2 Jenis Manusia | Selimut?


Sebelum ni dah banyak kali aku terfikir. Kat dunia ni selalunya ada 2 jenis manusia yang saling berlawanan. Kali ni aku nak bagi contoh tentang tidur berselimut.


1. Tidur Berselimut


Ada sesetengah orang yang dia tak boleh tidur tanpa selimut. Panas macam mana sekalipun, tetap kena selimut masa tidur.



2. Tidur Tanpa Selimut


Okay, aku macam ni. Tidur tak pernah berselimut. Kadang2 je. Tu pun kalau betul-betul  sejuk sangat. In fact, aku tidur tak pernah pakai baju pun. Hehehe..


Kalau hujan, orang lain tarik selimut. Aku buka baju buka kipas, terus terjun atas katil. Kat Cameron highland pun sama. Member sebelah tidur merekot dalam selimut, aku terlentang  dengan hanya berkain pelikat sahaja.

Hotel ber-aircond? Aku pernah tidur atas lantai tak berbaju sebab aircond kat hotel tu slow. Dah la tak ada kipas. Yer la hotel aircond mana ada kipas kan. Kalau ada aircond dan cukup sejuk, baru aku selimut. Tu pun tak berbaju jugak. Hehehe..

Korang yang mana satu?