untung bagi pihak nuffnang sebab kena 'bodek', meningkatkan lagi nama baik agensi tersebut di mata blogger. dan untung bagi pihak yang menaja iklan sebab selain iklan diorang ada dalam blog kita, ada jugak entri yang promot produk/service diorang. so, win-win situation.
Bulgogi Brothers Korean BBQ : Halal ke tak?
tapi kali ni, aku was-was sikit. sebab dalam aku dok search, iklan dari Bulgogi Brothers Korean BBQ kali ni ada sedikit syubhah dalam status halal restoran ini. antara yang aku search, ada yang kata halal dan ada yang kata tak halal. aku nak promot pun was-was. so, kali ni bukan lebih kepada promot, tapi sekadar berkongsi maklumat tentang status restoran korea ni.
ada yang kata Bulgogi Brothers ni bukan pemegang sijil Halal JAKIM, tapi diorang menggunakan produk yang halal, makanan dia pun tak ada dicampur dengan sebarang bahan tidak halal sepanjang proses penyediaan masakan. memang PORK FREE. menurut Yana, sebab kenapa dia tak ada Halal JAKIM, kerana Bulgogi Brothers ni ada jual beverages (minuman) yang beralkohol.[1]
menurut seorang blogger Nuriesya Nadiadalam entri beliau, makanan kat situ pork free, tetapi ada jual Soju (arak korea) dan alkohol.[2]
menurut Nur Salmah Abdul Aziz pula, daging dalam masakan mereka datang dari suppliers daging halal dan diorang tak gunakan alcohol dalam masakan diorang. tapi restoran ni tak ada sijil halal jakim sebab diorang ada jual minuman beralkohol. akan tetapi, menurutnya lagi waiter di cawangan pavilion tu orang islam dan manager disitu jugak merupakan seorang islam[3].
Jadi, Bulgogi Brothers Korean BBQ ni halal atau haram?
“Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan. Hampir sangat ia menternak ke dalamnya (tempat larangan itu). Ketahuilah, bagi setiap raja ada tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati."[4]
Di dalam sebuah riwayat yang lain Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang menjauhi syubhah, telah selamatlah agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang menyertai syubhah, ia seolah telah jatuh dalam yang haram” ( Riwayat Muslim, no 1599, 3/1219)[5]
tapi, nak bincang halal atau haram, aku bukan seorang yg 'ahli' dalam bidang ni. sebagai seorang yang jahil, aku rujuk kepada ustaz2 fiqh, antaranya Ustaz Azhar Idrus.[6] dia kata :
wallahu a'la wa a'lam....
sumber dan rujukan :
1. Siti Nooryanawati Mohamed. (2014 June 18). #35 CPUV Nuffnang : Bulgogi Brothers Korean BBQ; Yana Pink Blossom. dipetik dari http://yanapinkblossom.blogspot.com/2014/06/35-cpuv-nuffnang-bulgogi-brothers.html
2. Nuriesya Nadia, (2013 Dec 28). Food Review : Bulgogi Brothers Pavilion. Nurie.Sya.Nadia; dipetik dari http://nadiaradzif.blogspot.com/2013/12/pengaruh-drama-korea-bulgogi-brothers.html
3. Nur Salmah Abdul Aziz. (2013 Dec 13). Korean Restaurant at Pavilion KL : Bulgogi Brothers - Halal?. mikahaziq; dipetik dari http://mikahaziq.blogspot.com/2013/12/korean-restaurant-at-pavilion-kl.html
4. inni akhafullah. (2012 Jan 6). maksud sebenar syubhah. Pelabuhan Hati; dipetik dari http://walkintomylife-eyan.blogspot.com/2012/01/maksud-sebenar-syubhah.html
5. Mohamad Zaki Abdul Halim. (2012 Mac 20). Syubhah Membinasakan Akidah. Menilai sebuah Kehidupan; dipetik dari http://mohamadzakihalim.com/2012/03/20/syubhah-membinasakan-akidah/
6. ahaizat (2011 Aug 17). Uztaz Azhar Idrus - Hukum Makan di Kedai Jual Arak. Youtube. dipetik dari http://youtu.be/lC9ePXFhU1s