28.5.15

Mengorat Bapa Mertua

pada suatu petang yang terik di berdekatan hospital, aku nampak seorang pak cik sedang berpeluh-peluh pegang bag plastik banyak baru keluar dari kedai. So aku offer la diri nak tolong pak cik ni.

" Pak cik, boleh saya tolong?."

" Terima kasih banyak nak." (Sambil hulur 3-4 bag plastik kat aku.)"kerja kat hospital ka?."

" Ha ah, keje sebagai farmasi.."

belum sempat aku menghabiskan ayat aku, tiba2 telefon pak cik tu bunyi, lalu pak cik tu angkat sembang dalam 4-5 minute.

"Minta maaf la nak, anak dara pak cik call tadi, baru balik habis belajar Medic dari Mesir, kamu cakap apa tadi nak?."

" Oh saya ulang balik, saya kerja sebagai ahli farmasi. BUJANG."


*cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. cerita dan idea asal dari Wan Nashrullah Muhammad, (https://www.facebook.com/WanTaiping92)

25.5.15

Kawasaki Z800 VS Yamaha XJ6 | Spesifikasi

okay, dah lama tak buat entri pasal superbike. dulu, masa aku banyak up-kan entri pasal superbike, dah banyak orang tanya aku. aku ni tulis macam-macam pasal superbike, tapi superbike apa yang aku pakai dah pakai/beli?

jawapannya : none.!!! 1 superbike pun aku tak pernah naik lagi. habis kuat aku pernah naik, cuma kawasaki ninja 250R, merasa naik moto kawan. sekarang aku cuma naik motosikal moped je, Honda Wave 125X.

dulu, aku tak ada duit nak beli. sekarang dah merasa dapat gaji, boleh la mula fikirkan secara serius model apa yang nak dibeli. so far yang paling banyak berlegar dalam kepala otak aku cuma 2 model ini: Kawasaki z800 dan Yamaha XJ6N.

naked bike, specification,

Persamaan Yamaha XJ6N dan Kawasaki Z800


1. Naked Bike


antara dua model ni, kedua-duanya motosikal ber-spesis "naked". motosikal terlanjang. tak ada fairing sistem dan boleh nampak enjin dengan jelas. kelebihan naked bike ni orang kata lebih kepada "street bike" atau "street fighter". motosikal jalanan..!

bak kata senior aku dalam entri Tips Memilih Superbike, "kalau buat pergi kerja tiap-tiap hari , keadaan jalan cantik dan sentiasa rentas highway serta jalan sesak, baik cuba naked bike..."(Salman Ali, 2014)

dan menurut ayat promosi dari laman web kawasaki sendiri berkaitan model-model keluarga Z (Z250, Z800 dan Z1000) :

Jika model “supersport” direka untuk menguasai litar, maka model “street-fighter” pula adalah “Urban Assault Vehicle” pakej yang ideal untuk mencuri perhatian dan menonjol di hutan konkrit. Biarlah “repli-racer” beraksi di litar – bila tiba masa untuk mendominasi bandar, jalanraya adalah milik Z. (untuk ayat penuh, lihat entri Ayat Power Kawasaki Z250

orang tak buat berlumba dengan naked bike macam ni sebab tinggi rintangan angin tak macam sportbike yang ada fairing sistem. nak tau apa itu fairing sistem? lihat entri ini : Yamaha XJ6 Ibarat Perempuan

motosikal naked ni lebih sesuai atas jalan biasa yang lebih memerlukan ketangkasan dalam low-speed corner, terutamanya dalam menyelit celah-celah kereta kat jalan raya.

2. Enjin In-line 4 Silinder


enjin 4 silinder, in-line 4, kawasaki z800, naked bike
enjin kawasaki z800

antara kelebihan enjin 4 silinder ini termasuklah lebih kuasa kuda, kelancaran dan top speed berbanding jenis enjin yang lain. tapi bagi aku, apa yang penting sebab nak enjin 4 silinder ni sebab bunyi yang lebih mengaum.!

untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kelebihan dan kekurangan enjin 4 silinder berbanding enjin-enjin yang lain. boleh tengok kat entri ini : Enjin Motosikal | In-Line vs V-Twin

Perbezaan Kawasaki Z800 dan yamaha XJ6N


untuk perbezaan spesifikasi, boleh tengok jadual kat bawah ni. aku cuma letak info apa yang aku rasa penting dan significant je, untuk aku buat pilihan. untuk spesifikasi yang lain, google sendiri. hehe


Kawasaki Z800
Yamaha XJ6N

harga
± RM 48 000
± RM 35 000
Displacement
806.1 cc
599.8 cc
Top Speed
236 km/j
221 km/j
Compression ratio
11.9:1
12.2:1
maximum power
111 HP @ 10,200 rpm
76 HP @ 10000 rpm
maximum torque
83.0 Nm @ 8,000 rpm
59.7 Nm @ 8500 rpm

*sumber:
harga dari mudah.my
top speed dari rafi superbike (youtube).


hmm... korang ada idea dan cadangan lain?

22.5.15

Dunia Tak Adil

tak tau nak update apa, aku cuma nak share satu status fb member aku yang aku rasa berbaloi untuk share kat sini.

Dunia Tak Adil


gambar sekadar hiasan

"Hang dok usha ape? Khusyuk semacam ja."

"Dunia ni tak adil betul, memang tak adil."

"Pasai apa plak?"

"Hang tengok couple tu, pompuan punya la lawa tapi laki tak hensem gila, tak fair langsung"

"Dunia ni kira fair la tu, takkan pompuan lawa mesti dapat laki hensem ja, pompuan tak lawa mesti dapat laki tak hensem. At least hang yang tak hensem tu adalah peluang nak dapat bini lawa."




18.5.15

Hantar Motosikal Kelantan Penang

dulu dalam entri aku yang bertajuk Nationwide Express | Penghantaran Motosikal, ada komen seorang hamba Allah yang menawarkan servis hantar motosikal antara penang - kelantan dengan menggunakan truck pikap 4x4.

katanya, dia selalu ulang-alik antara kelantan dan penang. jadi, dia boleh tolong hantarkan motosikal dengan bayaran yang murah, sekadar nak support duit tambang minyaknya. disebabkan ini bagi aku, sebuah berita yang baik, aku pun share komen dia.

Hantar Motosikal Kelantan Penang


pengalaman merempit dari kelantan ke penang, berhenti sekejap di hentian puncak titiwangsa

ini ayat asal dia, pada 22 Jun 2013:

"saya ada sedia servis pos motosikal...kelantan-penang penang-kelantan...saya akan terima kalau saya tak sibuk(biasanya xsibuk)..hanya menerima motor yg bersaiz mcm ex5,kriss dan lain2...sbb saya guna pikap@4x4...harga insyaAllah lebih murah sebab bukan nk berniaga tp untuk caj isi minyak sbb slalu ulang alik..pape hal...kol dulu,if saya xsmpt agkt tgglkan mesej dan sy akn kol balik..-wan:0134361569-....trima kasih tuan empunya blog"

dan bawah ni plak, maklum balas yang aku dapat daripada wan pada 3 Disember 2014:

"Pha is...trima kasih..sy skrg dlm sbulan ada plg kurang sekali pos motor..bkn bisnes tp boleh buat isu mnyak kereta sy...customer pown puah hati..n ada customer tetap,,,50% customer sy dtg dri blog ni,,,tqvm...sy doakan pha is semoga murah rexki dan makin sukses.."


fuh, macam buat testimoni plak rasanya.. hahaha.. tak de la, cuma nak kongsi rasa seronok dapat tolong orang.. dapat kongsikan benda baik. 

hmm.. dah boleh mula fikir buat iklan dengan blog ni.. hehehe...

16.5.15

SEGMEN MENJELANG RAMADHAN 2015

klik baner untuk join

salam hujung minggu.. waktu untuk join segmen dan blogwakling.. hehehe...

oh yer, syarat segmen ni, kena ada ucapan khas sempena kedatangan Ramadhan. so, ucapan aku khas buat semua pembaca blog ni :

Semoga dengan keberkatan Ramadhan tahun ini dapat menjadi mahar seorang hamba untuk melamar cinta Tuhannya.. 

11.5.15

Taste Aku Tinggi?

sedang asyik aku dan Kamal makan tengah hari pada waktu rehat di kedai makan sekitar perkarangan hospital, tetiba dia bersuara:

"Nurse yang dok makan kat tepi tu boleh tahan cun"
"mana?" soal aku. sekadar ingin tahu.
"tuu.. belah kiri hang tu.." jawab Kamal sambil dijelingkan matanya sebelah kanan
"hmm.. biasa ja.." jawab aku, kemudian sambung makan nasi yang masih berbaki.
"uih.. tinggi giler taste hang. macam tu pun hang kata biasa ja..? patut la sampai sekarang hang tak ada awek.."

aku agak terpukul dengan kata Kamal tu. high taste sangat ke aku nih? hmm..

awek hospital lawa
gambar sekadar hiasan, ehsan google

Aku High Taste?


maybe bila aku aku tengok awek cun, aku rasa biasa ni sebab aku dah set dalam kepala otak yang aku tak nak 'pandang' sapa-sapa dalam setahun dua nih. sebabnya, macam yang aku dah cakap dalam entri #1092HariMencariCinta, aku target nak tamatkan zaman bujang aku lambat lagi. sekurang-kurangnya lagi 3 tahun.

so, waktu sekarang ni tak guna pun kalau aku nak 'ushar' aweks-aweks kat tempat aku keje ni. memang tak ada niat lagi nak berbini dalam masa terdekat. jadi aku 'tundukkan pandangan' je buat masa sekarang. lagipun, kalau aku ushar pun buat tambah dosa je. hehee..

tunduk pandangan
lower your gaze

jadi bila sambil makan aku nampak awek cun lalu, aku tak de rasa apa-apa pun. aku buat bodo je la. tak de la nak terbeliak mata sambil kata dalam hati "alangkah indahnya hidup if she's the one". aku just buat tak tau, pastu sambung makan balik. macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Tapi sebenarnya aku rasa taste aku tak de la tinggi mana pun. lagipun, kalau nak pilih pasangan hidup tak semestinya dengan paras rupa sahaja. banyak lagi aspek lain yang nak kena 'pandang'. betol tak?

hijab


maka, jawapan aku kepada persoalan kamal tadi, "taste aku sebenarnya bukanlah tinggi mana pun, tapi maybe sebab pandangan mata aku dah ter-hijab bila pandang perempuan." betol.! contoh macam dalam entri ini : Pandangan Mata lelaki


p/s 1 : kamal ni pun satu hal, dah bertunang dah pun, dok ushar nurse2 dan doktor2 kat hospital.
p/s 2 : kamal tu bukan nama sebenar.







7.5.15

Penghantaran Motosikal Semenanjug Ke Sabah Sarawak

dalam entri aku suatu ketika dahulu yang bertajuk Nationwide Express | Penghantaran Motosikal, ramai orang yang komen tanya tentang servis penghantaran motosikal untuk semenanjung ke sabah sarawak dan sebaliknya.


Penghantaran Motosikal Semenanjug Ke Sabah Sarawak


antara soalan yang ditanya :










dulu, aku tak ada jawapan bagi soalan-soalan tu. tapi baru-baru ni, seorang wakil penghantaran kenderaan ke sabah ada komen kat entri tu jugak, yang kata dia boleh provide servis hantar kenderaan (aku tak sure motosikal sahaja atau kereta sekali) antara semennjung malaysia dan sabah-sarawak.

ini komen beliau :











"Kami merupakan wakil penghantaran yang berpengalaman. Kami menguruskan penghantaran kenderaan ke Sabah dan Sarawak dengan harga yang cukup murah dan kualiti perkhidmatan yang terbaik. Ingin menggunakan khidmat kami atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di no 0112-8511549 En. Azman"

so, sapa yang memerlukan perkhidmatan ni, boleh la try call. tapi diingatkan aku tak kenal pun siapa En. Azman ni. so, risiko atas tanggungan sendiri..

4.5.15

Bila Hati Gelisah

sejak aku mula bekerja kat hospital ni, sidah ada beberapa kawan aku yang jugak merupakan pembaca blog aku ni tanya, kenapa aku tak ada share pengalaman bekerja sebagai seorang ahli farmasi? malah, kawan blogger pun ada mintak aku share pengalaman bertugas sebagai ahli farmasi kat sini.

Teena Tna, pemilik blog insanbiasabiasa.blogspot.com. merupakan seorang student farmasi.

bukan aku tak nak share, cuma rasanya tak banyak pun yang aku boleh share.. lagipun sekarang ni aku rasa agak serabut sikit. biasa la, dugaan baru bekerja. baru nak adapt. sementara nak biasa. kata orang, life begins at the end of your comfort zone. kan.? sekarang cuma mampu bertabah je la.


sekarang, 1st station aku dapat farmasi wad. wad cardio (jantung). kata orang, station ni agak mencabar. itu orang yang kata. tapi bagi aku, memang agak mencabar. terutamanya masa 1st week. sampai aku rasa takut nak masuk wad. sampai rasa macam nak kena "panic attak"..

Bila Hati Gelisah


sekarang dah okay sikit. Alhamdulillah.. sejak dari 1st week dapat station farmasi wad, setiap kali aku on the way nak masuk wad, aku akan baca doa ini:


Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan.
Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian.
Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut.
Dan aku berlindungan kepadaMu daripada hutang dan penindasan manusia
(H.R. Abu Daud)

*Doa ini diajarkan Rasulullah kepada Abu Umamah ra sewaktu Baginda mendapati beliau sedang bersedihan didalam masjid[1]




1. Muhamad Naim. (2011). Janganlah Kamu Bersedih. Blog Aku Islam; dipetik dari http://akuislam.com/blog/renungan/janganlah-kamu-bersedih/

3.5.15

Contoh Lagu Pilih Tukang Jadi


Ingat tak masa kecik-kecik dulu, bagi budak kampong terutamanya  kalau nak main game macam “aci ligan duduk”, galah panjang (toi), polis sentry (police and thief) dan sebagainya, selalunya pemilihan ‘team’ akan dipilih melalui perkiraan kaki (atau tangan) dengan lagu-lagu tertentu kan?

polis sentry,
kira kaki siapa jadi
(gambar sekadar hiasan, ehsan google)

Kalau korang tak tahu apa-apa, maybe korang anak Bandar kot. Hehehe.. So kat sini aku nak share beberapa lagu yang aku pernah nyanyi masa kecik-kecik dulu masa nak pilih team atau nak pilih siapa yang “jadi”.

Antaranya :

Polis sentry want to jaga (police and thief went to jungle)
Polis mati pencuri jaga

Acilut cat ap 
cap kucing lompat 
nestum nestap 
pak aji tukang cap
ulu air uar
sapa dan keluar

cilot ci penpen
cici capa com lampin

lai lai li lai tamplom
mak minah balik kampong
beranak dalam tong
tengok-tengok anak patong
namanya sotong

(lai lai li versi 2)
lai lai li lai tamplom
apepek apom
apom bin lohai
lohai cap kasai

o-som..! 

want to juice / one two juices

janjan jala
jala itik jala ayam
tang mana lubang kecil
seratus lima puluh
panggil cik goyah makan sireh
mulut merah

maybe apa yang korang pernah main/nyanyi dulu lain sikit versi dia tapi lebih kurang sama. Ni just apa yang aku pernah dengar je. Mungkin ada lagi tapi dah tak ingat. Korang plak ingat tak lagi lagu-lagu yang macam ni? kot ada tambahan apa-apa ke...

Segmen Blogwalking + Hadiah Bertuah

sebuah segmen yang dibawakan oleh Nisa. klik baner untuk join sebelum 15 Mei 2015

saja sekali sekala rasa teringin nak join segmen.. 
hmm.. nampak sangat dah tak tau nak tulis apa dah..