tiap-tiap tahun, budak farmasi usm ada tradisi senior 4th year belanja junior2 dibawahnya. tahun lepas masa aku 4th year aku dah belanja junior2 aku seperti yang aku dah cerita kat sini : Belanja Junior. tahun ni tiba masa untuk junior aku si syauqi untuk belanja plak. dan disebabkan aku tak grad lagi, dapat la merasa makan free.. hehe.. 

dari kiri : adilah, jieda, syafiqah, pha is, lan, imran, dan syauqi.

rezeki. dapat merasa ikan siakap 2 ekor untuk 7 orang makan. tak sempat nak ambil gambar ikan, tinggal tulang je. last2 cuma dapat ambil gambar kami dengan muka keriangan kerana kekenyangan.