Tak semua yang indah perlu digambarkan - Hikayat Budak Pening Hikayat Budak Pening: Tak semua yang indah perlu digambarkan

1.12.17

Tak semua yang indah perlu digambarkan


Tak semua yang indah perlu digambarkan


Baru-baru ni agak heboh berkenaan larangan yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk berswafoto di perkarangan masjid al-haram dan masjid nabawi. Aku agak hairan sedikit sebab setahu aku, bukan dari dulu lagi ke kerajaan arab Saudi dah larang orang bergambar dalam kawasan masjidil haram? Entahlah. Kalau tak silap aku la.

Larangan Swafoto Di Dua Masjid Suci




Pointnya, dengan perkhabaran ini, ada yang sedih, ada yang marah, ada yang bangkit isu wahabi. Hahaha. Tapi aku tak rasa terkesan sangat dengan larangan tu.

Personally aku rasa selfie atau berswafoto kat sana tak salah, cuma macam tak ada keperluan sangat pun. Bagi aku la. takut jadi isu lain. takut riak.atau takut disalah gunakan. Aku tak kata konfom riak. cuma takut je...

 


Tak semua yang indah perlu digambarkan


Betul, aku suka ambil gambar, aku suka berada di belakang kamera berbanding di depan. (rujuk entri Belakang Kamera). Tapi kadang-kadang, bila moment tu terlalu indah, aku malas nak buka fon ambik gambar.

Aku malas nak bahagikan perhatian aku antara keadaan dan moment tu dengan usaha aku nak mengambil gambar. Sebab bila aku ambil gambar, kalau aku tengok melalui skrin, nanti tak puas. Tak ada feel. Kalau aku tak tengok skrin pulak, nanti gambar tak cun. Feeling pun tak ada sebab distracted.


Bila dalam keadaan macam ni, aku lebih memilih untuk hayati moment tu tanpa sebarang perantaraan. Hanya dengan mata dan panca indera aku sendiri.


See it. Feel it. Be in it.


So, kadang-kadang aku memilih untuk tengok saja.
Kadang-kadang je la. Bukan selalu. Hehehe...

Kalau korang?


52 comments:

  1. bagus juga dilarang.xdelah artis gi umrah nak selfie kat sana lagi..heheh.tapi apapun...entahlah susah juga nak fikir bab ni secara mendalam.heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..? sampai kita musykil, diorg ni pi nak ibadat ke, nk bergambar? hahaha

      Delete
  2. bagus juga, kalau tak asyik nak berswafoto je laa kan.. hihi
    belum pernah lagi sampai sana, doakanlah moga suatu hari nanti berkesempatan..")

    ReplyDelete
  3. See it. Feel it. Be in it. . . Capture it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. capture can be in your mind.. not necessary in the camera.. :)

      Delete
  4. dulu, selfie ni dilakukan oleh orang paling dungu dalam dunia iaitu mr. bean. tapi sekarang dah jadi trend sampaikan ada smartphone tertentu yang cuba tingkatkan ciri kamera khas untuk kaki selfie.

    ya, aku setuju. selfie ni bukan satu keperluan. tak perlu la nak gelabah kalau tak dapat selfie nak kat satu-satu tempat tu. tenang-tenang je menikmati suasana tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. kan...

      trend orang sekarang mamng macam tu.. tukar fon sbb kamera kat fon lama dah x cukup lawan untuk ambik gambar.
      nk pilih fon pun ikut kamera depan mana paling canggih. kalau dulu, kamera depan tu specs dia cikai je jika nk banding dengan kamera depan. tapi sekrang, kamera depan plak lebih2..

      Delete
  5. Ada saya tonton dengar berita tu tuan, terbayang bila ada rezeki ke sana..kena sorok kamera lah nanyinya. Saya jga suka mbil gambar ..biasa di sekolah saya lah yang jarang2 keluar gambar ..cuma di blog peribadi saya jadi lah konon model ikon hanya di blog peribadi ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandangan peribadi saya, bila dah kat dalam tu, fokuskan untuk ibadah.. kat luar masjid haram, tak kisah la nak buat apa pun.. pandangan peribadi saya je la..

      Delete
  6. Bagi saya tak salah nak selfie or ambil gambar tapi nak buat macam mana memandangkan itu dah peraturannya, kena lah akur. Tapi honestly, mesti nak merakam detik manis bila sampai sana, bukannya selalu pergi so kena pandai sorok lah lepas ni hee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. terpulang.. masing2 ada pendapat sendiri.. nak seribu daya.. hehehe...

      Delete
  7. masalah orang kebanyakannya, so hard to follow the basic rules..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. the problem is the mentality towards teh rule...

      orang yang anggap rule tu patut, berasas, mesti akan ikut.
      org yang anggap rule tu suatu penindasan, x patut, x berasas, mesti akan membantah..

      mentality.

      Delete
  8. Dah dilarang kenalah patuh boleh je berselfi kat tempat lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sependapat dengan pandangan ini.. dah dalam masjidil harap, tak perlu rasanya nak berselfie.. tiada keperluan.. kalau niat nak beribadah, benda lain yang bercanggah dengan niat tak akan dibuat..
      pendapat saya la..

      Delete
  9. betul tak perlu pun nak selfie ... takut "ter" riak ... kitakan manusia biasa ... better elakkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita bukan Tuhan nak tentukan niat orang. tapi kalau dah perbuatan nampak lari dari niat beribadah......

      Delete
  10. Satu masa dulu pun perna ada larangan ambil gambar dalam masjidil haram dan an nabawi, tapi tak tau bila ia dilonggarkan sejak zaman digital ni. Mmg sebaiknya diharamkan.. banyak lokasi di luar pun boleh bergambar dan cantik juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju.. suatu yang terlalu bermakna seperti ini kadang2 terlalu hebat untuk disimpan hanya didalam kamera..

      Delete
  11. betui. ada dapat pic dalam group, p umrah, cium hajarul aswad pun snap pic masuk dalam group. perlu ke. aduhai

    ReplyDelete
  12. Luruskan niat dan fokus ibadat hanya kepada Allah. Moga lebih berkat dan ibadat diterima oleh Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju.. sesungguh setiap perbuatan itu dengan niatnya.. kalau niat beribadah tapi perbuatan sebaliknya, kan dah lari niat tu..

      Delete
  13. Replies
    1. camture it through your eyes, keep it in your heart..
      not through the camera lense

      Delete
  14. Tak kisah dgn laranagn ni. Kita g sana bkn nak bergambar. 😊


    ReplyDelete
  15. Kalau tempat yang dilarang bergambar memang akak takkan ambil gambar, tak nak risiko kena rampas.. leceh nak hadap nanti. Jalan terbaik.. ambil gambar di tempat yang dibolehkan je. Adakala akak suka melihat pemandangan tanpa perlu nak bergambar bagai.. hayati moment tu tanpa adanya halangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes.. kita sekepala. hehehe.. xperlu nak jadi degil sangat.. hehehe

      Delete
  16. mungkin ade baiknye.. tapi ade juga yg selfie sbg kenangan.. tapi kadang-kadang niat kite disalah erti.. byk betul tapi ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila terlalu banyak uncertainty. ini la yang terjadi.. hehehe

      Delete
  17. Alhamdulillah dapat jejak kan kaki dekat sana. Betul adab adab dirumah suci ALLAH kena jaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi adab tu sesuatu yang subjektif. kebiasaan bagi sesetengah kaum mungkin nampak tak beradab bagi sesetengah kamu yang lain. contoh macam pakai kasut dalam rumah.

      bagi sesetengah orang, mungkin berselfie di depan kaabah itu biasa. tapi bagi sesetengah orang yang lain nampak tak beradab.

      pokoknya, setiap amalan itu dengan niat... :)

      Delete
  18. sy bc kt mn yaa... katanya org suka selfie ni low self esteem

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak pendapat yang mengisahkan orang yang suka selfie..

      ada pandangan engatakan orang yang suka selfie ni suatu penyakit mental dimana dia ketagih perhatian.seifie cara dia untuk pancing perhatian orang.

      Delete
  19. banyak lg tempat boleh selfie kt luar masjid.. jgn la niat nk menunjuk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tak tahu niat diorang, tapi, yeah, macam nampak sangat niat nak menunjuk.. hahaha

      Delete
  20. ooooo tempat larangan rupanya...tapi ramai je update blog pergi umrah bergambar depan kaabah..so 'terlepas' dari kena rampas ke mcm mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. larangan ni ada, tapi tak kan nak kena ada polis khas nak pantau semata-mata tak mau orang selfie je.. so, mmg kes yang terlepas la.. jarang kna tangkap.

      tapi dengar cerita, kalau kena tangkap pun, kalau pak arab tu tau kita orang malaysia, dia lepaskan je.. orang arab agak respek dengan orang melayu..

      Delete
  21. ada orang niat ambil gambar tu sebagai kenangan..tapi kalau dah jadi larangan..kena ikut ye dok kang tak memasal kena rampas..adehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. kalau nak ambik sebagai kenangan tak ada masalah, boleh ambil jauh sikit, dari tingkat atas kononnya.. ni orang tgh sebok2 nak tawaf kat bawah tu, dia pun buat2 sebok nk selfie..

      itu yang nampak macam tak appropriate..

      Delete
  22. berbalik pada niat hati yang mengupload dan niat hati yang menengok jugak rasanya. boleh saja berfikiran positif dan doa yg baik2. tp most of us tak suka gitu hehe.. btw kalo dah dilarang tu ikutlaaa peraturan. masuk kandang kambing mngembek masuk kandang rimau mngaum gituu..

    betol ke peribahasa itu =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol dah tu.. boleh jadi cikgu bahasa dah.. hahaha

      Delete
  23. Saya jarang selfie sbb dekat sangat muka x cantik..tapi object2 boleh tahan haha

    ReplyDelete

Hikayat Budak Pening © . Designed by MaisarahSidi.com