30.9.13

Ayat Power Kawasaki Z250

kat sini aku bukan nak promot kawasaki z250. walaupun sekarang naked bike ni tengah hangat diperkatakan sejak z250 sudah dilancarkan dan memasuki pasaran malaysia 24 september yang lalu. tapi so far motosikal ni bukan target utama aku.
white, naked bike
kawasaki z250

motosikal ni pun okay jugak. antara senarai motosikal yang masuk katagori mampu milik. kalau tak silap, harga OTR dah boleh dapat RM23k. kalau habis 'koman' sekali pun, kalau tak dapat yamaha xj6, at least kalau aku dapat kawasaki z250 ni pun, dah okay dah.

kali ni, aku cuma nak share ayat promosi kawasaki z250 ni yang bagi aku sangat power dan "mengancam", dipetik dari Kawasaki Z250 Official Special Minisite. cuba korang baca ayat kat bawah ni. pandai betol diorang eksploitasikan ayat untuk tarik pembeli. hehhe...


Di tengah-tengah kesibukan dan kesesakan bandaraya, untuk menuju ke lampu isyarat yang seterusnya bagaikan satu perjuangan. Bersaing untuk posisi dan menjadi yang pertama melolosi sangkar beroda empat, seterusnya meninggalkan pesaing di belakang…... 

Berjuang di kota yang agresif memerlukan kuasa, ketangkasan dan keyakinan, datang dari kawalan motosikal yang menyeluruh. Untuk menonjolkan diri dikalangan gladiator kota, Kawasaki menawarkan “street-fighter” 250cc yang pertama: Z250. 

Jika model “supersport” direka untuk menguasai litar, maka model “street-fighter” pula adalah “Urban Assault Vehicle”. Motosikal Z250 menggabungkan prestasi Ninja yang agresif dengan perantara yang direka untuk kawalan maksimum ketika merentasi laluan kota: pakej yang ideal untuk mencuri perhatian dan menonjol di hutan konkrit. 

Biarlah “repli-racer” beraksi di litar – bila tiba masa untuk mendominasi bandar, jalanraya adalah milik Z.


untuk baca promosi penuh, boleh lihat disini : Kawasaki Z250 Official Special Minisite



rujukan : 
1. Kawasaki Z250 Official Special Minisite. dipetik dari: http://www.kawasaki-cp.khi.co.jp/Z_special/z250/#ms (dipetik pada 2013 sept 29)
2. motomalaya.net. (2013 sept 19). 2013 Kawasaki Z250 Malaysia brochure leaked ahead of 23 October launch – RM21,599 – RM23k OTR [UPDATED]. (updated on 2013 sept 20). dipetik dari: http://motomalaya.net/blog/2013/09/19/2013-kawasaki-z250-malaysia-brochure-leaked-ahead-23-october-launch/ (dipetik pada 2013 sept 29)

29.9.13

yamaha xj6 ibarat perempuan

malam tadi aku excited kejap bila dapat tahu yang ada khabar angin mengatakan lepas raya cina nanti, yamaha xj6f bakal masuk pasaran malaysia. maka, nanti xj6 akan keluar dengan 3 variasi la. yamaha xj6 diversion, yamaha xj6n (naked) dan yamaha xj6f (full fairing).

bila difikirkan balik, motosikal yamaha xj6 ni tak ubah macam budak-budak perempuan zaman sekarang. kalau tak percaya, meh aku nak tunjuk contoh. tapi, ini sekadar perumpamaan.. gurau-gurau je. jangan ambik hati yer...

yamaha xj6 diversion

yamaha xj6 diversion 

yamaha xj6 diversion. dari nama dia pun dah dapat agak, "dua versi" kalau di-translate-kan. enjin naked, tapi kepala ada fairing. separuh naked, separuh sport. ibarat macam perempuan pakai tudung kat kepala, tapi "enjin" terdedah. 

yamaha xj6n

naked bike
yamaha xj6n

yamaha xj6n. n untuk naked (terlanjang). tiada fairing sistem. dengan bangganya menunjukkan semua aset yang dia ada. terdedah dan sexy. tapi aku lagi suka motosikal jenis naked bike ni. tapi untuk motosikal je la. korang jangan pikir benda lain pulak.

yamaha xj6f


full fairing system
yamaha xj6f

yamaha xj6f. full fairing sistem. motosikal jenis ni ibarat perempuan muslimah. menutup aurat dengan sempurna. motosikal jenis ni lebih stabil untuk kelajuan tinggi. perempuan jenis ni lebih stabil untuk jangka masa panjang (buat bini). hehehe.. 


so, apa pendapat korang?


**harap maaf. tiada gambar wanita untuk dijadikan contoh. hanya gambar motosikal sahaja yang boleh digunakan sebagai bahan rujukan.


maa'ssalamah,
Pha is

28.9.13

top referrer bloglist september

bulan september dah nak habis. jadi disini aku nak buat entri penghargaan kepada mereka yang sudi meletakkan blog Hikayat Budak Pening ni di bloglist masing-masing dan berjaya menumbangkan trafic tertinggi sepanjang bulan september.

mula-mula, jom lihat top 3 penyumbang trafic terbanyak ke blog Hikayat Budak Pening ini. statictic diperolehi melalui histat.com

1. Blog Mak Budak a.k.a Remaja Purba oleh kak aizamia3

aizamia3

2. blog Dunia Kecil oleh kak Mizz Aiza


3. CeRiTa SaNg PuTeRi by puteri airyn


antara penyumbang trafic yang lain melalui bloglist termasuklah

4. Hati Dan Bicaranya oleh HeNRieTTa JoSe
5. Seharum Kasturi oleh harumankasehvee
6. proses and dream by Izzah Syahmina
7. Kakcik Seroja by Kakcik 
8. Journal Of My Life by kak Nik Ros
9. Blog Mister Zarif byIncik Zarif
10. My Rainbow by aziela 

terima kasih kerana sudi meletakkan blog hikayat budak pening di bloglist korang. kepada yang letak tapi tak tersenarai, jangan bersedih. pha is juga menghargai korang. mana tahu bulan depan boleh masuk list top referrer. selamat mencuba.!

maa'ssalamah,
Pha is


27.9.13

Segmen Tambahkan Follower & Isi Tabung

sebuah segmen by kinah.klik baner untuk join.

senarai peserta

jom isi tabung...


Filem Need For Speed

aku ni kalau game, malas nak main game yang complicated, yang nak kena explore banyak tempat. aku main game yang straight forward je. game tembak-tembak, dan game racing kereta. tembak sampai mati, race sampai menang. antaranya game counter strike, killing floor, dan need for speed.


tapi, baru aku dapat tahu yang need for speed dah nak keluarkan movie. menurut encik wiki, filem ni bakal dikeluarkan pada bulan mac 2014. okay.. macam menarik.


so, sekarang ada 2 filem racing kereta yang tengah ditunggu. filem need for speed yang ini, dan filem fast and furious 7.

hmm....



26.9.13

segmen: bloglist istimewa ayuinsyirah tahun 2013

sebuah segmen by ayuinsyirah. klik baner untuk join


Harian Metro | Yamaha Z800

kawasaki z800

buka je berita harian metro online, jumpa berita pasal kemalangan di tanjung malim yang melibatkan motosikal kawasaki z800 tu. berita tu aku dah tahu kelmarin, melalui yamaha xj6 facebook group. so, bila baca berita yang aku dah tahu, tak de la terkejut sangat.





tapi, bila aku baca berita dari harian metro online ni, aku rasa amat hairan bila pengarang berita tu menulis "Yamaha Z800". adoiyai.. FAIL..!!!!


tajuk berita dah style dah, tapi tu motosikal kawasaki z800 la... bukan Yamaha..!!!!

bak kat member aku :



hmm...

rujukan : 
Shamsudin R. (2013 sept. 26). myMetro: Hanya sempat laram sebulan. dipetik dari http://www.hmetro.com.my/articles/Hanyasempatlaramsebulan//Article?HarianMetro (2013 sept. 26, jam 11.00 a.m)

maa'ssalamah,
Pha is

25.9.13

Ujian IQ Warna

pernah dengar tentang "colour IQ test"? satu ujian untuk check kepekaan mata kita terhadap perbezaan warna. sebabnya, 1 daripada 255 perempuan dan 1 daripada 12 lelaki kurang kepekaan mereka terhadap perbezaan warna.

kalau nak try ujian ni, boleh ambil kat sini : COLOR IQ TEST


test ni senang je. korang dikehendaki susun beberapa kotak yang berwarna seperti gambar diatas, sehingga perbezaan warna tersebut menjadi sekata seperti gambar dibawah. ekceli, gambar yang kat bawah ni bukan "skema jawapan" tapi hasil jawapan aku. jawapan ni tak perfect tapi lebih kurang macam tu la.


bila dah siap susun, baru klik "score test" tu dan lihat markah korang. markah untuk jawapan perfect adalah "0", tapi aku dapat 23 markah. cuba korang try, kemudian komen kat bawah ni berapa markah yang korang dapat. sapa dapat markah kosong, dia menang..!!!


jom try..!!


maa'ssalamah,
Pha is

Antara 2 Cerita Hantu

semalam masa aku keluar makan dengan member, tetiba topic hantu yang menjadi perbualan. dalam perbualan tu, antara cerita yang menarik adalah tentang 2 cerita hantu dari kisah benar (menurut tukang cerita).


cerita hantu pertama


ada seorang hamba Allah ni, didatangi oleh jelmaan seekor hantu pada suatu malam. mulanya, dia buat tak tahu. sekadar mengikut pesan orang tua-tua, "jangan tegur".

tapi makin lama, jelmaan makhluk tersebut semakin menghampiri pemuda tersebut. semakin lama semakin dekat. sampai dah satu tahap, apabila pemuda tersebut dah tak tahan, beliau pun berkata:

"ha.!!! mai dekat lagi..!!! aku tangkap sat gi, aku buh dalam botoi (botol) baru hang tau..!!!"

lepas tu, jelmaan makhluk itu mula beransur menjauh dari pemuda tersebut, sehinggalah ianya hilang dari pandangan.




cerita hantu kedua


juga sama kesnya seperti cerita pertama, dimana tetiba seorang pemuda didatangi oleh jelmaah makhluk halus. spertimana pemuda dari kisah pertama tadi, mulanya beliau juga "tidak tegur" jelmaan itu.

tapi, lama kelamaan, jelmaan itu makin menghampiri, tapi dengan kadar yang perlahan. lantas, pemuda ini terus mencabar jelmaan makhluk tersebut:

"apa tengok-tengok..??? kalau berani, kejar la..!!!"

tahu apa yang terjadi lepas tu? jelmaan tu kejar pemuda ini betul-betul..! lantas pemuda yang ini pun lari lah bertempiaran dan kemudiannya demam seminggu, menurut si tukang cerita.


*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *


so, kesimpulannya..???
tapi, kalau tak nak gangguan hantu dekat mana-mana hotel, boleh try 9 cara ni.


maa'ssalamah,
Pha is

SEGMEN : Jom Follow by Kataubaid

klik baner untuk join 

24.9.13

Graduasi 2013


kelmarin hari graduasi batch aku. sepatutnya, aku grad sekali. tapi disebabkan aku extend, hari graduasi kali ni aku tengok saja je la. sedih jugak sebenarnya bila tengok member yang sama-sama belajar sekali dah grad, tapi aku masih lagi terkandas.

gambar dari nikon D90 Ridhuan


sabor je la..

so, kelmarin aku sekadar tumpang kegembiraan orang lain je. sekadar meraikan member bergraduasi. tak pe la, hari ini hari diorang, tahun depan insyaAllah hari aku pulak.

dan disebabkan aku tak berjubah, aku jadi photographer tak bertauliah..

credit to Saddam Shariff Gallery  

dalam tengah sibuk mengambil gambar, senior aku yang pernah extend datang tegur aku.

senior : pha is, hang extend jugak ka?

aku : yup. tahun depan insyaAllah..

senior : berani noh hang datang sambut diorang hari ni. aku dulu masa orang lain grad, aku tak ada kekuatan nak datang macam hang..

aku :



setiap yang berlaku ada hikmahnya..



maa'ssalamah,
Pha is

22.9.13

Basuh Junior


"pha is, jom ikut aku" ajak ariel (bukan nama sebenar) tiba-tiba, setelah rambutnya disisir kemas.

"mana?" setelah cerita bersiri Sherlock Holmes aku jeda* buat sementara waktu. mengganggu konsentrasi aku melayan cerita inggeris.

"pi basuh exco baru" terang ariel.

"basuh?" soal aku. hairan. Angin tak ada, ribut tak ada, tetiba je ajak aku basuh?

"ha ah. Basuh. Brain wash. Jom la, ikut aku pi jumpa exco baru" terang ariel lagi.

3 tahun lepas masa aku di tahun kedua, ariel dan aku pernah memegang jawatan dalam sebuah persatuan. Dia YDP, aku pula pem'back-up' beliau. Dalam erti kata lain, NYDP. Tapi tu dulu. Dah hampir 3 tahun berlalu. Tu kiranya zaman kegemilangan kami. zaman berjawatan. zaman jadi orang penting. Tapi sekarang dah pencen dah.

Kiranya, malam ni kami nk menyampaikan amanat dan pesan la. bukan nak brain wash sangat pun. Sekadar berkongsi pengalaman sebagai orang dah pernah alamai apa yang mereka bakal alami.



yang penting, jangan push diorang, dan jangan biarkan diri diorang terlalu di-push. biar diorang punya jati diri sendiri.. hmm.. macam mana aku nk cakap kat diorang yer...



*jeda : pause

21.9.13

video | bahaya tembakau

just nak share sebuah video yang dihasilkan oleh junior aku. video assignment diorang untuk paper pharmacoinfirmatic. aku dulu kena buat laman web, diorang kena buat video.

layan je la.



20.9.13

Kawasaki Bajaj Pulsar 200NS gantikan Ninja KRR ZX150?


walaupun berita ni baru sekadar khabar angin, tapi agak mengejutkan jugak la apabila motosikal Kawasaki Ninja KRR ZX150 nak digantikan dengan Kawasaki Bajaj Pulsar 200NS. kawasaki kips nak digantikan dengan naked? seriusly?

Kawasaki Ninja KRR ZX150



kips, green, se, sport bike,
kawasaki ninja KRR ZX 150


rasa macam tak mungkin je kawasaki ninja KRR ZX150 nak dihentikan jualan kat malaysia. aku rasa, moto ni antara yang popular kot kat malaysia. pergi mana-mana pun dah boleh nampak orang pakai atas jalan raya.

spesifikasi kawasaki ninja KRR ZX150 : 


enjin : Liquid-cooled, 2-stroke, Single cylinder
Transmission: 6-speed, Constant mesh, return shift
Maximum power : 22.1 kW {30.0 PS} @ 10,500 rpm 
Maximum torque : 21.6 N∙m {2.20 kgf∙m} @ 9,000 rpm



Kawasaki Bajaj Pulsar 200NS

red naked bike
kawasaki bajaj pulsar 200ns


lepas tu, nak gantikan pulak dengan kawasaki bajaj, barang india. sama kes macam benelli tnt 600 la. jenama je popular, syarikat Itali tapi buatan cina. dalam kes Kawasaki Bajaj Pulsar 200NS ni, jenama kawasaki, tapi barang india.

member aku ada cakap, benelli tnt 600 yang baru keluar tak sampai setahun tu pun, dah ada yang komplen. kawasaki bajaj dari india ni tak tau la macam mana nanti.

yang pasti, kawasaki bajaj pulsar 200NS ni memang nampak lawa. sekarang susah nak cari naked bike yang ada double seat macam tu (seat penunggang dan pembonceng tak bercantum). tapi, kalau lawa saja, tak guna jugak.

spesifikasi kawasaki bajaj pulsar 200NS :


enjin : liquid-cooled, 4 stroke, SOHC 2-valve single-cylinder
Transmision: 6-speed, return shift
DTS-i (Digital Triple Sparkplug Ignition)**
maximum power : 17 Kw {23.1 PS} / 9,500 rpm
maximum torque : 18 N.m {1.8 kg ƒ.m / 8,000 rpm}

**By monitoring throttle position, engine rpm and engine temperature, three spark plugs deliver hot sparks at the ideal timing for efficient combustion and superior fuel efficiency.

hmm.. kita tengok macam mana nanti..

entri lain yang berkaitan :
motosikal idaman
yamaha xj6n vs benelli tnt 600



rujukan : 
1. Motomalaya.net. (2013 Sept. 20). Rumors: Kawasaki Bajaj Pulsar 200NS to replace Kawasaki Ninja KRR ZX150. http://motomalaya.net/blog/2013/09/20/rumors-kawasaki-bajaj-pulsar-200ns-replace-kawasaki-ninja-krr-zx150/
2. Proud2ride. (2013 June 9). Penjelasan Spesifikasi Lengkap Kawasaki Bajaj Pulsar 200NS #Press Realese.http://proud2rideblog.com/2013/06/09/penjelasan-spesifikasi-lengkap-kawasaki-bajaj-pulsar-200ns-press-realese/
3. Tong Ban Seng Motor. (2013). Kawasaki Ninja KRR ZX150. http://tbsmotor.com.my/kawasaki/kawasaki-ninja-krr-zx150.html

Pembayaran 8Share pertama!

Alhamdulillah, hari tu dah cukup duit untuk cash out. hari ni, dah dapat Payment advice dari 8share. bapak cepat giler diorang proses. hari selasa diorang proses, hari jumaat dah dapat. dalam 3 hari je!



so, benda baik tak nak "kongker" sorang-sorang. elok dikongsi bersama. bagi yang belum try, jom la join. daftar free, kemudian boleh terus share iklan. semudah ABC.. hehehe..


invite 8share
berbaloi-baloi. jom..!!
maa'ssalamah,
Pha is

19.9.13

Gravity Hill | Sebuah Ilusi

pernah dengar pasal graviti hill? aku first time dengar pasal benda ni. graviti hill ni adalah suatu tempat dimana cerun yang menurun nampak seolah-olah seperti cerun menaik disebabkan bentuk muka bumi sekitar kawasan tersebut.

kalau nak mudah paham, bak kata encik wikipedia :

Gravity hill 

"A gravity hill, also known as a magnetic hill and sometimes a mystery hill, a mystery spot, or a gravity road, is a place where the layout of the surrounding land produces the optical illusion that a very slight downhill slope appears to be an uphill slope. Thus, a car left out of gear will appear to be rolling uphill against gravity. In bicycle racing, such roads are known as "false flats." [1]
terdapat beberapa tempat di seluruh dunia yang ada gravity hill ni. kat Malaysia pun ada tau! di Kimanis-Keningau Highway, 11 km dari Keningau.[2]

gravity hill di keningau


kat bawah ni video yang aku jumpa di facebook pasal fenomena graviti hill ni, bertempat di keningau, sabah.[3]

 


reality gravity hill


bak kat abang wiki, ianya hanya optical illusion. nampak macam menaik tapi sebenarnya menurun. walaupun tak ada unsur mistik, tapi tetap pelik kan?


 ada sapa-sapa orang keningau atau orang sabah yang boleh konfomkan tak pasal tempat ni?



rujukan : 
1.wikipedia. gravity hill. http://en.wikipedia.org/wiki/Gravity_hill#cite_note-1
2. wikipedia. list of gravity hills. http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_gravity_hills#Malaysia
3. facebook page : only in malaysia. Gravity hill Malaysia. https://www.facebook.com/photo.php?v=655959141083783  

header v7.0

entah tetiba je rasa nak tukar header blog. bila check balik, rupanya ni header version yang ke-7 dah untuk blog aku ni, tapi last punya header, aku pakai hampir 2 tahun. so, dah boring dah rasanya. hehe..
header v6.2
sebelum ni, masa mula-mula aku berblog,memang aku rajin tukar header. pakai 2-3 bulan, tukar. sebabnya, masa tu adalah masa untuk aku mencari identiti sendiri, mencari rentak sendiri. so, banyak berexperiment dengan header. lepas je siap header ke-6, masa tu kira habis puas hati dah la.

kat bawah ni senarai header yang aku pernah guna. kalau nak tengok dengan lebih jelas, klik gambar tu.

header v1.0

header v2.0

header v3.0

header v4.0

header v5.0

header v6.0

header v6.1

header v6.2

header v6.3

header v6.4

header v6.5

lepas tu, terus stay dengan header v6.2 tu. tapi sekarang dah boring balik. hmm...

so, saja godek-godek photoshop, akhirnya, dapat la hasil seperti kat bawah ni. saja nak bagi lebih simple. cuma part "wax seal" tu je aku habiskan masa hampir berejam nak buat.

header v7.0

asalnya wax seal tu nk buat untuk water-mark gambar je. tapi dah alang-alang tukar watermark, tukar header terus la. kira penjenamaan semula la ni.

apa-apa pun, kaler biru tetap menjadi pojaan hatiku.. hehehe..

so, apa pendapat korang?

maa'ssalamah,
Pha is

18.9.13

WW #59 | wax seal HBP


Pameran Pharmex 2013

bersempena dengan pesta konvokesyen USM kali ke-48, Persatuan Sains Farmasi USM akan menganjurkan 2 program iaitu pharmex dan pharmatrade.

Pameran Pharmex 2013


Pharmex adalah sebuah pameran kesihatan di tapak konvo USM yang dikendalikan sendiri oleh para pelajar dari pusat pengajian sains farmasi USM. selain pameran kesihatan, kami juga turut menjalankan pemeriksaan kesihatan secara secara PERCUMA (pemeriksaan standard). 

jadi, sesiapa yang berdekatan dengan USM kampus induk, boleh datang beramai-ramai ke tapak konvo USM sepanjang minggu konvokesyen USM kali ke-48 ini (18-22 September 2013) dan jangan lupa untuk terjah tapak pameran Pharmex.!

jom!

convex usm 2013, pharmacy

Pharmex 2013


Assalamualaikum and Hai!

Everyone! We are from PHARMEX 2013. PHARMEX is a medical-based and exhibition event organized by the School of Pharmaceutical Sciences of Universiti Sains Malaysia.

>>services offered by our booth:

:: Special offer: Standard Test (Free)
:: Package A: Standard Test + Glucose (RM1)
:: Package B: Standard Test + Cholesterol (RM5)
:: Package C: All test “Standard + Glucose + Cholesterol” (RM6)

*Standard Test includes:

• Boday Mass Index (BMI)
• Body Fat Mass (BFM) dan Visceral Fat Area (VFA)
• Blood Pressure Test (BP)
• Waist-hip Ratio (WHR)

>>ALL are in LOWER PRICE! 30 early birds will get FREE goodies pack!
You will know more about your medicine and healthy lifestyle knowledge through our EXHIBITION.
Do come to convocation site and SUPPORT US!!!
_________________________________________________________
Brought to you by:
#PHARMEX 2013, Persatuan Sains Farmasi USM and Hikayat Budak Pening


rujukan:
Asma Siddiqa. (2013 sept 16). Pharmex 2013. retrieved from http://siddiqadeen.blogspot.com/2013/09/pharmex-2013.html 

17.9.13

jangan bercerita...

just thought of the day..



jangan bercerita


jangan bercerita soal harta di depan orang miskin
jangan bercerita tentang jodoh di hadapan mereka yang masih belum bertemu jodoh
jangan bercerita tentang anak di hdapan mereka yang belum dikurniakan anak
jangan bercerita tentang makanan yang mahal di hadapan mereka yang kurang berkemampuan

kerana anda tidak pernah tahu bahawa mereka terlalu inginkan semua itu
tapi mereka tidak mampu & belum ada rezeki
belajar memahami keadaan orang lain & jangan syok sangat nak bercerita tung tang tung tang

you're deal with human dear..be a human being..

Gerai Pharmatrade 2013

bersempena dengan pesta konvokesyen USM kali ke-48, Persatuan Sains Farmasi USM akan menganjurkan 2 program iaitu pharmex dan pharmatrade.

Gerai Pharmatrade 2013


pharmatrade adalah sebuah gerai penjualan pelbagai jenis supplements, vitamins, dan produk kesihatan di tapak konvo USM yang dikendalikan sendiri oleh para pelajar dari pusat pengajian sains farmasi USM pada minggu konvokesyen USM.

Jangan lupa kunjungi booth PHARMATRADE di tapak konvo USM pada 18-22 September 2013 untuk mendapatkan pelbagai jenis supplements, vitamins, dan produk kesihatan dengan tawaran harga yang hebat!

rujukan : 
Pharmatrade USM 2013 (facebook page). https://www.facebook.com/PharmatradeUsm2013 

16.9.13

Hold My Hand 2013

just nak share sebuah video yang telah 'dilakonkan' oleh junior-junior aku pada bulan Mei yang lepas. video berkenaan sebuah freeze mob yang dijalankan di usm. 


In respond to current situation in Malaysia, Hold MY Hands freezemob were done along the corridors in University of Science Malaysia (USM).

This is to emphasize on what we already have and cherish. Unity holds the bond between us Malaysian despite having different skin and different background. One thing unite us all which is the love towards our country, Malaysia . There's always more love to give and this how we show it.

15.9.13

Reblog Bersama Puteri Kasih Tentang Naked

prolog* :
entry ini adalah sebuah segmen yang dibawakan khas kepada anda oleh Puteri Kasih. aku dikehendaki menulis tentang perkataan pertama yang aku ternampak dalam crossword puzzle disini. dan perkataan pertama yang aku jumpa adalah "NAKED".

naked? apehal perkataan naked yang aku ternampak dulu ni? lucah betol otak aku nih. heheh.. korang jangan salah faham. naked yang aku nak cerita disini bukanlah naked terdedah tubuh badan, tapi naked yang aku nak cerita adalah naked yang terdedah enjin motosikal.

pernah dengar pasal naked bike? dia macam sport bike, tapi enjin dia terlanjang. meh aku tunjuk contoh.

fairing, white
kawasaki ER6F
kawasaki ER6F tergolong dalam katagori sportbike (kalau tak silap aku). huruf "F" pada ER6F tu merujuk kepada kewujudan fairing system pada motosikal ni yang seolah-olah 'menutup' enjin motosikal.

naked, white
kawasaki ER6N
kawasaki ER6N pulak katagori naked bike. huruf "N" pada ER6N merujuk kepada perkataan NAKED. disebab dia tak ada fairing system, korang boleh nampak enjin, radiator, dan 2 pangkal batang ekzos dengan jelas tanpa tertutup. dalam erti kata lain, bahagian enjin dia agak terdedah dan "terlanjang".

contoh yang lain :

orange, special edition
kawasaki ninja 250r 2014

white
yamaha xj6n 2013

nampak kan perbezaan antara kawasaki ninja dan yamaha xj6 ni ? mesti dah boleh agak dah yang mana naked bike antara dua motosikal ni. kalau tak boleh bezakan lagi, tak tau la.. hehhe..

sekarang, aku lebih minat naked bike. sebab dia lebih "sexy". hehehe...




*maksud prolog :
1. kata-kata atau bahagian pendahuluan kpd sandiwara atau pidato, pembukaan kpd cerita sandiwara dll;
2. peristiwa pendahuluan (permulaan).
(Kamus Dewan Edisi Keempat)

14.9.13

apa salahku?

dalam tengah syok ber-BW, jumpa 1 blog yang menarik minat aku untuk follow. bila aku klik button follow, tetiba keluar amaran kat bawah ni.

"we're sorry, the site owner has blocked you from joining this site"

apa salahku, apa dosaku sampai owner blog ni block aku dari follow blog beliau? kenapa??? kenapa???? *saja nk bagi dramatis sikit*

korang pernah tak jadi macam ni?