9.1.17

Yamaha YZF R25 Review 2 | Prestasi


seperti yang dijanjikan dalam entri aku bertajuk Yamaha YZF R25 Review 1 | Luaran, kali ni aku nak share kat korang review aku berkenaan motosikal Yamaha YZF R25 ini dari segi prestasi dia pula.

Yamaha YZF R25 Review 2 | Prestasi


sebelum tu, aku nak clarify siap-siap. semasa entri ini ditulis, aku pakai moto ni cukup-cukup setahun. mileage yang aku dah bawak sejauh 35,000++ km. aku pengguna kedua, beli second hand straight dari owner asal, yang masa tu baru pakai 3,000km dengan harga RM19k.

kenapa aku memilih Yamaha YZF R25? boleh lihat sini : Kenapa Aku Memilih Yamaha YZF R25

Spesifikasi Yamaha YZF R25


sebelum tu, jom kita tengok specs Yamaha YZF R25 ni dulu:[1]

Displacement (cc)
249
Enjin
Liquid-Cooled, 
2-Inline Cylinders 
4-Stroke Engine 
With Downdraft Induction Fuel Injection
Compression ratio
11.6 : 1
Bore x stroke
60 X 44.1 mm
Max Power
36.4 HP @ 12,000 rpm
Max Torque
23.2 Nm @ 10,000 rpm

kalau nak bandingkan specs antara Yamaha YZF R25 dengan Honda CBR250RR dan Kawasaki Ninja 250R, boleh lihat entri ini : Honda CBR250RR vs Yamaha YZF-R25 vs Kawasaki Ninja 250R

top speed


aku tau, soalan cliche yang selalu orang tanya bab moto ni mesti top speed. haha.. okay, top spedd yang pernah aku bawak setelah tunduk potong angin meroket, boleh la cecah 185km/j. enjin semua standard. tak ada modify apa-apa.

kalau tak tunduk, boleh dapat 170++ km/j kalau tak ada angin datang berlawanan. tapi kalau standard biasa takat 160 km/j senang-senang je boleh dapat.

Pick Up


bab pick up ni, korang boleh tengok sendiri maximum torque motosikal Yamaha YZF R25 ni macam mana, dari situ dah boleh agak. max torque dia agak tinggi pada 10,000 rpm. so, pick up dia as expected agak lambat. kalau ajak race ngan budak 125 kat trafick light, untuk lebih kurang 300 meter pertama memang korang kena tinggal.

sebab tu ada budak claim kata motosikal suzuki belang 150r boleh menang kalau lawan drag dengan R25. kalau nak tengok dakwaan tu boleh tengok kat ruangan komen kat entri ini : Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

tapi secara overall, pick up Yamaha YZF R25 ni biasa je. tak mantap pun. aku cakap macam ni sebab aku dah try motosikal member aku, Yamaha MT-07. lepas naik MT-07 tu, aku naik R25 dah tak rasa apa-apa! hahaha.. mau tak mantap, MT-07 tu 689cc 2 silinder bhai! mencanak!


handling/cornering


please don't try this at home

bab ni aku rasa aku tak layak nak komen lebih sebab ini sportbike pertama aku. sebelum ni aku pakai kapcai honda wave 125 je. so, aku tak boleh nak compare dengan mana-mana motosikal 250cc keatas.

tapi kalau takat nak layan corner sampai seret footrest tu, senang je.. baru ni aku tukar footrest baru, bagi tinggi sikit. lepas tu pi cameron layan corner. dah tak seret footrest, tapi dia seret muffle ekzos plak. hahaha..


aku pernah bawak dari kelantan ke penang, aku sukat tengok google earth, jarak sepanjang 120km dari jeli ke simpang 4 gerik (gulai kepala ikan) aku bawak dalam 1 jam tepat. so, purata aku bawak 120km/j masa aku layan corner lereng bukit tu. (Jelajah Raya 2016 | Prestasi Yamaha R25 Teruji)

game on!

personally aku rasa motosikal Yamaha YZF R25 ni sangat best sebagai sportbike pertama korang kalau korang suka layan corner cecah lutut tawan lereng bukit. takat Kawasaki Z800 pun rilex je kau boleh tapau kat corner (kat corner je la). hehehe.. (Ride Ke Genting Highland | Z800 vs R25)


sumber dan rujukan:

1. Hong Leong Yamaha Motor. YZF-R25 Product Detail. Yamaha Motor. retrieved from http://www.yamaha-motor.com.my/products-details.php?id=24 [cited 27 July 2016]

2. Pha Is. (2016 July 27). Honda CBR250RR vs Yamaha YZF-R25 vs Kawasaki Ninja 250R. Hikayat Budak Pening; dipetik dari http://www.budakpening.com/2016/07/honda-cbr250rr-vs-yamaha-yzf-r25-vs.html

3. Pha Is. (2016 Jan 28). Kenapa Aku Memilih Yamaha YZF R25. Hikayat Budak Pening; dipetik dari http://www.budakpening.com/2016/01/kenapa-aku-memilih-yamaha-yzf-r25.html

4. Pha Is. (2016 July 15). Jelajah Raya 2016 | Prestasi Yamaha R25 Teruji. Hikayat Budak Pening; dipetik dari http://www.budakpening.com/2016/07/jelajah-raya-2016-prestasi-yamaha-r25.html

5. Pha Is. (2016 Oct 20). Ride Ke Genting Highland | Z800 vs R25. Hikayat Budak Pening; dipetik dari http://www.budakpening.com/2016/10/ride-ke-genting-highland-z800-vs-r25.html


13 comments:

  1. Berhati-hati menunggang motor yg dicinta agar selamat pergi balik.

    ReplyDelete
  2. dapat kat sy ni mau x tido mlm hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..
      dapat bayangkan.. sbb dulu masa mula2 dapat beli moto ni, malam tu x bleh tdoq jugak.. esok tu nk pi kerja eksaited gila.. hahaha

      Delete
  3. haih, tringin aih, tapi kan, sampai ke kaki cik timm yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnti try naik tengok.. baru tau sampai atau tak..

      Delete
  4. Orang minat motor, suka la info ni... nice sharing

    ReplyDelete
  5. untung laaaa skrg blog smua pasal moto

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada semua pasal moto.. sbb pembaca setia blog ni ramai yg bukan kaki moto. so kita selit2 sikit je entri pasal moto.. hehehe.. kalau x nnti diorg lari..

      Delete