5D Interactive World


Macam yang aku dah cakap dalam entri lepas yang bertajuk "Teddyville Museum", Penang ni sememangnya kaya dengan muzium yang tumbuh bercambah subur sejak baru-baru ni. semua best-best. tapi kali ni aku nk try bawak korang merasai pengalaman ke 5D Interactive World.

Apa yang dimaksudkan dengan 5D? sebenarnya galeri ini berkonsepkan 5D-Methodology, iaitu menafsir (define), mereka (design), membangun (develop), membetul (debug) dan menyampai (deliver).

Galeri ni baru je dibuka pada penghujung tahun 2015. apa yang ada dalam 5D Interactive World ni? dalam ni ada 5 zon berbeza. setiap zon ada membawa mesej yang tersendiri. antaranya

Zon Alam Sekitar



Rata-rata kebanyakan muzium yang aku pergi kat penang pun ada membawa mesej alam sekitar ni. sebuah mesej yang penting. so, sesuai kalau nak bawak budak2 sekolah buat rombongan sambil belajar kat sini. tak bermakna orang tua-tua bangka macam aku ni tak boleh ambil pengajaran sekali. hehe..

Zon Animasi



kat sini best. boleh beraksi mengikut kreativiti dan imaginasi masing-masing.. contohnya mostly untuk gambar atas kiri tu orang ambil gambar dengan posisi tengah "power up", atau buat kuasa psychic. tapi aku buat "superhero landing". tadaa..!

instagram aku. sila la follow yer.. hehehe

Zon Magik



zon ni ada prob yang boleh nampak macam korang buat magic. contoh gambar atas ni buat magik nampak macam terapungkan orang yang tengah baring tu. dan lagi satu, ada pose yang nampak macam korang terapung sambil pegang tongkat bajet wizard tua yang ada banyak power.

err.. chidori dan rasengan tu cuma penambahan dalam bentuk CGI je okay.. hehehe

p/s : Chidori dan Rasengan :  jutsu (move) yg diguna pakai oleh 2 watak utama anime naruto, uzumaki naruto dan uchiha sasuke

Zon Arca



dia macam 3d printer la konsep dia. macam-macam bentuk yang korang boleh buat. bawah kiri tu ada nampak macam muka zumal tak? hehehe...

Zon Tanah Liat



kat sini rasanya budak-budak paling seronok. tapi orang tua-tua bangka pun seronok jugak.. hehehe..Itu bukan plasticine okay, tapi tanah liat betul-betul, yang orang gunakan untuk buat bikar tu. kalau korang nak, diorang boleh bakarkan dan jadi keras.

Penang 5D Interactive World


ada beberapa lagi sudut yang tak cukup ruang kalau nak masukkan gambar semua. kalau korang nak try, boleh terjah sini. nak lagi best, buat pakej terjah muzium-muzium kat penang macam yang kami buat. baru berbaloi datang / jalan-jalan kat penang. senang je nak cari Penang 5D Interactive World ni...


5D Interactive World
29-F Jalan Dato Keramat
10150, George Town,
Penang.

Phone: 04-218 9676 @ 010-818 1089

google/waze : 5D Interactive World
coordinate; 5°24'48.01"N 100°19'36.91"E   @  (5.413336, 100.326919)

Facebook: https://www.facebook.com/Ace5D/
Website: www.ace5d.my
Email : info@ace5d.my

Opening Hours : 9am - 6pm, Tuesday to Sunday.
(Closed on Monday unless it's a public or school holiday)


Ticket Prices/Entry Fees:

Dengan Mykad
Dewasa : RM18
Kanak-kanak dan warga tua (60 tahun dan keatas) : RM13

Standard:
Adult : RM30
Child : RM20