26.5.13

jejeak kerachut 3 : kanopi

berdekatan sungai tukun (coordinate:  5°27'56.45"N, 100°12'8.76"E)

dalam perjalanan dari sungai tukun ke pantai kerachut, ada titian kanopi (coordinate : 5°27'54.49"N, 100°12'6.77"E - lebih kurang). kalau nak naik, kena bayar RM 5.00 perkepala. so, dah alang-alang sampai situ, kami bertujuh pun naik je la. tak pikir panjang dah.

ain dan yayat

izzah

dila dan izzat


sebenarnya, masa tu kami hiking tapi terlupa nak daftar. maka, masa nak naik kanopi ni, pak cik yang jaga titi tu cakap kami tak boleh naik sebab kami belum daftar. selepas 'slow talk' apa semua, akhirnya, baru kami boleh naik.

lepas tu, baru fikir nak patah balik ke pintu masuk untuk daftar. disebabkan dalam group kami ada 2 orang lelaki, maka yang lelaki ni la yang nak kena patah balik untuk daftar. 'gentleman' kononnya. hahaha...

kalau ikut peta, perjalanan dari pintu masuk ke kanopi ambil masa dalam 20 minit. tapi menurut izzah, aku dan izat hanya ambil masa setengah jam untuk pergi dan balik dari kanopi ke pintu masuk. nampak tak betapa kalutnya aku dan izat berjalan. nak cepat punya pasal.

sampai last2, aku semput.

bersambung.......


2 comments:

  1. Replies
    1. dia ada tulis ketinggian. ada yg bahagian yg 5 meter, ada yg 6 meter. lebih kurang macam tu la...

      Delete