20.9.13

Kawasaki Bajaj Pulsar 200NS gantikan Ninja KRR ZX150?


walaupun berita ni baru sekadar khabar angin, tapi agak mengejutkan jugak la apabila motosikal Kawasaki Ninja KRR ZX150 nak digantikan dengan Kawasaki Bajaj Pulsar 200NS. kawasaki kips nak digantikan dengan naked? seriusly?

Kawasaki Ninja KRR ZX150



kips, green, se, sport bike,
kawasaki ninja KRR ZX 150


rasa macam tak mungkin je kawasaki ninja KRR ZX150 nak dihentikan jualan kat malaysia. aku rasa, moto ni antara yang popular kot kat malaysia. pergi mana-mana pun dah boleh nampak orang pakai atas jalan raya.

spesifikasi kawasaki ninja KRR ZX150 : 


enjin : Liquid-cooled, 2-stroke, Single cylinder
Transmission: 6-speed, Constant mesh, return shift
Maximum power : 22.1 kW {30.0 PS} @ 10,500 rpm 
Maximum torque : 21.6 N∙m {2.20 kgf∙m} @ 9,000 rpm



Kawasaki Bajaj Pulsar 200NS

red naked bike
kawasaki bajaj pulsar 200ns


lepas tu, nak gantikan pulak dengan kawasaki bajaj, barang india. sama kes macam benelli tnt 600 la. jenama je popular, syarikat Itali tapi buatan cina. dalam kes Kawasaki Bajaj Pulsar 200NS ni, jenama kawasaki, tapi barang india.

member aku ada cakap, benelli tnt 600 yang baru keluar tak sampai setahun tu pun, dah ada yang komplen. kawasaki bajaj dari india ni tak tau la macam mana nanti.

yang pasti, kawasaki bajaj pulsar 200NS ni memang nampak lawa. sekarang susah nak cari naked bike yang ada double seat macam tu (seat penunggang dan pembonceng tak bercantum). tapi, kalau lawa saja, tak guna jugak.

spesifikasi kawasaki bajaj pulsar 200NS :


enjin : liquid-cooled, 4 stroke, SOHC 2-valve single-cylinder
Transmision: 6-speed, return shift
DTS-i (Digital Triple Sparkplug Ignition)**
maximum power : 17 Kw {23.1 PS} / 9,500 rpm
maximum torque : 18 N.m {1.8 kg ƒ.m / 8,000 rpm}

**By monitoring throttle position, engine rpm and engine temperature, three spark plugs deliver hot sparks at the ideal timing for efficient combustion and superior fuel efficiency.

hmm.. kita tengok macam mana nanti..

entri lain yang berkaitan :
motosikal idaman
yamaha xj6n vs benelli tnt 600



rujukan : 
1. Motomalaya.net. (2013 Sept. 20). Rumors: Kawasaki Bajaj Pulsar 200NS to replace Kawasaki Ninja KRR ZX150. http://motomalaya.net/blog/2013/09/20/rumors-kawasaki-bajaj-pulsar-200ns-replace-kawasaki-ninja-krr-zx150/
2. Proud2ride. (2013 June 9). Penjelasan Spesifikasi Lengkap Kawasaki Bajaj Pulsar 200NS #Press Realese.http://proud2rideblog.com/2013/06/09/penjelasan-spesifikasi-lengkap-kawasaki-bajaj-pulsar-200ns-press-realese/
3. Tong Ban Seng Motor. (2013). Kawasaki Ninja KRR ZX150. http://tbsmotor.com.my/kawasaki/kawasaki-ninja-krr-zx150.html

8 comments:

  1. boleh plak nak main ganti2 mcm tu..kualiti itu penting!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tukar2 pengeluaran tu perkara biasa.. cma kali ni moto yg laku nk digantikan dengan barang india yg blum tentu lagi rmai orang akn beli.. :)

      Delete
  2. kawasaki ninja lagi cun :) apa pun harapnya kualiti mesti diutamakan kalau nak lama di pasaran.

    ReplyDelete
  3. akak tak faham sangat pasal motosikal ni.. hehe..

    ReplyDelete
  4. kawasaki ninja tu cantik..lg cantik kalau warna merah..

    ReplyDelete
  5. baik krr pulak..lagi syok..nama bajaj pn dah mcam india..

    ReplyDelete