[entri poyo. jangan baca]


365 Hari mencari Cinta


bila tak ada idea sangat nak menulis, so, aku pun nak merapu sikit hari ni. kesinambungan dari #1092HariMencariCinta yang bermula pada tahun 2015, disusuli dengan #728HariMencariCinta pada tahun 2016, maka pada tahun 2017 ini, aku pun aku teruskan dengan #365HariMencariCinta.

#365HariMencariCinta


bagi yang belum tahu, hashtag ni nampak je poyo, tapi maksud sebenarnya cuma aku nak ingatkan diri yang aku mula nak pikir pasal kahwin dan mencari calon start tahun 2018. tu je maksud hashtag tu. sebab kenapa 2018? boleh tengok entri #1092HariMencariCinta dan #728HariMencariCinta tu...

Buat masa sekarang tak "mencari" lagi pun sebenarnya. just tengah enjoy hidup membujang.


dan disebabkan aku tak mencari ni la, orang mula kata kat aku macam-macam. ada yang kata aku ni sombong, ada yang kata aku ni jual mahal, ada yang kata taste aku tinggi.


persiapan kahwin so far




mahar : dinar emas
beli masa zaman belajar kat U lagi. tu pun kalau family dia setuju la. tak nak tak pe, aku prepare je.

hantaran : so far simpanan aku untuk hantaran baru separuh dari average nilai hantaran kahwin semasa[1].

kenduri : yang belah laki ni buat cukup syarat sudah. so bajet tak banyak sangat.

berat badan : target nak turun lagi 5kg sebelum naik pelamin #MisiMuatBajuPengantin !

benda nak buat sebelum kahwin :
1. pakai superbike. (done, walaupun sekadar R25, bukan katagori "superbike" pun sebenarnya, tapi kira aci la)
2. hiking gunung kinabalu (done, walaupun tak berjaya sampai puncak. kira aci la tu)
3. ride ke siam (belum, dalam perancangan)

calon : belum ada yang pasti - I know.. pathetic..





sumber dan rujukan :
1. Boo Su-Lyn. (2013 Dec 24). Till debt do us part. Malay Mail Online; retrieved from http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/till-debt-do-us-part