30.5.13

jejak kerachut 10 : penutup

akhirnya, seperti yang dijanjikan, tepat jam 1700 petang, anip datang ambil kami. lepas barang semua dah kemas, kami naik bot balik ke pintu masuk Taman Negara Pulau pinang dari monkey beach. lepas tu, mandi dan solat asar disitu sebelum berangkat pulang ke USM.

oh ya, yang tengah "drive" bot tu la anip.

so, secara keseluruhannya, percutian kami pada hari tu sangat-sangat best. macam-macam ada. penat dapat, kejang dapat, seronok pun dapat. yang penting, pengalaman.

kira ok la. cuti-cuti malaysia la katakan. percutian terakhir sebelum grad. lepas grad nanti konfom masing-masing sibok dengan kerja. bak kata seorang PRP kepada aku masa aku kat hospital usm kelantan dulu,

"enjoy your life while you still a student."


29.5.13

jejak kerachut 9 : monkey beach

lokasi : monkey beach
coordinate :   5°28'14.58"N, 100°11'17.15"E

setibanya kami di monkey beach (a.k.a teluk duyung) lebih kurang pada jam 1430 petang. janji dengan anip untuk ambil kami pada jam 1700 petang. monkey beach ni sama macam pantai kerachut. untuk kesana perlu hiking ataupun naik bot.

kat sini, banyak juga aktiviti yang kami buat, dan banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat. antaranya :

1. aktiviti minum air kelapa di tepi pantai. eh, minum pun kira aktiviti ke..? ah, tak kisah la. tapi air kelapa (a.k.a air nyok) kat sini sangat best. lepas kami order, baru diorang panjat pokok kelapa, dan tebuk lubang. kira memang freash la. hehehe..


sila jangan terpengaruh dengan muka aku yer.. nampak je muka buat macam tu, tapi sedap. muka macam tu sebab tengah pening kepala sikit. apa-apa pun, minum air kelapa di tepi pantai memang layan. 

2. tangkap anak ikan. kat situ, ada satu muara sungai tapi 'halus' je aliran sungai dia. kat situ ada banyak anak ikan bermain-main. so, kami pun join bermain-main dengan anak-anak ikan tu. 



nampak tak anak ikan tu? kecik je..

3. aktiviti mandi laut dan main swinger. nak tau apa itu swinger, tengok gambar kat bawah ni



bila sampai kat hujung, lompat masuk dalam laut. malangnya, kat hujung tu, laut masih cetek. so, kalau tersilap landing, agak sakit sikit.

4. main buaian. naik buaian tepi pantai ditemani deru angin bertiup dan bisikan ombak menampar pantai. pergh. 



pisture of the year. ini yayat. beliau naik buaian sebab nak kahwin dengn anak raja. hahahah..

aktiviti lain yang boleh dibuat dan kami tak buat, antaranya banana boat dengan naik jet skit. boleh agak kan kenapa kamai tak naik bnde tu. lari bajet. hehehe..


bersambung....


27.5.13

jejak kerachut 8 : batu kepala buaya dan penyu


perjalanan menaiki bot dari pantai kerachut ke teluk duyung (a.k.a monkey beach) memang layan. dengan desiran angin kuat menepis, ditambah tujahan ombak yang tanpa henti. cukup mengujakan.


dalam perjalanan, beberapa ketika kemudian, anip si drebar bot kami memperlahankan bot (sekitar 5°28'42.85"N, 100°10'54.78"E). setelah bunyi deraman enjin mula reda, dia bersuara.

"on our right, there, we can see a turtle rock", sambil menuding jari beliau ke arah satu longgokan batu di gigi laut. amboi, speaking pulak si anip ni. tak de la. dia speaking sebab dalam bot yang kami naik, ada foreigner.  maka foreigner tu (dan termasuklah dengan kami) pakat pulun ambil gambar batu tu.. 


memang batu tu ada mirip-mirip seekor penyu, walaupaun tak sama 100%. gambar yang aku ambil ni jauh. pakai kamera henset je. tak boleh zoom sangat.

lepas tu, anip bersuara lagi. "and there, we can se a crocodile head rock." sambil menunjuk ke atas sebuah batu yang berbentuk segi tiga, lebih kurang 100 meter dari batu penyu tadi.


nampak tak? memang macam kepala buaya kan? 

sebelum ni, aku pernah dengar dah cerita pasal 2 batu ni. cuma kali ni, baru berkesempatan tengok depan mata. 

kalau nak tengok, datang la sini...




bersambung...


26.5.13

jejak kerachut 7 : penyu


Tak ramai yang tahu selain rantau abang di Terengganu, pantai kerachut di pulau pinang juga merupakan tempat penyu bertelur. Ramai macam susah nak percaya. Mungkin kerana perairan pesisir laut sekitar pulau pinang yang Nampak agak kotor dan pembangunan yang pesat di sekitar tepi laut.


Tapi, pantai kerachut ni lain. Untuk kesana sahaja dah nak kena hiking lebih dari 1 jam. lagipun, pantai kerachut menghadap kearah barat. Mungkin sebab tak ada siapa nak kacau kawasan tu. Terpencil.

Dulu masa kem KeKAS, aku sempat tengok anak penyu merangkak keluar dari dalam pasir masa 'mereka' baru menetas. Kami siap ambil sorang satu, lepas tu buat lumba, anak penyu siapa yang sampai ke laut dahulu.



Tapi kali ni, kami Cuma berkesempatan untuk tengok anak-anak penyu dalam akuarium. Lepas tu, masuk tengok kat galeri penyu tu sikit. Masa tu kami tengah kejar masa. So, tak banyak yang boleh dibuat.

jejak kerachut 6 : tasik meromiktik


kat taman negara pulau pinang ni, antara tarikan utamanya ialah tasik meromiktik. apa yang aku belajar dulu dalam kem kesedaran alam sekitar, kat atas bumi ni ada 3 je tasik meromiktik. satu kat penang, satu lagi kat australia, dan satu lagi kat black sea. tapi dalam pembacaan aku, ada yang kata ada 19 tempat kat atas seluruh dunia. tak sure mana yang betol.

tapi, nak cakap kat sini, dalam dunia ni beberapa tempat je yang ada tasik jenis ni. dahsyat kan? kita patut bersyukur sebab kat Allah nak bagi sebijik tasik ni kat Malaysia. hehehe... tapi, apa yang special sangat dengan tasik meromiktik ni?

tasik meromiktik ni terjadi disebabkan satu fenomena bermusim apabila beting pasir terjadi berhampiran pantai berikutan tindakan angin dan ombak yang kerap. Beting pasir ini akan menghalang pergerakan keluar air laut yang dibawa bersama ombak yang besar, hingga membentuk lagun bermusim, yang kemudian terjadinya tasik Meromiktik.[1]

hasilnya, tasik ni akan ada 2 jenis air yang tak bercantum. satu lapisan air laut yang masin akan ada kat bawah sebab lebih tumpat manakala satu lagi lapisan air tawar di bahagian atas. disebabkan air ni tak bercampur, suhu air kat bawah akan lebih panas berbanding dengan suhu air di lapisan atas.

tapi, disebabkan tasik ni tasik bermusim, ianya hanya akan terjadi pada peralihan musim monsun Timur Laut (November-Mac) dan angin monsun Barat Daya (Mei-September).

Pengunjung yang berminat melihat tasik ini dipenuhi air bolehlah melawatnya antara akhir bulan Mei sehingga Disember dan tasik ini akan berubah wajah menjadi kering antara bulan Januari hingga Mei.[2]

masa aku ke kem KeKAS 7 tahun dulu, masa tu tasik tu tengah kering. so, penuh selut je la. dalam kem tu, siap ada aktiviti yang memerlukan kami redah selut kat tasik tu lagi. memang 'layan'.



rujukan:
1.  Lizawati Bahanan. (2008) Tasik Meromiktik: Lagun Membentuk Tasik Akibat Fenomena Bermusim. BERNAMA. retrieved from http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=343518
2. Azlan Abdul Rahman. (2009) Tasik Meromiktik: Keunikan Yang Harus Dipelihara. retrieved from http://lets-conserve.blogspot.com/2009/02/tasik-meromiktik-keunikan-yang-harus.html

jejak kerachut 5 : nostalgia KeKAS 2006

pantai kerachut (coordinate: 5°27'3.89"N, 100°10'56.67"E)

lebih kurang jam 1315 tengah hari macam tu, baru kami berjaya menjejakkan kaki di pantai kerachut setelah 2 jam 15 minit perjalanan. kalau diikutkan, kami dah lari dari perancangan asal, yang sepatutnya dijangka tiba pada jam 1230 tengah hari.

tak pe lah. janji sampai. Alhamdulillah....

pabila sampai, tetiba aku diselubungi perasaan nostalgia yang menggamit perasaan. kali terakhir aku di pantai kerachut, hampir 7 tahun lalu, masa menjalani perkhemahan KeKAS (kem kesedaran alam sekitar) anjuran Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang tahun 2006.

KeKAS 2006. aku yang berbaju biru tu. baju tu pun aku masih ada sampai sekarang.

tak silap aku, kem tu adalah perkhemahan pertama aku setelah 4 tahun bergelar budak sekolah agama lelaki sahaja. so, boleh diakatakan kem tu 'kejutan' pertama aku.

bila aku tengok tapak khemah, tengok balai tempat kami berkumpul masa kem dahulu, banyak kenangan-kenangan aku kat situ. tempat aku bagi 'kuliah maghrib' buat pertama kali kepada bukan pelajar sekolah aku. tempat aku buat persembahan boria, dan banyak lagi. ada lagi 1 peristiwa kat balai tu yang sangat-sangat awkward, sampai aku tak sanggup aku nak cerita kat sini.

bila tengok tasik meromektik, teringat masa kami kena redah tasik tu dengan mata tertutup (macam dalam gambar kat atas tu). redah dengan selut sampai tahap paha, sampai kasut tu aku terpaksa buang sebab penuh berselut. nasib baik kasut murah.

kemudian ada satu game yang macam explorace, tapi kami mencari check point hanya berbekalkan bearing kompas. tak tau macam mana group aku boleh menang, walaupun masa tu aku migraine. dari situ aku belajar banyak pasal bearing kompas.

kat sini dulu antara port kami lepak. aku ingat lagi pokok ni, pakat ramai2 try dok bergayut dulu.

malah, dari kem tu jugak, ada beberapa member aku yang 'berjaya' mencari teman hidup masing-masing. so, memang agak nostalgia pantai kerachut tu.

jejak kerachut 4 : semput

again, bila tiba keadaan yang memerlukan stamina, aku kalah. sama macam masa aku hiking bukit bendera dulu. sama juga masa aku masuk pertandingan silat dulu.

so far, aku rasa belum pernah lagi aku hiking yang tak membuatkan aku semput. aku ni nampak je 'sihat'. tapi stamina lemah. hampeh. masa meneruskan perjalanan dari kanopi ke pantai kerachut, aku hiking sambil tangan didada. semput.

sebab tu la perjalanan yang sepatutnya ambil masa 1 setengah jam, tapi kami 2 jam lebih baru sampai ke pantai kerachut. dah la aku ni lelaki. budak2 perempuan semua rilex2 je.. hmm..  buat malu batol. hahahaha...

tak cukup dengan semput, tetiba macam mana entah kaki aku boleh terjerlus masuk dalam lubang atas titi di tasik meromektik. bila dah jatuh, terus kaki cramp.

kenangan...

muka tahan sakit

bersambung....

jejeak kerachut 3 : kanopi

berdekatan sungai tukun (coordinate:  5°27'56.45"N, 100°12'8.76"E)

dalam perjalanan dari sungai tukun ke pantai kerachut, ada titian kanopi (coordinate : 5°27'54.49"N, 100°12'6.77"E - lebih kurang). kalau nak naik, kena bayar RM 5.00 perkepala. so, dah alang-alang sampai situ, kami bertujuh pun naik je la. tak pikir panjang dah.

ain dan yayat

izzah

dila dan izzat


sebenarnya, masa tu kami hiking tapi terlupa nak daftar. maka, masa nak naik kanopi ni, pak cik yang jaga titi tu cakap kami tak boleh naik sebab kami belum daftar. selepas 'slow talk' apa semua, akhirnya, baru kami boleh naik.

lepas tu, baru fikir nak patah balik ke pintu masuk untuk daftar. disebabkan dalam group kami ada 2 orang lelaki, maka yang lelaki ni la yang nak kena patah balik untuk daftar. 'gentleman' kononnya. hahaha...

kalau ikut peta, perjalanan dari pintu masuk ke kanopi ambil masa dalam 20 minit. tapi menurut izzah, aku dan izat hanya ambil masa setengah jam untuk pergi dan balik dari kanopi ke pintu masuk. nampak tak betapa kalutnya aku dan izat berjalan. nak cepat punya pasal.

sampai last2, aku semput.

bersambung.......


25.5.13

jejak kerachut 2 : permandangan

untuk ke pantai kerachut dari pintu masuk taman negara pulau pinang, kita boleh pilih 2 jalan. kami pilih jalan melalui sungai tukun sebab disitu ada titian kanopi (ala-ala jambatan gantung antara pokok-pokok dalam hutan)


sepanjang perjalanan, banyak jugak gambar yang diambil, terutamanya gambar alam sekitar. si izzah tak habis-habis dok sebut, kenapa dia tak bawak DSLR kawan dia tu, sebab permandangan kat sini, cantik-cantik.

last-last, ambil gambar dengan kamera henset pun jadi la. 







picture credit to izzah syahmina

kat bawah ni pulak, picture jeti di pantai kerachut by jemey nikong, sifu aku bab photoghaphy. dulu dia dah pernah pergi situ.

bersambung.....


previously : 





jejak kerachut 1 : tempah bot

tarikh : 18 mei 2013
masa : jam 1030
lokasi :   taman negara pulau pinang (5°27'35.12"N, 100°12'23.46"E)


berbekalkan nasi kandar subaidah, kami bertolak ke taman negara pulau pinang dalam misi untuk hiking ke pantai kerachut. kali terakhir aku ke sana masa aku tingkatan 4, tikamana menghadiri kem kesedaran alam sekitar(KeKAS 2006) yang bertapak di pantai kerachut.

rancangannya, kami bertujuh (aku, izzat, izzah, ain, dila, majidah, dan yayat) nak hiking ke pantai kerachut, kemudian balik naik bot. kat situ ada beberapa perkhidmatan servis bot yang boleh disewa. antaranya, servis  "putra 2 racing" ni.


siap dengan sewa khemah semua cukup. untuk pertanyaan lanjut, boleh call nombor yang tertera. 


mereka bergambar sakan. aku tukang ambil gambar je. 
pic credit to : izzah syahmina

menurut anip (driver bot kami), perjalanan hiking dari tempat permulaan sampai ke pantai kerachut ambil masa kira-kira 1 jam setengah. tapi kami ambil masa lebih dari 2 jam (nanti aku cerita sebab apa lambat sangat).

bayaran masuk adalam percuma, tapi atas faktor keselamatan kena daftar di kaunter pendaftaran. kalau jadi apa-apa, nanti pihak bertanggung jawab boleh trace sapa yang still ada dalam hutan.

untuk bayaran bot pulak, kata anip, kalau dari pantai kerachut terus balik ke tempat permulaan, diorang charge RM 80 per bot. satu bot boleh naik dalam 10 orang macam tu la. tapi, kami nak singgah monkey beach kejap untuk mandi laut di situ (pantai kerachut tak sesuai mandi sebab pantai yang curam dan banyak obor-obor). so, kami kena RM 90.

maka, lebih kurang jam 1100 pagi, kami mulakan perjalanan hiking ke pantai kerachut. janji dengan anip (drebar bot) untuk pungut kami di pantai kerachut pukul 1330 tengah hari.


bersambung......

Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2





Nabeel Fikree sedang mencari bloglist untuk bulan Jun dan Julai iaitu pencarian bermula dari 26 Mei 2013 dan berakhir pada jam 11:59 malam 30 Mei 2013 nanti. 20 orang yang bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Nabeel Fikree bermula 1 Jun nanti.


Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog NabeelStories.com.
  2. Buat satu entri bertajuk Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link entry pada ENTRY INI sahaja

Harap segmen ni mendapat sambutan.

Jumlah peserta yang akan di pilih untuk masuk ke dalam bloglist bergantung kepada penyertaan anda.





.

20.5.13

Minat Farmasi


soalan:

Salam hikayat.

Saye memang minat bidang farmasi. 27 mei ni saya akan mendaftar ke matrik. SPM saye 5A je. Ada peluang tak untuk saya ambil bidang farmasi? Dengar citer, matrik banyak persaingan, n saya takut kalau saya dapat pointer 3.5 n above, saya tak dapat tempat ke IPTA sebab banyak persaingan.. betol ke?


jawapan:


w'salam

pertamanya, tahniah saya ucapkan kepada saudari kerana berjaya mendapat tawaran masuk ke kolej matrikulasi.

untuk melanjutkan pelajaran dari matrikulasi ke ijazah sarjana muda sains farmasi, result SPM selalunya dah tak releven. yang penting, pointer final exam matrik. jadi, boleh dan tak ada masalah kalau SPM 5A. yang penting, usaha dengan lebih gigih masa di kolej matrikulasi

memang tak dinafikan akan ada banyak persaingan semasa nak mohon UPU untuk ijazah sarjana muda nanti, terutamanya untuk kursus-kursus kritikal seperti medic, dentist, vet, farmasi, dan sebagainya.

kalau betol nak sambung pelajaran ke jurusan farmasi, memang kena usaha lebih untuk dapat pointer yang tinggi, terutamanya kalau nak pohon bidang farmasi di IPTA.

yang penting, belajar sungguh-sungguh, dapatkan pointer yang mantap, aktifkan diri dalam bidang ko-k di matrik, dan buat persediaan masa interview farmasi nanti.

memang pointer penanda aras utama. tapi, bila dah persaingan tinggi, yang pohon pula ramai yang 3.70 dan keatas, selalunya faktor yang nak membantu, macam markah ko-k dan penilaian masa interview nanti.

harap dapat membantu.

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  * *  *  *

p/s :

1. soalan ni aku dapat dari page facebook hikayat budak pening (https://www.facebook.com/HikayatBudakPening) . so, kalau ada sesiapa yang ada nak tanya apa-apa sahaja kat aku, boleh tanya disitu melalui PM inbox. mana yang aku boleh jawab, aku cuba jawab.



 2. ekceli, dah banyak orang tanya aku, terutamanya bab farmasi dan bab motosikal honda wave 125x ultimo. macam aku ni dah jadi kaunter pertanyaan la pulak. (tak pe, aku tak kisah) ada lagi jawapan yang aku belum jawab, terutamanya bab moto sebab secara jujurnya, aku ni tak otai sangat bab moto.

3. so, bagi mereka yang ada tanya aku pasal moto yang aku belum jawab, maksudnya aku tak tau nak jawab macam mana. mungkin aku kena buat research sikit-sikit atau tanya mana-mana otai moto yang aku tau. kemudian, baru aku boleh jawab. tak nak la nanti aku syok sendiri, bagi jawapan yang salah. hehe...

4. minggu ni aku sibok sikit. tambah plak, laptop buat hal. ni pun tulis entri pnjam laptop kawan. so, memang susah sikit nk update blog dan BW.

5. so, disini aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada member aku arief kerana bagi aku pinjam laptop beliau untuk buat keje dan untuk update blog.. hehehe...

maa'salamah,
Pha is




13.5.13

Kontes Panduan Blogger | Aku Menang....!!!






Alhamdulillah.. rezeki.. tak sangka aku boleh menang kontes ni, walaupun untuk tempat ke-3. rezeki...

Hadiah yang telah ditawarkan untuk kontes ini:
1 x Hadiah Pertama - RM200 + T Shirt Eksklusif OhMedia + Cenderamata Eksklusif
1 x Hadiah Kedua - RM150 + T Shirt Eksklusif OhMedia + Cenderamata Eksklusif
2 x Hadiah Ketiga - RM50 + T Shirt Eksklusif OhMedia + Cenderamata Eksklusif

senarai pemenang:

dalam kontes ni, aku cuma kena jawab 3 soalan pasal dunia blog je. buat homework sikit, then goreng2 sikit jawapan, siap la. kalau nk tengok soalan dan jawapan aku, boleh tengok kat sini : http://pening-pala.blogspot.com/2013/04/kontes-panduan-blogger-membudayakan.html

thanks Hasrul Hassan dan barisan pihak penaja..



Pha is








Belanja Junior

sudah menjadi adat bagi pelajar farmasi usm supaya senior tahun 4 belanja junior diorang sebelum grad. member aku yang lain semua dah belanja, tinggal aku je yang belum belanja junior. mulanya ingat nak bawak diorang ke Puncak Mutiara Cafe. tapi, disebabkan kekangan transport, last resolve aku bawak pekena pizza je..

hmm.. jadi la... kan?

dari kiri : pha is, lan, imran, syauqi, fahima, majidah, adilah

lan : makan pizza tak kenyang la..

aku : tak pe la.. kita makan sampai kenyang..

lan : haa.. yang tu yang aku nak dengar ni..

tapi memang sungguh, aku makan sampai kenyang. hahaha.. memang puas hati.

pha is, amirul bakar, imran, syauqi
geng lelaki

fahima nazmi, majidah, adilah
geng perempuan
sekali sekala, sembang-sembang sekitar kehidupan bergelar student farmasi. tapi tak sangka dalam family aku ni, imran paling pendiam. last2, kesian dia kena buli. lan punya kerja. hahaha..


bila waiter bagi resit, adilah yang ambil dulu resit tu. lepas dia tengok resit tu, baru dia pass kat aku. lepas tu, si lan ni tanya adilah.

lan : berapa semua?

adilah : hmm.. boleh tambah lagi nih...

aku : (-_-")




maa'ssalamah,

Pha is

10.5.13

Hari Ibu Rosakkan Aqidah?


di suatu hari yang indah, tetiba, member aku tanya aku pasal hari ibu. nasib baik dia tanya. ada gak idea aku nak tulih dalam blog ni. lama sangat aku tak update. update pun, wordless wednesday je sebab sibok sangat minggu ni nak kena pulun untuk clerkship ward medical.

izzah syahmina

dulu setahu aku, antara hari-hari perayaan lain yang tak boleh sambut macam hari kekasih (14 Febuari) dan hari april fool (1 april). bagi PENDAPAT aku, hari-hari macam ni tak boleh disambut atas sebab 3 perkara.

1. sebab niat/tujuan.

hari kekasih, kalau bagi kekasih yang belum nikah, sah-sah dah lari dari ajaran agama sebab dengan tujuan nak meraikan 'kesucian' cinta mereka. 

bagi hari april fool, tujuan nak bergurau. tapi, dalam kes yang extrem macam nak anaiya menzalimi orang tu, tapi orang yang dizalimi tu tak boleh marah sebab hari april fool. so, macam dah tak betul.

2. apa yang dilakukan pada hari tersebut. 

untuk hari kekasih, mereka yang bercinta, yang belum bernikah terutamanya, akan lebih 'hangat' bermadu kasih berbanding hari biasa. sehingga sampai ke tahap zina atau muqaddimah zina. itu haram.

hari april fool plak, sebab hari tu bergurau berlebih-lebihan. betul, nabi juga bergurau senda tapi tak berlebih-lebihan dan tak sampai tahap manipu dan menganaiya orang.

3. sejarah hari tersebut.  

hari kekasih khabarnya bagi memperingati pop valentine ape ntah. yang ni korang boleh search sendiri. malas nk ulas panjang-panjang.[1]

hari april fool plak, kononnya ianya hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan.[2] bla bla bla... sahih atau tidak, wallahu a'lam.

tapi, bila balik hari ibu, secara asasnya, memang kita dituntut dalam agama untuk menghormati ibu. bagi sapa yang kata hari ibu tak boleh sambut HANYA sebab setiap hari adalah hari ibu, sama la kes macam tak boleh sambut maulud nabi hanya kerana setiap hari kita cintakan nabi, bukan hari maulud nabi je.

contoh dari maulud nabi:

1. tujannya bagus. meraikan hari kelahiran nabi
2. amalannya pada hari tersebut juga bagus. membanyakkan selawat.
3. sejarahnya pada abad ke 12M, ia telah diperkenalkan dan disambut secara besar-besaran oleh Gabenor Irbil di Iraq; Al Mudzaffar Abu Sa’id al-Qakburi semasa pemerintahan Sultan Salahuddin Al Ayubi (1138-1193M). sejarah yang bagus, walaupun bukan bermula zaman nabi (a.k.a nabi tak buat)[6]

i luv islam

tapi bila berbalik soal 3 perkara tersebut berkenaan hari ibu:.

1.  niat dan tujuannya bagus. nak menzahirkan kasih sayang terhadap ibu. 
2. apa yang dilakukan pun bagus. boleh mengeratkan lagi ikatan antara ibu dan anak.
3. SEJARAH??????

i luv islam, hari ibu


dalam aku dok cari, banyak version jugak la yang aku dapat. antaranya bagi Gereja Roman Katolik, perayaan hari ibu berkait rapat dengan "The Virgin Mary"[3]

UAI

antara lainnya : [4]

Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.

Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.

dan ada juga : [5]

Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday".sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei

ustaz azhar idrus


*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

kalau tengok kepada semua sejarah-sejarah tu, semuanya memang bertentangan dengan aqidah orang islam. tambah pulak, hari ibu bagi kebanyakan negara, yang paling popular adalah pada hari ahad ke-2 bulan May. hari "AHAD". dah nampak sangat disitu. 

malangnya, hari ibu secara rasmi di Malaysia juga disambut pada hari ahad ke-2 bulan May.[3] so, berdasarkan hari sambutan, memang seakan-akan sambutan hari ibu di malaysia datang dari budaya barat, yang sejarahnya antara disebutkan diatas tu. 

tapi, dalam aku dok cari, ada jugak sejarah hari ibu yang okay. Hari Ibu di kebanyakan negara Arab disambut pada 21 Mac, hari pertama musim bunga di hemisfera utara. Ia telah diperkenalkan di oleh wartawan Mesir Mustafa Amin dalam bukunya “Smiling America” (1943). Idea ini telah diabaikan pada masa itu. Kemudian Amin mendengar kisah seorang ibu yang menjadi balu yang menumpukan seluruh hidupnya untuk membesarkan anaknya sehingga dia menjadi seorang doktor. Anaknya kemudian berkahwin dan meninggalkan beliau begitu sahaja. Mendengar cerita ini, Mustafa Amin lebih bersemangat  untuk menggalakkan perayaan "Hari Ibu".[3]

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

kesimpulannya, sejarah hari ibu ni ada macam-macam version. 
persoalannya, version yang manakah kita? 

p/s : aku ulang, ini hanya pendapat aku sahaja.

Pha is

rujukan:
1. wikipedia. (2013) Valentine's Day. retrieved from http://en.wikipedia.org/wiki/Valentine's_Day#Historical_facts
2. Nor Azura Mohamad.(2011) sejarah april fool > andalusia sepanyol. retrieved from http://sairazura.blogspot.com/2011/04/sejarah-april-fool-andalusia-sepanyol.html
3. Wikipedia. (2013) Mother's Day. retrieved from http://en.wikipedia.org/wiki/Mother's_Day
4. Wikipedia Bahasa Melayu. (2013) Hari Ibu. retrieved from http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Ibu
5.  Zharif Alimin. (2011) Sejarah Hari Ibu Yang Kita Agungkan. retrieved from http://zharifalimin.blogspot.com/2011/05/sejarah-hari-ibu-yang-kita-agungkan.html
6. Kemuliaan Cahaya Mata. (2013) Sejarah Maulidur Rasul. retrieved from http://kemuliaancahayamata.blogspot.com/2013/01/sejarah-maulidur-rasul.html