Thursday, January 28, 2016

Kenapa Aku Memilih Yamaha YZF R25

dalam kebanyakan entri pasal superbike kat blog aku ni, sebelum ni aku selalu ceritakan tentang motosikal idaman aku, Yamaha XJ6N. tapi setelah aku pertimbangkan beberap perkara, dan setelah aku berbincang dengan member aku yang juga seorang rider superbike, aku putuskan untuk tak terus beli Yamaha XJ6N tetapi, aku nak angkat Yamaha YZF R25 dahulu.

kenapa aku memilih Yamaha YZF R25?


Gadis bertudung biru


1. rakan aku menasihatkan agar aku tak terus 'jump' pakai motosikal berkapasiti 600cc sebab ini superbike pertama aku. dia cadang supaya aku 'bermain ringan-ringan' dulu dengan superbike berkapasiti rendah, macam R25 ni. (250cc)

sebab dia kata, banyak kes orang kemalangan superbike sebab penunggang tak pandai handle superbike. jenis penunggang yang terus 'jump' angkat superbike kapasiti tinggi macam Kawasaki Z800. sebab tu dia kata Z800 antara yang banyak kes kemalangan. bukan salah moto, tapi penunggang yang tak berpengalaman.


kata rakan aku lagi, sekarang ni ramai mampu beli tapi tak ramai yang mampu bawa. jadi, aku target nak pakai moto dalam 1 hingga 2 tahun macam tu je kot. sekadar muqaddimah. hehe..

2. kenapa sportbike dan bukan naked bike? aku memang lebih minat naked bike berbanding sportbike. tapi disebabkan superbike hanya sekadar "muqaddimah" aku dalam dunia superbike, so, aku rancang untuk try sportbike dulu. sekurangnya nanti aku dah dapat rasa dua jenis superbike yang berlainan (sportbike dan naked bike).

untuk nak tahu beza jenis2 superbike (naked bike, sportbike, cruiser, dual purpose, dan sebagainya, sila lihat entri ini:Tips Memilih Superbike

3. tapi, dalam banyak-banyak sportbike kelas 250cc, kenapa aku pilih Yamaha YZF R25? kenapa bukan Kawasaki Ninja 250R yang sangat popular tu? sebabnya Yamaha YZF R25 ni model paling berkuasa (horse power) dalam kelas sportbike 250cc mengatasi saingan sekelasnya yang lain (Adi Arena, 2015). lagi satu, sebab aku minat giler dengan design dan kaler dia.

so, disebabkan 3 perkara tersebut, aku memilih untuk 'main-main' dulu dengan Yamaha YZF R25. nanti bila dah lama sikit bawak, baru aku try buat review motosikal ni pulak...







50 comments:

  1. Wah untuk main2 je ye... teringin gak nak tukar tapi duk selesa dengan motor yang ada raga ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk moto ada raga, sekarang pun banyak pilihan.. yamaha dah keluar y15zr. suzuki dari dulu lagi dah keluarkan suzuki belang 150r. honda pulak dah nk bawa masuk jugak moto 150cc moped (boleh letak raga). pastu dengar cerita modenas pun nk jugak bawa model kapcai 150cc.. hmm.. pilih jangan x pilih..

      Delete
    2. haaa pilih...banyak pha is beri pilihan :p

      Delete
  2. bgus info ni, smlm baru kawan survey moto.. tp x ambik la superbike.. just ambik lc 135 je.. hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala cik en, dari lc135, baik yamaha y15zr terus.. mahal sikit je.. tapi berbaloi, lagi lawa, dengan enjin 150cc.. hehehe

      Delete
    2. Dripade 150cc baik jump 250cc hahaaha

      Delete
    3. Dripade 150cc baik jump 250cc hahaaha

      Delete
    4. 250cc komitmen tinggi sikit.. hehehe..

      Delete
  3. mampu baca jer, tak mampu akak nak komen lebih-lebih...he he he...tak faham tentang motor....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ce selalu singgah blog ni.. nnti lama2 mesti paham.. hehehe

      Delete
  4. dh mampu main2 dgn superbike hebat tu...

    ReplyDelete
  5. tak pandai sgt bab motor tapi minat naik ktm duke jek..kekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. not bad taste idzwa... kelas kau jah.. hahaha

      Delete
  6. betul tu...husband akak pon ckp camtu..bawak yg ringan dulu..

    ReplyDelete
  7. hanya mampu tengok..huhuhu..dari dulu tak pernah dapat green light untuk beli..

    ReplyDelete
  8. lepas baca entry nie..terus hasut en.husband cr z25 nie je dulu ..hehe sbb dia pun asyik nampk z800 tu...pelik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. R25 la, bukan Z25.. cuma Z250 ada la.. tapi yg tu pun ok jugak..

      Delete
  9. owh niat nak mendua rupanya.. kihkihkih..

    kira baguslaa kalau kita tak beli secara terburu² tanpa usul periksa dahulu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah menduakan dah pun.. tinggal nk cukup qouta meng-empatkan je ... hahha

      Delete
  10. jangan main-main dengan hatinya Pha Is....

    bagus juga cadangan ni...
    info yang baik bagi mereka yang berjinak ke arah dunia permotoran ni.

    kalau aRz lebih minat versys....kenapa? sesuai semua keadaan kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. versys memang sangat praktikel. design dia je dah gabungan antara dual-purpose bike, standards, adventure-tourers and sportbikes. tambah plak dengan cara tunggangan yg lebih rilex, ramai yg memilih versys..

      versys tu sendiri dari perkataan "versetile" dan "system". gabungan antara gaya dan praktikality. memang sesuai untuk banyak jenis kegunaan sama ada off road, touring, atau sekadar kegunaan harian biasa..

      bagi mereka yang pentingkan praktikeliti, keselesaan, dan gaya, boleh pilih versys.

      cuma bagi yg pentingkan kelajuan, selalunya orang yg macam ni akan memilih sportbike ataupun super-sport, atau mungkin juga sport-touring bagi kegunaan utk jalan jauh..

      Delete
  11. Bayak baca ttg superbike dalam blog pha is.. tapi tak paham2 gak.. adooii.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nmpaknya penerangan saya pasal moto selama ni x cukup jelas la.. hmm.. nk kna perbaiki lagi nih.. heheh

      Delete
  12. heheeheee... sekadar muqaddimah je bro.... nice lah.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. plan nya macam tu la...

      waah.. dua beradik komen kat sini sekali nih.. rancang ka apa nih.. hahaha

      Delete
  13. suami pun cm ni gak asyik2 moto moto ajer dia google utube hehe

    ReplyDelete
  14. wahh tahniah tahniah..ride safely okay!! siap ada naked naked bahaya ni ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. naked ni naked lain.. bukan naked badan tapi naked injin.. hehehe

      Delete
  15. Gadis bertiding biru dah setel.. bila pula Pha Is nak 'sambar' gadis berjubah biru? hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la.. lagi 2 tahun kot kalau mengikut rancangannya..
      #728harimencaricinta

      Delete
  16. patutlah menjadi pilihan..'mengancam' ko!

    ReplyDelete
  17. Tahniah dah dapat r25.. Ride safe

    ReplyDelete
  18. Yup buat masa sekarang, R25 paling power dalam kelas 250cc, dari segi handling dan conering agak kurang sikit je banding dengan KTM RC, agak ekonomikal dan bagus untuk beginner.

    ReplyDelete
    Replies
    1. toodia, bila otai mai komen kat sini. hehhe..
      bab comparison dengan KTM RC tu saya tak tahu sangat sbb x pernah lagi naik mana2 moto selain moped sebelum ni. ni 1st sportbike. so far saya rasa okay je..

      Delete
  19. O, baru tahu bawa motor besar ambil kira faktor pengalaman juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung kepada penunggang juga.. kalau yakin dan mmg jenis bawa hati2.. boleh la terus ambik cc besar..

      Delete
  20. Replies
    1. pernah pergi balik antara penang - kelantan. best ride of my life..
      pernah 2-3 kali ke KL dari penang. macam pi kerja je
      pernah sampai genting highland.. mmg layan..

      Delete