8.6.14

Pengalaman Temuduga SPA Untuk Jawatan Pegawai Farmasi U41

Alhamdulillah, minggu lepas baru je aku selesai ber-interview dengan pegawai dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk PRP (provisional registered pharmacist) aku nanti. so, nak share jugak la sikit pengalaman interview tu bagi mereka yang nak interview kelak.


aku interview kat Pusat Pengajian Sains Farmasi USM. kena dengan Tuan Haji Aziz Bin Othman. baik je orangnya. sporting dan steady.. masuk macam sembang-sembang je.. siap bagi nasihat dan tips lagi..

masa aku interview tu, kami sekali masuk bilik interview, 5 orang serentak. mungkin sebab ramai orang dan kesuntukan masa.. so, tak de la nak rasa nervous sangat berbanding kalau sorang2 masuk. Alhamdulillah..

Soalan Temuduga SPA Untuk Jawatan Pegawai Farmasi U41


lepas je masuk, lepas check IC dengan nama, terus dia tanya soalan. tak de pun nak suruh perkenalkan diri ke apa. direct to the question. antara soalan yang ditanya beliau :

1. apa yang anda faham dengan INTERGRITI? apa kepentingannya terhadap seorang pegawai farmasi, kesan kalau tak ada intergriti, etc...
2. situasi kalau dapat presciption yang overdose. apa yang nak kena buat?
3. situasi orang kena tunggu lama di kaunter farmasi pesakit luar OPD : komen dan cadangan?

aku rasa, aku lagi banyak mendenar beliau cakap dari aku jawab soalan kot. maksudnya, tak de la macam sesi soal jawab yang strict sangat. lepas kita bagi jawapan, belaiu ada tambah lagi info-info yang berkaitan.

selain pegawai dari SPA, ada jugak penyoal dari bahagian farmasi. group aku kena interview dengan Encik Muthu dari JKN Pulau Pinang (kalau tak silap) dan dari apa yang kami dengar, beliau seorang pegawai farmasi di bahagian penguatkuasaan. so, dari situ pun dah boleh agak soalan2 yang macam mana yang akan ditanya beliau. antaranya:

1. sanggup atau tak kalau kena kerja di bahagian penguatkuasaan farmasi
2. tugas seorang farmasi di bahagian penguatkuasaan
3. kempen 'kenali ubat anda', konsep 5R (atau 5B dalam BM), etc..
4. jenis-jenis lesen yang berkaitan dengan farmasi/ubat
5. apa perlu dibuat kalau pesakit mengadu sakit selepas makan ubat tradisional,
6. cara nak check ubat di pasaran sama ada berdaftar atau tidak

ni antara yang aku ingat la. mungkin ada lagi yang aku terlupa. so, bagi final year pharmacy student yang nak interview SPA nanti, good luck aku ucapkan.. interview ni yang nak pening bagi aku, cuma part nak sediakan dokumen-dokumen tu je yang renyah sikit.. masa interview rileks je..

39 comments:

  1. betui2.. kalau interview gomen mmg kebanyakkan terus tanya soalan..

    ReplyDelete
  2. Wahhh , harap Abang Pha Is dapatlah jawatan tu . Apapun , buat yang terbaik untuk Final Exam week (Y)

    ReplyDelete
  3. jeles, bila masuk sorang2 memang gugup tak hengat, all the best for exam faiz!

    ReplyDelete
  4. semoga berjaya dlm interview tuh.

    ReplyDelete
  5. Semoga berjaya & terus sukses Pha Is.. :)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum...
    dah interview... tak lama lagi dah keje, dah boleh beli kete... yeay.... hehehehe...

    interview pharmacist... doktor... rasanya memang tak susah sebab dah gerenti dapat job tu... interview tu macam buat syarat jer... hehehehe...

    post lain belum tentu yer adek2... interview antara yang susah... statistician, ptd pun susah... archivist pun susah... siap kena baca tulisan jawi dalam BI hoccay...

    so hargailah pekerjaan anda kelak...

    good luck PhaIs....

    ReplyDelete
  7. moga berjaya...

    PS...pha is, berapa saiz header yea?rietta cadang nak tukar header baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut lebar blog la.. lebar blog saya 1000px.. tapi kalau buat header 1000px ckup2, nnti lari jugak.. saya kurangkan sikit, dalam 990-980 macam tu.. kna try an error jugak la..

      Delete
  8. alhamdulillah dah selesai ... semoga berjaya .

    ReplyDelete
  9. Allah yubarikfik :)

    ReplyDelete
  10. Semoga berjaya:-) Mujur hang takda perasaan gabra waktu interview. Biasa orang jadi gemuruh sikit bila kena soal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada la sikit gabra tu.. tapi sikit je la..

      Delete
  11. Semoga berjaya Pha Is...
    anak bunda pun sedang menunggu interview beberapa jawatan yang di mohon...

    ReplyDelete
  12. Good luck ^_^ ...anda ditag http://aspireangel.blogspot.com/2014/06/ga-by-farahdeena-fisal.html

    ReplyDelete
  13. Best of luck semoga ada berita gembira nnti pha is.. :)

    ReplyDelete
  14. Selamat berjaya Pha Is.. In shaa Allah

    ReplyDelete
  15. wah..bakal bergelar ahli farmasi xlama lg..all the best!

    tips xnk gubra masa interview ado?hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.. thanks..
      entah la.. sbb masa interview hari tu gubra jugak, tapi sikit je.. x de la sampai terpaku ternganga terpana dan terkesima... hehehe..

      Delete
  16. good luck bro..
    stakat ni xpnah dpat tmuduga spa..
    sangat membantu article ni!!

    ReplyDelete
  17. interview dengan gomen nie memang kena skema2 sikit..soalan2 mengenai topik integriti tu memang andtara soalan2 feveret dorang,..Anyway, good luck kepada mereka yang nak interview dengan SPA nie...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  18. teringat lak masa kena interview nak jadi ckgu dulu, boleh ditanya apa beza dato dan dato'? tersengih-sengih CN mengaku tak tahu jawapan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. kami ada prepare jugak untuk soalan2 yg macam tu.. soalan pengetahuan am..

      Delete
  19. semoga berjaya. atau dah berjaya?

    ReplyDelete