30.9.16

Samak Perempuan


Samak Perempuan


Sementara menunggu masuk waktu solat isyak, aku sempat bersembang dengan beberapa geng surau kat kampung aku. Macam-macam jugak la yang menjadi topic perbualan.

tok siak : pait, hang sekarang kerja kat hospital penang lagi ka?

Aku : dak dah, dah tak kerja hospital dah. kerja pejabat ja sekarang.

tok siak : farmasi dok pejabat dok buat apa? bagi ubat dalam pejabat ka?

Aku ; tak la. farmasi ni bukan bagi ubat je. banyak lagi bidang dia.

tok siak ; hmm.. tak tau la kat hangpa. tak pa la. janji farmasi senang dapat kerja, habis belajar tak gadoh nak buat apa, terus dapat kerja..

Aku : tu dulu la, zaman batch saya.. batch sekarang habis belajar kerja belum tentu lagi.
Dulu batch saya yang belajar farmasi, doktor, doktor gigi, dengan doktor haiwan memang
laku. Sekarang tak tau la..

tok siak : ha, helmi, try nanti belajar jadi doktor haiwan. Senang!

[nota : helmi bilal junior surau kami, baru berumur 16 tahun, sekarang di tingkatan 4]

Helmi : tak mau la. Nanti tak pasai nak kena sentuh anjin dengan babi.

tok siak : apa susah? Sentuh je la babi tu. Sentuh babi boleh samak (sertu).

Aku : betoi!

tok siak : jangn sentuh perempuan ja.. yang tu tak boleh samak dah.

maka kami pun berhuhuhu...


salam jumaat..

29.9.16

Proton Saga 2016 vs Perodua Bezza

proton saga 2016

Proton Saga 2016 vs Perodua Bezza


okay, kereta Proton Saga 2016 yang baru dah pun keluar. dulu masa aku bandingkan antara proton saga generasi kedua dengan perodua bezza yang baru, ramai penyokong proton bantah, suruh tunggu dan compare dengan saga 2016 yang baru nak keluar.

tapi bila proton kata saga 2016 baru pun pakai enjin VVT menggantikan CamPro, aku pun mula heran. apa dah jadi dengan nasib enjin CamPro nih? tapi baru-baru ni baru aku rau rupanya enjin VVT baru ni sebahagian daripada enjin CamPro.

Proton Saga 2016 vs Perodua Bezza : spesifikasi


perodua bezza 2016

 jom kita bandingkan spesifikasi antara proton saga 2016 dan perodua bezza ni. kenapa dua kereta ni? kita compare sama segmen la. dua-dua jenis sedan A segmen. Persona dan masuk B segmen.

cekidaut..


Proton Saga Premium 2016
Perodua Bezza Advance 2016
Komen aku
Harga OTR
RM45,800
RM 50, 800.00
Saga murah 10%
Max HP
94 HP @ 5,750 RPM
94 HP @ 6000 RPM
Lebih kurang
tork maksima
120 Nm @4,000 RPM
121 Nm @ 4,000 RPM
Lebih kurang
Enjin
1.3L 4 Cylinder DOHC 16V VVT
1.3L
1NR-VE DVVT-i


Berat
1,080 kg
930 kg
Bezza menang 15%
Power-to-weight ratio
87 HP/Tan
101 HP/Tan
Kegunaan minyak
5.6 L/100km = 18 km/L
22 km/L
Bezza menang 20%
Kapasiti tangki minyak
40L
36L
Saga menang 10%
Ruang boot
420 L
508 L
Bezza menang 19%
Panjang  x
Lebar  x
tinggi
4,331  x
1,689  x
1,491
4150 x
1620 x
1510
Saga panjang
Saga lebar
Bezza tinggi
Aku prefer panjang, lebar tapi rendah. So, personally aku rasa dalam hal ni saga menang 9.8%
kelebihan
1. Ecodrive Assist
2. Tempat mengecas USB
3. Kamera undur 

4. 4 start ASEAN NCAP

5. Brek ABS dengan EBD
6. Electronic Stability Control (ESC)
1. Eco Iddle system
2. Rear console USB port
3. Reverse camera
  
4. 5 star ASEAN NCAP

5. Smart key & push start button
6. multimedia system with navigation & smart link






Bezza menang ASEAN NCAP 22%
Total markah
29.8%
76%



ulasan aku

walaupun nampak macam bezza banyak menang dari saga based kepada markah yang aku bagi, tapi kalau diberi pilihan, aku akan memilih saga! sebab saga lebih hensem (bagi aku la) dan aku macam meluat dengan kerusi belakang bezza. macam merosakkan pandangan betol. hahaha...


pendapat korang?


sumber dan rujukan :
1. Mohd Farid Awaludin. (2016 Sept 28). Proton Saga 2016 kini dilancarkan secara rasmi – 4 varian, 1.3L VVT, dari RM36,800 hingga RM45,800; Paultan.org. dipetik dari http://paultan.org/2016/09/28/proton-saga-2016-kini-dilancarkan-secara-rasmi/
2. Bin Muhammad (2016 Sept 24). Proton Saga 2016 Harga, Spesifikasi, Variant & Gambar; Bin Muhammad. dipetik dari http://www.dammahumnib.com/2016/09/proton-saga-baru-harga-spesifikasi-gambar.html
3. Bin Muhammad (2016 July 19). Perodua Bezza Vs Proton Saga Vs Proton Persona; Bin Muhammad. dipetik dari http://www.dammahumnib.com/2016/07/perodua-bezza-vs-proton-saga-persona.html
4. Perodua : Bezza Specification. retrieved from http://www.perodua.com.my/specification/bezza
5. Proton Holding Berhad. New Saga. dipetik dari http://www.newsaga.proton.com/

26.9.16

2 Jenis Manusia | Selimut?


2 Jenis Manusia | Selimut?


Sebelum ni dah banyak kali aku terfikir. Kat dunia ni selalunya ada 2 jenis manusia yang saling berlawanan. Kali ni aku nak bagi contoh tentang tidur berselimut.


1. Tidur Berselimut


Ada sesetengah orang yang dia tak boleh tidur tanpa selimut. Panas macam mana sekalipun, tetap kena selimut masa tidur.



2. Tidur Tanpa Selimut


Okay, aku macam ni. Tidur tak pernah berselimut. Kadang2 je. Tu pun kalau betul-betul  sejuk sangat. In fact, aku tidur tak pernah pakai baju pun. Hehehe..


Kalau hujan, orang lain tarik selimut. Aku buka baju buka kipas, terus terjun atas katil. Kat Cameron highland pun sama. Member sebelah tidur merekot dalam selimut, aku terlentang  dengan hanya berkain pelikat sahaja.

Hotel ber-aircond? Aku pernah tidur atas lantai tak berbaju sebab aircond kat hotel tu slow. Dah la tak ada kipas. Yer la hotel aircond mana ada kipas kan. Kalau ada aircond dan cukup sejuk, baru aku selimut. Tu pun tak berbaju jugak. Hehehe..

Korang yang mana satu?

23.9.16

X-men Apocalypse | Panah Tuhan


X-men Apocalypse


sebenarnya aku perasan benda ni lama dah, masa pertama kali aku tonton filem X-Men yang terbaru, X-men : Apocalypse. dalam cerita tu, korang perasan tak ada disebut secebis dari kisah Raja Namrud dengan nabi Ibrahim a.s? 

Panah Tuhan



dalam filem tu, Apocalypse berjaya mengawal manusia dengan bantuan charles xavier secara paksa lalu membuatkan semua pemegang kunci bom nuklear untuk melancarkan serangan nuclear ke arah langit sambil berkata :


"You can fire your arrows from the tower of Babel..
but you can never strike God"

ungkapan tu sebenarnya merujuk kepada Raja Namrud dalam usahanya membuktikan yang dia telah berjaya membunuh Tuhan nabi Ibrahim dengan memanah ke langit dan anak panah tersebut akhirnya berlumuran darah.

Tower of Babel (menara Babylon)



Menurut cerita dalam Kitab Bible, Babel (Babylon) adalah bandar kepada Raja Namrud, dan merupakan bandar pertama dibina selepas Banjir Besar nabi Nuh a.s. di  Mesopotamia purba (kini dikenali negara Iraq).

Penduduknya mengambil keputusan bandar ini memerlukan sebuah menara yang hebat sehingga mencecah langit. Bagaimanapun Menara Babel bukan dibina untuk Tuhan tetapi sebagai menunjuk-nunjuk kehebatan dan kesombongan manusia terutama mereka yang membinanya.


Arrows strike God (Panah Tuhan)




Raja Namrud telah berusaha untuk membina sebuah kenderaan yang mampu terbang keatas langit. apabila sampainya dilangit, dia akan menghampiri Allah dan memanahnya sehingga mati.

Sebaik sahaja kenderaan naik ke udara, beliau mengacukan panahnya kelangit dan memanah ke udara. Selang beberapa minit panahnya jatuh ke kenderaannya dengan berlumuran darah.

Raja Namrud berasa gembira kerana menyangka beliau berjaya membunuh Tuhan Nabi Ibrahim a.s. Apabila sampai kebawah, beliau dengan bangganya menunjuk anak panahnya dikhalayak ramai dan mengaku bahawa beliau telah membunuh Allah.

Kisah Raja Namrud dan Nabi Ibrahim a.s


panjang lagi sebenarnya kisah ni. nak cerita sambung lebih detail dah mengantuk.(entri ditulis sebelum tidur pukul 2 pagi). hehehe.. korang cari la sendiri kalau berminat. boleh rujuk rujukan yang aku bagi kat bawah ni.

salam jumaat..

sumber dan rujukan :

1. Wikipedia : Raja Namrud. dipetik dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Raja_Namrud
2. Adrian Subagyo. (2014 Dec 23). Kisah Ibrahim Melawan Raja Namrud, Raksasa Pendiri Menara Babel; isains. dipetik dari http://www.isains.com/2014/12/kisah-ibrahim-melawan-raja-namrud.html
3. Wikipedia : Menara Babel. dipetik dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Menara_Babel
4. Wikipedia : Tower of Babel. dipetik dari https://en.wikipedia.org/wiki/Tower_of_Babel


18.9.16

[Gambar] Yamaha YZF R6 2017

Baru-baru ni Yamaha Motor Europe ada mengeluarkan teaser video bertarikh 15 september 2016 yang khabarnya mengenai kemunculan motosikal middle-weight supersport terbaru, Yamaha YZF R6 2017 yang bakal muncul pada 4 Oktober 2016.


Yamaha YZF R6 2017



Dalam video tu, ramai menyangka bahawa ianya motosikal Yamaha YZF R6 2017 yang baru. Tapi dalam video pendek tu tiada sebarang rupa bentuk motosikal pun yang ditunjukkan.

[Gambar] Yamaha YZF R6 2017


Dan kebetulan pada bulan Ogos yang lepas, aku ada dapat satu gambar dari group whatsap geng moto yang mendakwa ianya LEAKED PHOTO motosikal Yamaha YZF R6 2017! gambar yang dimaksudkan adalah : 

yamaha motor, supersport, middleweight supersoprt bike, superbike, r6 2017, r6, sportbike,
Yamaha YZF R6 2017?


Adakah gambar ni betul gambar Yamaha YZF R6 2017 yang baru? sama-sama kita saksikan 4 oktober nanti.

Merajuk Dengan Yamaha


baru je ingat nak merajuk dengan Yamaha sebab sparepart dia kalau order lambat betol nak dapat. tahun ni aku ada order coverset depan (pecah sebab eksiden) dalam bulan januari, tapi bulan Mei baru sparepart sampai. sebab tu aku ingat lepas puas dengan R25 aku tu nanti nak upgrade kepada Kawasaki Ninja ZX-6R 636 plak. 

middleweight supersport bike, superbike, sportbike,
Kawasaki Ninja ZX-6R 636

tapi bila tengok gambar Yamaha YZF R6 2017 yang baru ni (kalau betol la tu gambar dia), serius rasa tertarik balik. hmm.. 

kalau korang pilih mana satu?

16.9.16

Dashing Adventure | Bagi Yang Berani


baru-baru ni aku berkesempatan merasai sendiri rangkaian produk penjagaan diri lelaki Dashing bold 2.0 termasuklah deodorant roll-on, wangian EDT dan deodorant spray dengan teknologi tanpa gas yang terbaru! fuh, rasa macho je bila pakai.

Dashing Adventure


bila sebut dashing, ramai yang tahu dashing sememangnya terkenal sebagai pengeluar rangkaian produk penjagaan untuk lelaki yang berkualiti.


Kini dashing memperkenalkan koleksi adventure baharu yang merangkumi deodorant roll-on, wangian EDT, dan deodorant spray dengan teknologi No Gas terbaru dalam bentuk 2 variasi, dashing BOLD 2.0 dan EDGE 2.0

Bold 2.0 vs Edge 2.0



Haruman Bold 2.0 ni beraroma akuatik yang lebih maskulin. aku berpeluang merasai sendiri haruman bold 2.0 ni. memang rasa macho. terus rasa konfident nak pi mengorat awek. hahaha.. tapi bagi aku, aroma dia agak 'keras' sedikit. maybe lepas ni nak kena try Edge 2.0 pulak.


berbanding Bold 2.0 yang lebih maskulin, Edge 2.0 yang beraroma lemon, kayu cedar dan gaharu dengan sifat “woody” lebih memberikan kesegaran kepada si pemakai. Lepas ni nak kena try Edge 2.0 pulak la nak tengok macam mana.


Deodorant semburan Badan NO GAS Dashing pertama di Malaysia



Selalunya, kalau deodorant biasa mungkin akan bertahan dalam 3 minggu sahaja disebabkan gas yang banyak digunakan untuk menghasilkan semburan. Tapi kali ni, dengan teknologi semburan No Gas dari Dashing, Deodorant ni mampu bertahan selama 2 bulan penggunaan atau sehingga 750 semburan. Jimat kan!

harga pun okay la. berpatutan. dan yang penting sangat menjimatkan sebab boleh tahan lama.!

untuk deodorant roll-on tu, harganya cuma RM 6.50 (40 ml) termasuk 6% GST. Boleh didapati dalam 3 variasi iaitu BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY.

Deodorant spray no gas tu pulak boleh didapati dengan harga RM 18.90 termasuk 6% GST. Juga boleh didapati dalam 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY.

untuk wangian EDT yang bersaiz kecil (50ml) berharga RM 18.90 termasuk 6% GST dalam 2 variasi, EDGE 2.0 dan EXTREME.

manakala untuk wangian EDT saiz besar (100ml), harganya RM 35.50 termasuk 6% GST dan boleh didapati dalam 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY.

Review Dashing Bold 2.0


Setelah 3 minggu aku pakai Produk Deodorant semburan badan, deodorant roll-on anti peluh dan wangian EDT Dashing Bold 2.0 ni, memang aku berpuas hati. Badan tak berpeluh dan tetap segar walaupun lepas aku balik kerja naik motosikal sejauh 40km di tengah panas.

Rider motosikal macam aku ni memang sangat memerlukan produk macam ni. tambah plak naik moto ulang alik kerja sehari lebih 80km dibawah terik matahari, bukan naik kereta yang ada pengdingin hawa. Bila lepas pakai dashing bold 2.0 ni, balik rumah selepas kerja, badan masih berbau segar.!

Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari :

Website : http://www.dashing.com.my/

Facebook : https://www.facebook.com/Dashing.MY/

Instagram : https://www.instagram.com/dashing_my/

Penang 5D Interactive World


5D Interactive World


Macam yang aku dah cakap dalam entri lepas yang bertajuk "Teddyville Museum", Penang ni sememangnya kaya dengan muzium yang tumbuh bercambah subur sejak baru-baru ni. semua best-best. tapi kali ni aku nk try bawak korang merasai pengalaman ke 5D Interactive World.

Apa yang dimaksudkan dengan 5D? sebenarnya galeri ini berkonsepkan 5D-Methodology, iaitu menafsir (define), mereka (design), membangun (develop), membetul (debug) dan menyampai (deliver).

Galeri ni baru je dibuka pada penghujung tahun 2015. apa yang ada dalam 5D Interactive World ni? dalam ni ada 5 zon berbeza. setiap zon ada membawa mesej yang tersendiri. antaranya

Zon Alam Sekitar



Rata-rata kebanyakan muzium yang aku pergi kat penang pun ada membawa mesej alam sekitar ni. sebuah mesej yang penting. so, sesuai kalau nak bawak budak2 sekolah buat rombongan sambil belajar kat sini. tak bermakna orang tua-tua bangka macam aku ni tak boleh ambil pengajaran sekali. hehe..

Zon Animasi



kat sini best. boleh beraksi mengikut kreativiti dan imaginasi masing-masing.. contohnya mostly untuk gambar atas kiri tu orang ambil gambar dengan posisi tengah "power up", atau buat kuasa psychic. tapi aku buat "superhero landing". tadaa..!

instagram aku. sila la follow yer.. hehehe

Zon Magik



zon ni ada prob yang boleh nampak macam korang buat magic. contoh gambar atas ni buat magik nampak macam terapungkan orang yang tengah baring tu. dan lagi satu, ada pose yang nampak macam korang terapung sambil pegang tongkat bajet wizard tua yang ada banyak power.

err.. chidori dan rasengan tu cuma penambahan dalam bentuk CGI je okay.. hehehe

p/s : Chidori dan Rasengan :  jutsu (move) yg diguna pakai oleh 2 watak utama anime naruto, uzumaki naruto dan uchiha sasuke

Zon Arca



dia macam 3d printer la konsep dia. macam-macam bentuk yang korang boleh buat. bawah kiri tu ada nampak macam muka zumal tak? hehehe...

Zon Tanah Liat



kat sini rasanya budak-budak paling seronok. tapi orang tua-tua bangka pun seronok jugak.. hehehe..Itu bukan plasticine okay, tapi tanah liat betul-betul, yang orang gunakan untuk buat bikar tu. kalau korang nak, diorang boleh bakarkan dan jadi keras.

Penang 5D Interactive World


ada beberapa lagi sudut yang tak cukup ruang kalau nak masukkan gambar semua. kalau korang nak try, boleh terjah sini. nak lagi best, buat pakej terjah muzium-muzium kat penang macam yang kami buat. baru berbaloi datang / jalan-jalan kat penang. senang je nak cari Penang 5D Interactive World ni...


5D Interactive World
29-F Jalan Dato Keramat
10150, George Town,
Penang.

Phone: 04-218 9676 @ 010-818 1089

google/waze : 5D Interactive World
coordinate; 5°24'48.01"N 100°19'36.91"E   @  (5.413336, 100.326919)

Facebook: https://www.facebook.com/Ace5D/
Website: www.ace5d.my
Email : info@ace5d.my

Opening Hours : 9am - 6pm, Tuesday to Sunday.
(Closed on Monday unless it's a public or school holiday)


Ticket Prices/Entry Fees:

Dengan Mykad
Dewasa : RM18
Kanak-kanak dan warga tua (60 tahun dan keatas) : RM13

Standard:
Adult : RM30
Child : RM20

12.9.16

Honda CBR500R 2016 | Specs, Harga, Review


Honda CBR500R 2016


baru-baru ni aku berpeluang menghadiri customer day kedai motosikal Taycon Motor di Bayan Baru Penang untuk pelancaran motosikal Honda CBR500RR 2016. Boleh tahan rupa middleweight sportbike yang baru ni. Mengancam. Tambah-tambah dengan design lampu depan (headlight) yang baru. Pergh.

A photo posted by Pha Is (@phais47) on

Spesifikasi Honda CBR500R 2016



Tak nak cakap banyak. Jom kita ushar spesifikasi honda CBR500r 2016 yang baru ni. 

engine : Liquid-Cooled Parallel twin DOHC 4 valve per cylinder
bore x stroke : 67.0 mm x 66.8 mm
displacement : 471cc
compression ratio : 10.7:1
fuel system : PGM-FI (Programmed Fuel Injection) with 34 mm throttle bodies
Ignition : Computer-controlled digital transistorized with electronic advance
transmission : Six-speed

Front Brake : Twin-piston caliper with single 320mm wave disc
Rear Brake : Single-caliper 240mm wave disc
Front Tire : 120/70-17
Rear Tire : 160/60-17
seat height : 78.5 cm
Fuel Capacity : 15.5 liter

Review Honda CBR500R 2016


Secara keseluruhan, tak banyak beza sangat dari segi spesifikasi Honda CBR500R 2016 dengan batch yang lama (Honda CBR500R 2013). Cuma penampilan dia yang sangat-sangat berbeza. Hampir nak sama dengan Honda CBR250R 2016 yang tengah hangat orang dok sebut tu. 

kiri : Honda CBR500R2016
kanan : Honda CBR250RR 2016
nampak persamaannya?

Antara perbezaan lain termasuklah muffler baru yang lebih style, lebih sporty. Aku suka muffler pendek macam ni. contoh macam muffler Yamaha YZF R25 moto aku tu.. hehehe.. 

muffler Honda CBR500R 2016

Selain itu, honda CBR500R 2016 ni didatangkan dengan adjustable brake lever. So, boleh laras sendiri lever brake dan clutch nak panjang atau pendek ikut keselesaan. Tak payah nak tukar lever after market yang baru. 

adjustable brake/clutch lever

Performance? malangnya aku tak sempat nak test ride masa hari pelancaran tu sebab tetiba hujan. tapi Honda CBR500R ni memang dah terkenal dengan kualiti yang boleh dipercayai sejak dari dulu lagi. Lagipun, 2 silinder 500cc, konfom la lagi mantap dari motosikal 250cc 2 silinder aku tu.

So, kesimpulannya, pendapat aku la, aku rasa moto ni berbaloi bagi mereka yang nak beli motosikal jenis sportbike buat pertama kali tapi rasa 250cc tu masih tak cukup. Jugak sesuai bagi mereka yang nak bergaya sambil easy ride.

Harga pun boleh tahan. harga asas tak sampai RM 30,000 wei! Dalam lingkungan RM 29,888.00 kalau ushar kat mudah.my.. Okay la, sportbike 500cc RM30k kan. Berbaloi dah tu.!

Cuma kalau korang betul-betul pentingkan top speed, mungkin motosikal yang lain lebih sesuai. Yer la, ini cuma middleweight sportbike je. Nak laju-laju, angkat la middleweight super-sport macam Kawasaki ZX-6R 636 ke, Yamaha YZF R6 ke, tak pun supersport terus!

tapi siap duit je la.. middleweight supersport (yang cc lebih kurang je) dah harga lebih 2 kali ganda! hahaha..


Sumber dan rujukan :
1. Belang Tarung (2016 Apr). 13 Katagori Superbike Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membelinya. Belangtarung.com; dipetik dari http://www.belangtarung.com/2016/04/13-kategori-superbike-yang-perlu-anda.html
2. Eddy. (2015 Oct). 2016 Honda CBR500R – sharpened middleweight machine. Motomalaya.net; dipetik dari http://motomalaya.net/blog/2015/10/19/2016-honda-cbr500r-sharpened-middleweight-machine/
3. Mudah.my


10.9.16

Teddyville Museum | Review by Blogger Utara



kalau datang penang sekarang ni aku rasa tarikan utama kat sini adalah pada muzium2 yangt terdapat dalam penang, selain street art, makanan, dan lain-lain. Banyak nau muzium kat penang ni! tapi kali ni aku nak cerita kat korang tentang Teddyville Museum, muzium teddy bear yang pertama di Malaysia!

Teddyville Museum



sangat suka video promo diorang. sangat ceria.

apa yang ada di teddyville museum ni? fist, korang datang cuci mata tengok teddy-teddy bear yang sangat-sangat comel yang amat. Kawaai..!! (hilang habis macho aku)

barisan Blogger Utara yang menjayakan review kali ni
berdiri dari kiri : Marsha, Zarul Farhana, Yui, Arz, Zumal, Cik Ein, Husna, dan Farah
yang duduk lagi kiut : Pha Is 
nampak tak kehilangan macho aku disitu? hahaha

Tapi sebelum tu, korang tahu tak sejarah macam mana ter-ilhamnya patung dan nama teddy bear ni? ha, fun fact! kalau korang nak tahu, datang la ke sini.! tambah ilmu! sambil-sambil korang jalan-jalan dalam muzium ni, staff disini akan terangkan sedikit sebanyak tentang teddy-teddy bear yang terdapat disitu. Pada hari tersebut, kami ditemani Mr Yeap sebagai "pemandu pelancong" dalam muzium ni.


dan dalam muzium ni, ada banyak sangat teddy bear! x cukup ruang kalau nak letak gambar semua. ada teddy bear besar gedabak, dan ada yang saiz nornal dan ada yang kecik giler! macam-macam saiz. ini yg saiz sama besar orang antaranya :

aku sebagai ahli farmasi tengah consult dengan doktor teddy bear bagi memastikan pharmaceutical care yang terbaik buat pesakit.

Yui tengah bersarap nasi lemak kat warung teddy bear

Zumal tengh gunting rambut dengan mamak teddy bear

Cik Ein tengah berjemur kat pantai Batu Feringghi dengan mat salleh teddy bear

Arz tengah buat kerja apa entah.. hahaha.. kat kilang teddy bear

dan banyak lagi teddy bear yang bersaiz manusia mewakili budaya, adat, tempat dan suasana di persekitaran Pulau Pinang. selain tu, ada jugak teddy bear comel2 kecik2 yang sangat kawai. antaranya : 

atas : bukit bendera, penang bridge marathon (tarikan pelancong) 
bawah : Strait Quay, dan Fort Cornwallis (sejarah)

banyak lagi wei. aku malas nak buah semua takut nanti korang tak larat nak skroll je.. hahaha.. nak tengok semua, kena pi muzium ni la.. 


dan disebabkan muzium ini sangat-sangat kawaai, juga sesuai dijadikan tempat persinggahan yang romantik. juz sayin. lagipun, kat sini ada dijual teddy bear yang sangat comel. boleh la belikan barang seekor dua buat yang tersayang.




review by geng blogger utara yang lain :
1. Cik Ein
2. Yui
3. Farah
4. Zarul Farhana
5. Arz
6. Zumal
7. Marsha



Teddyville Museum


"The Teddyville Museum, as the name suggests, is Malaysia’s first and largest collection of Teddy Bears from various nations and eras; as early as the 1900s. From one of the very first batches of teddy bears ever made, to miniature teddies and even human sized ones, there’s a teddy here for everyone. "


Alamat :

Teddyville Museum
Ground Floor (inside the building) 56, Jalan Low Yat, Batu Feringghi
11100 Penang

search waze / googlemap : Teddyville Museum penang
GPS Coordinate :   5°28'39.64"N 100°16'9.90"E

016-550 5949

dibuka hanya pada hari sabtu dan Ahad serta hari cuti umum dari jam 9.00am hingan 6.00pm

FB page : https://www.facebook.com/teddyvillemuseum/
laman web : www.teddyvillemuseum.com
email : beary@teddyvillemuseum.com

1.9.16

Gaji Ahli Farmasi


Sebenarnya dah lama aku nak tulis pasal gaji ahli farmasi ni sebab ini merupakan keywords tertinggi dalam blog aku untuk bulan ini. So, nak sangat kan tahu berapa gaji ahli farmasi? Meh nak cerita berapa sebenarnya gaji ahli farmasi ni. Banyak sangat ke? Kaya ke kerja farmasi?


Gaji Ahli Farmasi


Pertamanya, aku rasa keyword ni merujuk kepada entri aku yang tertajuk Farmasi gaji Tertinggi! dalam entri tu, aku ada senaraikan top 10 gaji bagi fresh graduate di malaysia menurut laporan dari sebuah akhbar tempatan dan bancian dari jobstreet[3]. Dan menurut kedua-dua list top10 tu, farmasi menggungguli carta dengan gaji tertinggi! lihat entri tersebut untuk maklumat lanjut.


Gaji Farmasi Sektor Kerajaan 


Bagi farmasi lepasan graduan, korang kena jadi PRP (provisional registered pharmacist) gred U41 dulu dan dalam fasa ni, gaji korang adalah lebih kurang RM2500 sebulan tidak termasuk alaun.[4]

Lepas berjaya habiskan fasa PRP setahun kemudian gaji korang akan naik sikit. Dan dari situ, bermula la peningkatan gaji secara time-based , kalau korang masih dalam sektor kerajaan la.

Anggaran selepas 11 tahun berkhidmat, korang dah boleh dapat gred U52 dimana dari situ, gaji basic korang boleh pergi sehingga RM5000 - RM6400. Tu baru basic. Lepas tu tambah lagi dengan elaun semua dalam anggaran RM2000. [5]


Gaji Farmasi Sektor Swasta


Ha, bab ni seronok sikit nak cerita. Secara amnya, sekarang tak ada lagi gaji yang standard dalam sektor swasta bagi farmasi ni. Khabarnya dari PRP yang bekerja di sektor swasta kata yang gaji diorang boleh dapat dalam minimum RM2600. ada yang sampai RM3000 tapi jarang.

Beza sektor swasta dan kerajaan adalah lepas PRP, korang lebih bebas nak jurus ke bidang mana. nak masuk korporat, administration, atau boleh buka kedai sendiri. Sebuah bisnes kedai farmasi yang berjaya boleh menjana income sebanyak 5 angka sebulan tau![9]

Gaji Farmasi Luar Negara


Tak puas lagi? Boleh try aply kerja farmasi kat luar negara. Yang terdekat di Singapore. masa aku student kat USM dulu, wakil Guardian Pharmacy Singapore ada datang bagi talk dan buka peluang pendaftaran kepada mereka yang berminat kerja kat sana. Aku tak isi sebab pointer aku berapa je. kerja kat sana aku rasa konfom lagi lumayan.

Antara info lain yang aku dapat termasuklah gaji kerja farmasi kat UK. Tengok sendiri la banyak mana gaji farmasi diorang :

"the salary of a newly qualified pharmacist working for the National Health Service (NHS) ranges between £26,041 to £34,876 (MYR 138,893 – 186,015) per annum. Their salary will be further increased to around £41,000 (MYR 218,679) with further training and qualification. The most senior pharmacists in the service can expect to earn up to £98,000 (MYR 522,696) per annum"[7]

Tu tak masuk lagi sektor swasta kat sana. hmm..

Gaji Farmasi Tinggi?



So, persoalannya, berbaloi ke kerja farmasi ni? Tepuk dada tanya selera dan tanya diri, untuk apa kita bekerja? adakah kerana duit semata? sebab bila kau dah start bekerja, jadi PRP terutamanya, rasa macam tak ada life je untuk tahun pertama tu. lepas tu, baru la ada ruang nak bernafas sikit.

nak kata tertinggi, doktor lagi tinggi.. dan banyak lagi kerjaya lain yang jauh lebih tinggi, kalau korang sekadar nak mengejar gaji.

Yang penting, perbetulkan niat balik. kerja kerana tanggung jawab, bukan sekadar bekerja tapi berkhidmat. Kalau kerja kerana Allah, insyaAllah, kerja apa pun tak kisah. Sebab rezeki itu semua datang daripadaNya. Jangan diharap gaji yang tinggi, tapi pohonlah rezeki yang melimpah.




sumber dan rujukan:

1. Pha Is. (2015 July). Farmasi gaji tertinggi. Hikayat Budak pening; dipetik dari http://www.budakpening.com/2015/07/farmasi-gaji-tertinggi.html
2. Pha Is. (2014 Jan). WW #79 | Top 10 Best Paying Jobs. Hikayat Budak Pening; dipetik dari http://www.budakpening.com/2014/01/ww-79-top-10-best-paying-jobs.html
3. JobStreet.com. (2014). Top 10 Best Paying Jobs in Malaysia. dipetik dari http://www.jobstreet.com.my/career-resources/top-10-best-paying-jobs-in-malaysia/#.VyWX_j8y5_s
4. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. (2016). Pegawai Farmasi Gred U41. Ministry of Health Malaysia. dipetik dari : http://www.spa.gov.my/deskripsi-tugas/ijazah/1128
5. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2007).  Pembangunan Kerjaya: Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia. Ministry of Health Malaysia. Putrajaya.
6. Ooi GL. (1991). British Colonial Health Care Development and the Persistence of Ethnic Medicine in Peninsular Malaysia and Singapore. Southeast Asian Stud;29(2).
7. AGCAS. (2016). Job Profiles: Hospital Pharmacist. dipetik dari: https://www.prospects.ac.uk/job-profiles/hospital-pharmacist
8. AGCAS. (2016). Job Profiles: Community Pharmacist dipetik dari : https://www.prospects.ac.uk/job-profiles/community-pharmacist
9. Mak Wen Yao. (2016 July 29). Pharmacist Salaries: How competitive is Malaysia? MIMS. dipetik dari http://today.mims.com/topic/pharmacist-salaries--how-competitive-is-malaysia-?country=malaysia