X-men Apocalypse


sebenarnya aku perasan benda ni lama dah, masa pertama kali aku tonton filem X-Men yang terbaru, X-men : Apocalypse. dalam cerita tu, korang perasan tak ada disebut secebis dari kisah Raja Namrud dengan nabi Ibrahim a.s? 

Panah Tuhan



dalam filem tu, Apocalypse berjaya mengawal manusia dengan bantuan charles xavier secara paksa lalu membuatkan semua pemegang kunci bom nuklear untuk melancarkan serangan nuclear ke arah langit sambil berkata :


"You can fire your arrows from the tower of Babel..
but you can never strike God"

ungkapan tu sebenarnya merujuk kepada Raja Namrud dalam usahanya membuktikan yang dia telah berjaya membunuh Tuhan nabi Ibrahim dengan memanah ke langit dan anak panah tersebut akhirnya berlumuran darah.

Tower of Babel (menara Babylon)



Menurut cerita dalam Kitab Bible, Babel (Babylon) adalah bandar kepada Raja Namrud, dan merupakan bandar pertama dibina selepas Banjir Besar nabi Nuh a.s. di  Mesopotamia purba (kini dikenali negara Iraq).

Penduduknya mengambil keputusan bandar ini memerlukan sebuah menara yang hebat sehingga mencecah langit. Bagaimanapun Menara Babel bukan dibina untuk Tuhan tetapi sebagai menunjuk-nunjuk kehebatan dan kesombongan manusia terutama mereka yang membinanya.


Arrows strike God (Panah Tuhan)




Raja Namrud telah berusaha untuk membina sebuah kenderaan yang mampu terbang keatas langit. apabila sampainya dilangit, dia akan menghampiri Allah dan memanahnya sehingga mati.

Sebaik sahaja kenderaan naik ke udara, beliau mengacukan panahnya kelangit dan memanah ke udara. Selang beberapa minit panahnya jatuh ke kenderaannya dengan berlumuran darah.

Raja Namrud berasa gembira kerana menyangka beliau berjaya membunuh Tuhan Nabi Ibrahim a.s. Apabila sampai kebawah, beliau dengan bangganya menunjuk anak panahnya dikhalayak ramai dan mengaku bahawa beliau telah membunuh Allah.

Kisah Raja Namrud dan Nabi Ibrahim a.s


panjang lagi sebenarnya kisah ni. nak cerita sambung lebih detail dah mengantuk.(entri ditulis sebelum tidur pukul 2 pagi). hehehe.. korang cari la sendiri kalau berminat. boleh rujuk rujukan yang aku bagi kat bawah ni.

salam jumaat..

sumber dan rujukan :

1. Wikipedia : Raja Namrud. dipetik dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Raja_Namrud
2. Adrian Subagyo. (2014 Dec 23). Kisah Ibrahim Melawan Raja Namrud, Raksasa Pendiri Menara Babel; isains. dipetik dari http://www.isains.com/2014/12/kisah-ibrahim-melawan-raja-namrud.html
3. Wikipedia : Menara Babel. dipetik dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Menara_Babel
4. Wikipedia : Tower of Babel. dipetik dari https://en.wikipedia.org/wiki/Tower_of_Babel