23.9.16

X-men Apocalypse | Panah Tuhan


X-men Apocalypse


sebenarnya aku perasan benda ni lama dah, masa pertama kali aku tonton filem X-Men yang terbaru, X-men : Apocalypse. dalam cerita tu, korang perasan tak ada disebut secebis dari kisah Raja Namrud dengan nabi Ibrahim a.s? 

Panah Tuhan



dalam filem tu, Apocalypse berjaya mengawal manusia dengan bantuan charles xavier secara paksa lalu membuatkan semua pemegang kunci bom nuklear untuk melancarkan serangan nuclear ke arah langit sambil berkata :


"You can fire your arrows from the tower of Babel..
but you can never strike God"

ungkapan tu sebenarnya merujuk kepada Raja Namrud dalam usahanya membuktikan yang dia telah berjaya membunuh Tuhan nabi Ibrahim dengan memanah ke langit dan anak panah tersebut akhirnya berlumuran darah.

Tower of Babel (menara Babylon)



Menurut cerita dalam Kitab Bible, Babel (Babylon) adalah bandar kepada Raja Namrud, dan merupakan bandar pertama dibina selepas Banjir Besar nabi Nuh a.s. di  Mesopotamia purba (kini dikenali negara Iraq).

Penduduknya mengambil keputusan bandar ini memerlukan sebuah menara yang hebat sehingga mencecah langit. Bagaimanapun Menara Babel bukan dibina untuk Tuhan tetapi sebagai menunjuk-nunjuk kehebatan dan kesombongan manusia terutama mereka yang membinanya.


Arrows strike God (Panah Tuhan)




Raja Namrud telah berusaha untuk membina sebuah kenderaan yang mampu terbang keatas langit. apabila sampainya dilangit, dia akan menghampiri Allah dan memanahnya sehingga mati.

Sebaik sahaja kenderaan naik ke udara, beliau mengacukan panahnya kelangit dan memanah ke udara. Selang beberapa minit panahnya jatuh ke kenderaannya dengan berlumuran darah.

Raja Namrud berasa gembira kerana menyangka beliau berjaya membunuh Tuhan Nabi Ibrahim a.s. Apabila sampai kebawah, beliau dengan bangganya menunjuk anak panahnya dikhalayak ramai dan mengaku bahawa beliau telah membunuh Allah.

Kisah Raja Namrud dan Nabi Ibrahim a.s


panjang lagi sebenarnya kisah ni. nak cerita sambung lebih detail dah mengantuk.(entri ditulis sebelum tidur pukul 2 pagi). hehehe.. korang cari la sendiri kalau berminat. boleh rujuk rujukan yang aku bagi kat bawah ni.

salam jumaat..

sumber dan rujukan :

1. Wikipedia : Raja Namrud. dipetik dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Raja_Namrud
2. Adrian Subagyo. (2014 Dec 23). Kisah Ibrahim Melawan Raja Namrud, Raksasa Pendiri Menara Babel; isains. dipetik dari http://www.isains.com/2014/12/kisah-ibrahim-melawan-raja-namrud.html
3. Wikipedia : Menara Babel. dipetik dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Menara_Babel
4. Wikipedia : Tower of Babel. dipetik dari https://en.wikipedia.org/wiki/Tower_of_Babel


43 comments:

  1. cerita ni ada kaitan ke mcm mane? belum tgk lg xmen nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia nk kata dia tuhan la.. sbb tu dia kaitkan dengan kisah tu..

      Delete
  2. menarik kisah ni, tapi dahsyat kan orang zaman dulu2. straight to Allah poie ea.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tyu la.. bongkak sangat.. macam raja namrud dan firaun la..

      Delete
  3. Tak pernah lagi tengok cerita ni.

    ReplyDelete
  4. Masa tengok filem ni sy pun rasa macam ada "something wrong" dengan filem ni..

    ReplyDelete
  5. ada juai kt kedai tp x beli hehe beli cite warcrft.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi saya la.. cerita ni lagi best dari warcraft... hehehe

      Delete
  6. tak tgk lg movie ni.. menarik kisah tu..

    ReplyDelete
  7. Hamboi.. sampai ke situ hang dapat kait naa..
    Ceq tak tengok lagi citer ni so tak dapat nak bayanglah apa hang cakap.
    Heeheeheeeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tu la.. terus terfikir bila tgok cerita nih..

      Delete
  8. cerita omputih selalu ada cerita yg berkaitan kan.. pandai depa memanipulasikan fikiran penonton.. hsna tak tgk lg pon crita nih sebab tak rajin layan xmen sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekceli bagus juga.. buat kita berfikir.. bagi mereka yg mau berfikir la.. hehehehe

      Delete
  9. PANDAI BARAT masukkan unsur2 ni...rata2 filem mereka byk konspirasi yg ramai tak sedar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi bagi saya maacm ni yg buat cerita tu bertambah menarik.. ehehhe
      buat kita berfikir..

      Delete
  10. Org barat ni mmg bijak dlm menyuntik perkara2 yg kita tak sedar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. yg tak sedar ni yang kurang pengetahuan.. yg tu bahaya.. bagus kalau bila kita tengok sesuatu, buat kita berfikir dan mencari info2 tambahan berkaitan.. x hanya menelan bulat2 apa yg ada dalam cerita..

      Delete
  11. Bgs2 cerita ni..nak tgk bertapa sombong manusia kat allah swt

    ReplyDelete
  12. tengok yg kartun je hari tu. hihi

    ReplyDelete
  13. depa ni kalau buat filem, depa kaji sungguh-sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu kita kna jaga2.. jangan tgok then percaya bulat2.. kna balik kaji.. hehehe

      Delete
  14. ni sambungn dri xmen future past kan? akhir babak pun de tnjuk mcm unfinishd pyramid. ketua ngn pngikut.

    ReplyDelete
  15. sebab tu kami malaih tengok cite omputih. kebanyakkan nya akan manipulasi dengan kaitkan orang islam ni jahat bla bla bla. sama point la dgn cite kot gamaknya kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. part tu kita kna sndiri tapis dalam kepala otak.. nilai sendiri.. jangan ambik bulat2..

      Delete
  16. Kisah Raja Namrud dah lama tahu, tak sangka pula filem x-men apocalypse ada kaitan dgn kisah Raja Namrud :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. x ramai perasan, sbb perincian dia pasal strike god dengan tower of babel tu sekali je dia sebut, sekilas lalu je..

      Delete
  17. Replies
    1. saya x nk kata mesti tengok, tapi skadar sedikit hiburan dan sesuatu yg kita boleh ambil pengajaran daripadanya..

      Delete
  18. Bila baca entry ini buat lagi menarik bila tgk film tu..

    ReplyDelete