakan tu 90 darjah ke tepi. Pergerakan cicak contohnya. Dah banyak kali.

Tapi kalau cicak okay lagi. Kadang-kadang, aku perasan macam ada benda melintas kat tepi tapi bila aku toleh, tak ada apa-apa pun. Hmm.. susah pulak bila sensitive sangat ni..

Hahaha...

20 comments:

  1. woww..hebat betul rider si tudung biru ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hebat lagi sis JM.. bukan rider tapi dah jalan merata.. hahah

      Delete
  2. lebih kurang mata lalat la ek :-)

    ReplyDelete
  3. mcm mana pandangan pun..hati2 semasa ride ye Pha Is

    ReplyDelete
  4. bahaya gak ni kalau terlalu sensitif. menakutkan diri sendiri tak pasal2. huhuhu...

    ReplyDelete
  5. yang tak nampak tu jaga jaga Phais =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kata oang, musuh yang tak nampak tu yang bahaya kan..

      Delete
  6. Pandang la dari mata hati... Hahahah keluaq tajuk... Zumal kalau ride atau drive mesti teragak-agak sebab bayang macam2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahaha...
      saya kalau bawak kereta ja jadi macam tu..

      Delete
  7. Singgah follow sini En Rider bermata abnormal :)
    https://herlittlehome.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...
      mata sharingan..
      thanks..

      Delete
  8. Jadi rider mmg sentiasa kena alert dan berhati2.

    ReplyDelete
  9. mlm2 jgn la tgk tingkap pulak... dok kondo xpa la. hahaha

    ReplyDelete

Hikayat Budak Pening © . Designed by MaisarahSidi.com