24.12.15

Melancong Vs Melencong

lain orang lain hobi. kali ni nak cerita pasal hobi melancong. sebut pasal melancong ni, aku sebenarnya hairan dengan orang yang sanggup simpan duit, ikat perut, semata-mata nak kumpul duit untuk pergi melancong.  lepas tu banyak habiskan duit melancong oversea.

mungkin sesetengah orang minat dia macam tu, passion dia ke arah itu.. macam kawan aku seorang ni, tengah excited kumpul duit, kumpul cuti, semata nak pergi korea bulan empat nanti. sebelum ni sanggup dia travel pusing 1 Europe sorang-sorang.

contoh blogger plak, macam sis Jari manis, bro Khairudin Lim, dan Siti Yang Menaip. dan rakan sekuliah aku kat U dulu, Izzah. ada je entri terbaru pergi melancong. kalau tak percaya, pergi terjah blog diorang.


Melancong Vs Melencong


berbandng dengan sesetengah orang, aku ni kalau bab melancong, hambar sikit. tapi bukan aku ni tak suka melancong. kalau orang ajak, aku pergi je. cuma aku ni tak de la nak ambil inisiatif sendiri plan nak melancong ke mana-mana.

aku jarang sangat melancong. cuma banyak melencong. nak tahu beza? melencong tu, bila aku free, ada mood, aku start moto, dan berjalan tanpa arah tuju. tu je la melencong aku.


tau-tau,
eh, dah sampai Baling?
eh, dah sampai bukit kayu hitam? (lihat entri Bila Boring)
eh, dah sampai kuala kangsar?
eh, dah sampai sungai golok? (lihat entri jale-jale klatey)

Destinasi Tak Penting


dan kalau pergi melancong pun, aku tak kisah sangat destinasi tu kat mana. bagi aku kalau melancong, destinasi tak penting. yang penting adalah dengan siapa kita melancong!


walaupun pergi tempat-tempat yang simple, yang dekat-dekat je, aku tak kisah. asalkan kita pergi dengan orang yang kita sayang, tak kisah la keluarga, sahabat, mahupun pasangan. *uhuk-uhuk


antara melancong dan bermusafir


kalau niat yang betul, niat bermusafir nak melihat, mengagumi, dan mengambil iktibar dari sepanjang perjalanan atas muka bumi Tuhan ini, bukankah itu dituntut dalam agama?

so, bagi yang hobi melancong tu, atau yang bakal pergi melancong, pesan aku agar niat korang kena perbetul.. bukan sekadar nak berseronok semata. dapat jugak pahala.

berjalanlah bermusafirlah
melihat kebesaran Tuhan
yang diciptakan untuk mereka yang berfikir
dan bersyukur
diatas ni'mat dan kurnia
nilai harganya, Iman dan Taqwa
bagi hamba yang setia
-Mirwana (Hikmah Kembara)

p/s : cuti 4 hari ni aku sebenarnya pergi jalan-jalan makan angin pusing 1 malaysia dengan kawan. masa entri ini berjaya di-auto-published, sepatutnya aku dijadualkan dah sampai kat bukit tinggi pahang.
pergi melencong mencari cinta

26 comments:

  1. saya pun suka melencong..tp mostly guna public transport je...jauh berjalan luas permandangan ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa.. yg ni pun mencabar jugak.. kalau dalam malaysia la.. hehehe

      Delete
  2. aku pun xde nyer nak plan gi melancong ni. tp kalau diajak, aku on je.

    ReplyDelete
  3. huiyoo ! melencon semua jauh2.. kalau melancong, lagilah jauh kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari tu kawan ajak pi johor.. sebab johor yg paling jauh dengan kereta.. hehehe

      Delete
  4. salam,
    datang melancong ke sini..
    jom tukar link blog.
    saya masukkan link blog ni dlm bloglist
    kembaraminda7.com
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2... tp saya cari xde pun.. eh.. hahahaa

      Delete
  5. lepas ni share story melancong 4 hari ye . saya suka je baca pengalaman org melancong ni ... heheheee

    ReplyDelete
  6. Amin ckp tu satu DOA. Tak sabar aih nak tgu entri melancong mencari Cinta hihi tgk ayat akhir yg IMA comment haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak mekencong mcm sakit kepala sikit nak pikir haha mcm terdesak sgt nk jln. Kalau melancong tenang da plan awai2

      Delete
    2. plan awal2 punbukan semuanya menjadi.. suka yg on the spot je.. hahahha

      Delete
  7. best tau melancong...melencong tu boleh sesat tak? hehehe gurau ya bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pernah lagi la.. sbb kalau dah namanya melencong tanpa arah tuju, mana mungkin sesat sebab arah tuju pun xde in the beginning.. so, kalau sesat kat sesuatu tempat tu, x kira sesat sbb tu dikira arah tuju dah..

      Delete
  8. Suka melencong dan melancong tapi tak perlu sampai nak ikat perut tapi sekadar menabung. Tapi tak pernah nak letak target destinasi mana pun. Rasa nak pi terus pi ja kalau duit dah cukup.

    ReplyDelete
  9. melencong ni memang best...tapi kurang jimat dan tak ada hala tuju...maksudnya jam 12 tengah malam packing, naik kereta terus ke destinasi...kemungkinan tak dirancang dengan baik mungkin silap pilihan tempat dan sebagainya...

    ReplyDelete
  10. ehermmmm melencong menari cinta? eherm eherm

    ReplyDelete
  11. MELANCONG SAMBIL MELENCONG TENTU LBH SERONOK TAPI KENA SIAP DUIT N INFO TEMPAT NK MELENCONG TU SBB KDG TEROVER BAJET...SEMASA SORANG DIRI NI MELANCONG N MELENCONG PUAS2 DULU PHA IS LBH JIMAT BELANJA TU..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi saya jenis suka melancong ramai2.. hehe.. atau at least bila dah kahwin nnnti melancong berdua..

      Delete
  12. Jauh juga tu pha is melencong.. tu melencong sambil melancong.. hehe..

    ReplyDelete
  13. Setiap kali beli majalah al-Islam yang baru setiap bulan, teruja juga rasanya bila tgk iklan pakej pelancongan yang dikeluarkan oleh syarikat pelancongan. Ada juga cita-cita nak melancong di luar negara, jika direzekikan oleh Allah. Setakat ini suka beli dan baca buku-buku travelog. Melancong melalui pembacaan.

    ReplyDelete