29.4.13

I Want Nobody But You

lawatan datin seri rosmah mansur ke ppum,

kalau dulu masa minggu clerkship obstetrics and gynecology (perbidanan dan sakit puan), bukan main banyak aku post entry pasal baby. excited bukan main. tapi minggu lepas, clerkship surgical and radiopharmacy (pembedahan dan radioaktif dalam farmasi) aku tak tau nak cerita apa plak. minggu ni, aku clerkship pediatrics. pasal budak-budak.

bila sebut pediatric, aku teringat suatu kisah yang adik aku pernah cerita kat aku. beliau amik kursus kejururawatan. kata beliau, pada suatu hari, dalam hospital tempat dia belajar, datang sebuah badan amal dan kebajikan membuat lawatan.

maka, dalam lawatan tersebut YDP badan amal ni sempat 'beramah mesra' dengan salah seorang kanak-kanak di hospital tersebut. ketua badan amal ni plak bukan calang-calang orang, tapi isteri kepada menteri.

"adik, nyanyilah lagu 'nobody nobody'... " kata ydp badan amal ni kepada budak tu. "I want nobody nobody......" nyanyi ydp badan amal ni kemudian, sambil bertepuk tangan keriangan.

mungkin dalam kebingungan atau kurang jelas, budak ni tersilap tafsir. mungkin sebab dia ingatkan lagu lain. lantas budak tu pun mendendangkan lagu macam kat bawah ni:

"hasbiiii rabbiiiii....... jallallah......"


maa'ssalamah,

Pha is

28.4.13

Video | Sahabat by Najwa Latif di USM

semalam (27 april 2013), najwa latif datang usm. tapi aku tak pi pun. entah kenapa, aku tak rasa tergerak hati nak tengok persembahan beliau. bukan sebab tak minat, tapi mungkin sebab aku rasa, pergi ke tempat yang ala-ala konsert ni is too much for me. 


so, tak pe lah. tengok video sudah. 


sumber :
USM TV.(2013). Lagu Sahabat Nyayian Najwa Latif. retrieved from https://www.facebook.com/USMTV

maa'ssalamah,
Pha is

26.4.13

Sukan Tradisional

hari sabtu lepas, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia USM (PSSCMUSM) ada anjurkan Karnival Sukan Tradisional (KASUTRA). aku daftar untuk main sebanyak game yang boleh. batu seremban, congkak, galah panjang (toi), tuju tin (tuju kasut), dam haji, dan tarik tali.

malangnya, satu game pun aku tak menang.


kemudian, si aepul ryuki ni cakap kat aku, jumaat petang ni ada lagi perlawanan sukan tradisional. tengok, jadual, nasib baik jumaat petang kosong. seriusly, tujuan aku ke sana cuma nak bertanding batu seremban lagi sekali dengan aepul. tak puas hati.

maka, pada hari kejadian, masa nak mendaftar:

aku : tumpang tanya, borang pendaftaran untuk batu seremban mana?
urusetia : maaf lah yer. batu seremban kami buka untuk perempuan je
aku : aper nih.. ini sangat sexist..! buka la sekali untuk lelaki. kami nak main. dah la gerai kat sini semua jual barang perempuan je..



urusetia : err.. kejap yer...(beberapa minit kemudia...) okay, boleh isi kat sini...

fuh, selamat boleh main. hasilnya. tadaa....


batu seremban. dapat naib johan. masih lagi kalah dengan aepul ryuki. hmm.. tak pe la, dia terrer...

antara sukan lain yang aku main
dam aji : pusingan pertama lagi dah kalah.
gusti lengan : menang pusingan pertama je...
last but not least, congkak. well, dapat jugak tempat ke-3..  yang ni serius aku tak sangka sebab aku main bedal je.


so, petang tu aku bawak balik 2 hadiah. hahaha...walaupun aku kalah dengan aepul, tapi dia dapat 1 hadiah je (johan batu seremban).. puas hati gila..

aepul dan aku.
nampak tak keterujaan aku disitu. hehehe
maa'ssalamah,
Pha is

24.4.13

#WW 52 | Bini no 1 dan Bakal Bini no 2

ultimo biru, z800 putih, superbike, naked bike

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.


p/s: bakal bini no. 3 kena paham.. hehehe...




Pha is

KONTES PANDUAN BLOGGER - MEMBUDAYAKAN ILMU BLOG

kontes by Hasrul Hassan. kalau nk join, klik SINI sebelum 30 April 2013

1. apakah yang dimaksudkan dengan google pagerank (PR)? berikan pendapat anda mengapa ia penting untuk blog anda.


pagerank (PR) bukan pakatan rakyat yer ni macam satu ranking yang google buat bagi menilai tahap kredibiliti, kepentingan, kualiti dan populariti sesebuah blog. PR bermula dari no. 1 sampai no. 10. (no. 10 paling berkredibiliti). penilaian PR ni antaranya, bergantung kepada berapa banyak external link dari webpage lain yang link-kan ke blog anda, dan juga berapa 'hebat' PR wabpage tersebut. semakin banyak link masuk, semakin tinggi PR webpage luar yang menyumbangkan link ke webpage anda, semakin tinggi peluang untuk naik PR. paham dok nih? ke, aku silap tulih? hehehe

memang agak penting la PR ni. sudah tentunya kerana ianya boleh dijadikan kayu ukur dan penanda aras dalam menentukan kredibiliti sesebuah blog dalam dunia maya.


2. SEO atau Search Engine Optimisation ialah satu cara untuk blog menerima trafik organik. berikan satu (1) tip asas yang anda tahu untuk sesebuah entri tepati cirian SEO ini.


setahu saya, ada banyak cara dan tips yang boleh diamalkan supaya blog jadi mesra SEO. tapi satu (1) tip yang boleh saya letakkan disini, yang mudah dan selalu saya guna, ialah meletakkan alt text pada gambar.

alt text ni pada saya fungsinya macam 'keyword' kepada sesuatu gambar dalam blog. contohnya kalau letak gambar nasi biryani boleh letak alt text seperti "biryani kapitan", "tandoori", "milani", "makanan penang", "masakan india", dan sebagainya.

(maaf, masa entri ini ditaip, penulis baru lepas pekena nasi biryani ayam milani kapitan. hehehe..)

cara nak letak, bagi pengguna template blogger, cuma click pada gambar dalam ruangan edit post, kemudian pilih properties. kemudia masukkan alt text pada ruangan yang disediakan. mudah, dan praktikel.


3. apakah anda fikir penampilan blog penting untuk menarik pengunjung menjadi pembaca setia? berikan pendapat anda penampilan bagaimana yang sesuai untuk tujuan yang dikatakan.


penampilan sesebuah blog secara tidak langsung akan mempengaruhi minat pembaca terhadap ssesuatu blog.   jadi, memang penting jugak la penampilan luaran blog ni, supaya ianya jadi 'mesra pebaca'. bagi pandangan saya, antara ciri-ciri yang perlu ada pada penampilan blog tersebut yang membolehkan ianya menarik pelawat blog untuk menjadi pembaca setia ialah:

1. susunan yang kemas dan tidak serabut. kalau dah susunan gadjet, sidebar, dan sebagainya dah serabut, kadang-kadang isi blog (entri) akan 'tenggelam.'  contohnya, pernah saya masuk sesetengah blog, sampai saya tercari-cari, "mana satu entri, mana satu gadjet?" sebab kedua-duanya dah bercampur aduk.

2. penampilan yang tidak 'memberatkan'. bagi saya, hiasan tambahan yang terlalu berat agak menyusahkan pembaca dan juga penulis blog itu sendiri. kalau loading dah lambat, tambah pulak bagi pembaca yang terikat dengan limit broadband yang slow contohnya, memang akan menyusahkan pembaca. so, macam mana nak dapat pembaca setia?



*  *  *  *  *  *  *  *  *  *    *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

hmm.. harap-harap betol la jawapan tu. caca marba aku jawab. kejap skema, kejap tak formal.. hahaha..


Pha is

23.4.13

Bilik 'Panas'




pha is    : nasib baik malam ni hujan. harap-harap malam ni tak panas macam semalam.

arip       : semalam panas ke?

pha is    : semalam hang tak rasa panas ka?

arip       : tak pun.

pha is    : aku semalam tak boleh tidur kot. panas. last-last tidur atas lantai je

arip       : entah. bilik aku biasa je. sebab bilik aku mengadap hutan kot.

pha is    : hmm... boleh jadi jugak. macam bilik aku dulu. rasa sejuk je, sebab mengadap hutan bukit belakang RST. sebab tu sejuk je rasa. tak macam sekarang. panas. tapi, aku rasa ada lagi satu sebab lain.

arip       : sebab apa?

pha is    : sebab bilik aku mengadap port orang dok dating malam-malam. kadang-kadang sampai pukul 2-3 pagi. sebab tu yang 'panas' kot.  


Pha is

21.4.13

survey | komen google+

perasan tak kat bawah entry ni, aku dah tukar kotak komen dari yang asal (blogger) kepada kotak komen google+. aku baru je try buat semalam. just nak "cuba try test" tengok cirian terbaru ni.


so, kalau boleh aku nak minta jasa baik korang, untuk 'mengundi' poll yang kat atas entri ni, tentang kotak komen google+ aku tu. aku nak tengok pendapat pembaca dan pengomen. kalau agak menyusahkan korang ke, tick je.. thanks yer... kalau tak boleh komen, bagitau kat shout box kat tepi kanan tu.

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

walaupun ada kelebihan kalau tukar ke komen google+, ada jugak sebenarnya kekurangan kalau pakai komen google+ untuk blog ni. antaranya:[1], [2]

kelebihan komen google+

1. komen pada post yang di-share di google+ akan 'synchronize' dengan komen di blog. makna kata, kalau aku share link entri tu di laman google+, kemudian ada orang komen di situ, nanti komen tu akan muncul jugak dalam blog.

2. kalau pembaca komen di blog aku, komentar tersebut akan muncul di profil google+ pengomen. (boleh disable-kan) makna kata, sambil komen, sambil promot la. macam kotak komen facebook di blog yang pernah popular beberapa ketika dahulu. hehehe...

keburukan komen google+

1. hanya pembaca yang ada akaun google+ (atau akaun gmail - kalau tak silap) yang boleh komen. hmm... ni yang aku risau ni. harap-harap semua pembaca blog aku ni ada akaun google+ la.  

2. kalau nak delet komentar yang ada 'link tulisan kaler biru' (yang selalunya akan dianggap sebagai spam oleh google), tak boleh delet di dashboard. so, susah sikit nak pantau komen.

3. agak pening cara nak pasang kotak komen ni, terutamanya bagi yang banyak ubah template html i.e. pakai tempalte luar selain template standard blogger. tapi tak tau la kalau korang terrer coding html ni, senang la jadinya.

4. kalau komen blogger yang asal, setiap kali orang komen, akan masuk notification dalam email aku. tapi kali ni, tak de notification. so, aku tak dapat detect kalau tetiba ada orang komen pada entri lama-lama. (tapi tak tau plak kot-kot boleh tukar setting ke... ada sesiapa tau?)

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

untuk cara nak pasang pulak, aku guna tutorial yang ditunjukkan oleh saudari Anastasyea Aida dalam blognya, anastasyea.com[3]. kalau korang nak try pasang, boleh tengok pedoman dari SINI




rujukan:

1. Hasrul Hassan. (2013).Kebaikan dan Kekurangan Komen Google+ Dalam Blogspot. retrieved from : http://www.hasrulhassan.com/2013/04/kebaikan-dan-kekurangan-komen-google.html
2. Anastasyea Aida. (2013). Pro And Cons Aktifkan Google Plus Comments Blogger. retrieved from : http://www.anastasyea.com/2013/04/pro-and-cons-aktifkan-google-plus.html
3.  Anastasyea Aida. (2013). Tutorial Aktifkan Google Plus Comments Blogger. retrieved from : http://www.anastasyea.com/2013/04/tutorial-aktifkan-google-plus-comments.html


maa'ssalamah,

Pha is

20.4.13

Buat Baby

masih lagi kisah sekitar minggu clerkship 'obstetrics and gynecology' (perbidanan dan sakit puan), saat budak perempuan group aku teruja sambil terkinja-kinja apabila melihat baby, aku pun teringat satu tweet salah seorang dari mereka.


lantas, dicelahan keriangan mereka melihat baby-baby yang mencairkan hati, aku cakap kat diorang :

"baby nak, beranak tak mau..!" 

pastu, diorang diam kejap. hahaha.. kejam tak aku?

tapi, tu tak kejam. korang tau apa yang lagi kejam?

"buat baby mau, baby tak mau!"

ni masalah remaja zaman sekarang. keje nak "buat baby", tapi last-last baby masuk tong sampah, masuk longkang, masuk mangkuk tandas. hish.. malas nak ulas panjang-panjang. buat sakit hati je.

hmmm...


maa'ssalamah,
Pha is 

Video | Proses Persenyawaan 3D

sempena clerkship aku minggu ni, Obstetrics and gynaecology (kebidanan dan sakit puan). aku nak share proses kelahiran yang berlaku dalam bentuk 3D. jangan risau, video ni tak 'menyeramkan' sepertimana kebanyakan video2 kelahiran bayi yang lain. hehehe

enjoy..


sumber : izzah
sumber asal : Heiz network (http://www.facebook.com/heiznetwork)


maa'ssalamah,

Pha is

19.4.13

Turutan Doktor Sakit Puan

sepanjang clerkship minggu ni, aku agak sedih saat melihat ward round disini. batasan aurat ibu yang mengandung agak longgar. aku ingat lagi dalam suatu ceramah seorang ustaz sampaikan kepada aku, katanya walaupun untuk hal-hal darurat seperti bersalin, sebolehnya hal berkaitan aurat masih kena jaga.

gambar hiasan
(ehsan google)

kata beliau, bagi wanita muslimah yang hendak bersalin kena usaha cari doktor mengikut turutan berikut [1]:

1. doktor wanita Muslim
2. doktor wanita non Muslim
3. doktor lelaki Muslin
4. doktor lelaki non Muslim

*adapun turutan no.2 dan no. 3 berlaku sedikit khilaf...

yang pasti, doktor lelaki non-muslim memang pilihan 'last choice' kalau dah sungguh doktor yang lain tak ada. tapi kat sini, hal macam ni seakan kurang diberi penekanan. mungkin kurangnya kesedaran para ibu mahupun para suami, atau mungkin juga disebabkan masalah kekurangan doktor pakar sakit puan dalam kalangan muslimah. hmmm...

jadi, saya menyeru mana-mana muslimah yang berniat dan berhasrat meneruskan pengajian dalam bidang doktor sakit puan, teruskanlah niat dan usaha murni anda. anda mampu mengubahnya..!


rujukan : 
1. Klinik Ummi. (2009). Nak Jumpa Doktor Lelaki Atau Perempuan? retrieved from : http://klinikummi.blogspot.com/2009/01/hmmnak-jumpa-doktor-lelaki-atau.html  

maa'ssalamah,

Pha is

Hadis | Azan Telinga Bayi


sepanjang ber-clerkship di hospital bersalin Pulau Pinang untuk bahagian Obstetrics and gynaecology, aku lihat, hospital bersalin Pulau Pinang ni bagus juga. siap ada bilik khas untuk si bapa melaungkan azan dan iqamat kepada bayi selepas bayi dilahirkan lagi..


dari Abu Rafi’ r.a. dia berkata:

"Aku melihat Rasulullah S.A.W. membacakan azan ke telinga Al-Hasan bin ‘Ali ketika ia telah dilahirkan oleh Fathimah”.

(Hadits diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Dawud, Al-Imam At-Tirmidziy, Al-Imam Ahmad dan yang lainnya)

adapun hadis ini dan beberap lagi hadis lain berkenaan azan ditelinga bayi adalah hadis dhoif[1], namun, menurut Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baaz – rahimahullah- :

"telah datang riwayat dalam Sunan Al-Tirmizi hadith yang disahihkan oleh sebahagaian ulama dan mengamalkan – hadith ini-  oleh sebahagian mereka sesungguhnya azan pada telinga bayi di telinga kanan, adapun iqamah – pada telinga bayi pula- telah datang dari hadith yang dhaif dan ia diamalkan oleh sekelompok daripada Salaf misalnya ‘Umar Abdul ‘Aziz rahimahullah" 
(rujuk: Ahkam Al-Maulud, ‘Abdul ‘Aziz bin Sa’d, Multaqa’ Ahl Hadith, 2008M)[2]


wallahu a'la w a'lam...


rujukan :
1. Minda Tahwil. (2009). Azan Di Telinga Bayi. retrieved from : http://mindatahwil.blogspot.com/2009/08/azan-di-telinga-bayi.html
2. Ansarul Hadis. (2011). Kenapa Imam Al-Tirmizi men'sahih'kan hadith azan di telinga bayi? satu analisis. retrieved from: http://ansarul-hadis.blogspot.com/2011/04/kenapa-imam-al-tirmizi-mensahihkan.html



maa'ssalamah,

Pha is


18.4.13

Bila Aku Tengok Bayi

kalau budak perempuan dalam group aku semua terlompat-lompat sebab excited tengok bayi, kami geng budak lelaki rilex-rilex je.

sebenarnya, kami ni bukanlah orang yang tak berhati perut, tak de perasaan langsung bila tengok bayi yang baru lahir. kami budak lelaki pun excited jugak, tapi dengan cara yang tersendiri.

sebagai contoh, aku tak boleh tenung bayi lama-lama. dulu masa aku masih di HUSM, ada suatu ketika masa aku di bahagian farmasi OPD (out patient department - bahagian pesakit luar), sedang aku berehat di sofa kayu di penjuru ruangan menunggu pesakit, tiba-tiba duduk seorang lelaki sambil mengendong seorang bayi depan mata aku.

gambar hiasan. ehsan google.

aku kira, lelaki itu mungkin bapa kepada bayi tersebut. selepas aku berbalas senyuman dengan si bapa, aku pun tengok bayi tu. aku tenung bayi tu lama-lama. kecil je aku tengok bayi tu. kepala dia aku kira cukup-cukup besar tapak tangan aku je. kemudian, bila aku sedar je, air mata aku dah nak mengalir.

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life
-Maher Zain (Open our eyes) 

subhanallah...

maa'ssalamah,

Pha is

Excited Tengok Baby

minggu ni, dah mula clerkship aku di penang. group aku mula dengan Obstetrics and gynaecology, bahagian sakit puan dan perihal ibu mengandung. so, minggu ni kami ber-clerkship di hospital bersalin Pulau pinang.

aku rasa biasa je. tapi budak-budak perempuan dalam group aku semua exited excited nak tengok baby.


hari first kat hospital bersalin, semasa ada nurse bawa troli baby, semua pakat ternganga tengok baby. kalau boleh, aku nak rakam satu2 muka diorang. haha...

macam ni la lebih kurang
(gambar ehsan google.)

dah tu, ada sorang member aku ni, apa yang dia tengok baby buat, semua nak report kat aku.

"wei.. baby tadi menguap..!!! comey..!!!"

"waaa.... baby tadi mata dia kelip-kelip... comey nya....!!!!"

"wei, baby tadi dia bersin.. comel..!!!"

tak nak sebuat nama siapa. sapa yang tengok baby, dia lah yang terasa comelnya.. hehehe.

sory tak dapat ambil gambar2 baby (dan gambar muka-muka excited tengok baby). walaupun kami tak diberitahu apa-apa, sebagai seorang bakal ahli farmasi yang profesional, aku rasa bertanggung jawab untuk aku jaga etika privasi dan profesional antara pesakit dan pegawai perubatan. *ewwah*


maa'ssalamah,

Pha is

17.4.13

#WW 51 | Harga Emas Turun

harga emas dalam 60 hari yang lalu hingga kini

harga emas 2 tahun lalu hingga kini
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

rujukan : 

Makan2 Penang 10 | Pak Hussin Tomyam

kalau kat penang, restoran berasaskan makanan tomyam / thai yang popular, antaranya ialah restoran Pak Hussin Tomyam ni. restoran ni terletak di Kampung Tersusun (Sg Ara), Bayan Lepas, Penang.(coordinate :   5°19'23.10"N, 100°16'27.62"E)

penang
Pak Husin Tomyam

kalau antara budak farmasi usm, restoran Pak Hussin Tomyam ni antara port popular untuk senior belanjan junior. (kami ada tradisi dimana senior yang bakal grad akan belanja junior under family diorang. untuk keterangan lanjut, boleh tengok entry INI) budak usm yg lain pun selalu gak lepak kat sini.

antara yang member selalu cakap pasal restoran Pak Hussin Tomyam ni, servisnya terbaik. selalunya, (menurut diorang) makanan yang diorder cepat je sampai. tapi malangnya, masa aku pi baru-baru ni, macam lambat pulak dapat makanan. so, mungkin ikut nasib jugak la.

pak hussin tomyam
menu : set C

makanan kat Pak Hussin Tomyam ni, korang boleh pilih untuk try makanan set atau asing-asing. kalau set, ada banyak jenis jugak, aku bagi contoh, macam kat dalam gambar atas tu, set C, untuk 6-7 orang, harganya RM 89.00. untuk lauk, klik gambar atas ni untuk tengok dengan lebih jelas.

baru-baru ni, kami order makan asing-asing. aku order tomyam campur. rasanya boleh tahan la. tapi, sejak aku balik dari kelantan, semua tomyam yang aku rasa kat penang, semuanya aku rasa ceroi (cair) sebab aku dah terbiasa tomyam kelantan yang agak pekat. tapi, tomyam kat sini kira okay la sebab dia pekat sikit. so, terasa jugak la "kick" dia. heheh..

pak hussin tomyam
Tomyam campur

si zul plak pekena ayam pakapau. rasa okay je. tapi, zul makan tak habis sebab minyak banyak sangat. aku tengok pun, memang agak berminyak sikit.

pak hussin tomyam
ayam pakapau dan sambal belacan

harga, nak kata mahal sangat, aku rasa tak de la sangat. standard biasa-biasa je. contohnya, yang aku makan, nasi putih (nasi lebih), tomyam campur dan jus carrot susu, kena dalam RM 10.50. selain makanan ala thai, ada jugak yong tau fu, sotong kangkung, satay.

selain tu, tempat makan kat restoran Pak Hussin Tomyam ni pun agak special. waiter pun ada pakaian seragam yang agak style. lagi satu, area situ (sungai ara) ada banyak lagi kedai makan ala-ala thai yang bercambah. merata ada. macam sungai ara ni medan makanan ala thai.

pak hussin tomyam

okay, dah habis. bye...



Pak Hussin Tomyam
Kampung Tersusun (Sg Ara),
Bayan Lepas, 11900
Penang.

maa'ssalamah,

Pha is

15.4.13

Makan2 Penang 9 | Kapitan

aku dah banyak kali pi kapitan, antara tempat feveret jugak la. tapi baru perasan yang aku tak letak pun lagi restoran Kapitan dalam siri jelajah makanan Penang aku. huh, kesian kapitan-ku.. hehe

okay. restoran kapitan ni beralamat di No.93, Chulia Street, 10200, Penang. (coordinate : 5°24'58.34"N 100°20'18.95"E). senang je nak cari.
biryani, naan, tandoori, penang
tulis KAPITAN besar-besar macam ni, kalau tak jumpa lagi, tak tau la.
sumber : google
kat sini, apa yang special, aku tak sure. tapi, tiap-tiap kali aku ke restoran kapitan ni, selalunya aku order biryani ayam tandoori dan susu badam. Terutamanya susu badam tu. kalau aku pi sana tak pekena susu badam, tak sah. bagi aku, so far tak ada lagi biryani yang boleh lawan biryani kat sini.

selain biryani ayam tandoori, aku juga pernah rasa biryani kambing kat sini. sedapnya boleh tahan la. cuma jika nak dibandingkan dengan daging ayam, daging kambing dalam biryani tu agak sikit. so, aku puas makan ayam lagi.

susu badam plak, aku tak sure apa benda yang dia buh dalam susu tu, tapi sedap. kaler pun dah kuning, macam diorang buh kunyit. entahlah.

biryani, naan, tandoori, penang, kapitan
biryani ayam tandoori (RM 8 ++) dan susu badam (RM 2 ++)
tapi tadi, arip dan zul pekena biryani ayam milani. sama je, cuma ayamnya lain sikit. yang ni aku tak pernah rasa lagi. nampak macam sedap. kan? hmm.. nanti bila aku datang lagi, aku try yang ni pulak.


biryani, naan, tandoori, penang, kapitan
biryani ayam milani (RM 9 ++ )dan susu badam 
*   *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  * 
[edited on 21 April 2013]

aku baru berkesempatan rasa biryani ayam milani ni. serius, tobat sedap. kuah milani tu, rasanya macam cheesy sikit. memang sedap ah. berbaloi untuk cuba. eh, bukan. rugi kalau tak cuba.!!! hehehe

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  * 

husni dan hakim
tadi, bila dah semua nak habis, tiba-tiba hakim panggil pelayan. aku ingat nak order air suam ke aper. rupa-rupanya, nak order biryani tandoori lagi satu, bungkus bawa balik.! pergh...

biryani, naan, tandoori, penang, kapitan
bungkus macam kotak KFC.
ekceli, tu untuk member kami lagi sorang yang tak dapat hadir. bukan untuk diri beliau. hehehe... tapi style kan cara dia bungkus. siap ada kotak custom tulis kapitan lagi. macam tapau KFC bawa balik la pulak.

selain biryani, roti naan kat sini pun popular jugak, terutamanya naan cheese. kalau aku datang kapitan tapi dalam keadaan perut kenyang, aku pekena roti naan je.

setahu aku, kapitan ni ada banyak cawangan. yang terdekat kat USM ni sebenarnya kat Quens Bay (coordinate : 5°20'2.20"N 100°18'27.15"E). tapi bagi aku, biryani kat Quens Bay tu kureng sikit jika nak dibandingkan dengan biryani kapitan yang kat georgetown tu. lagipun, kapitan Quens Bay tak de susu badam.

okay, dah habis. bye..



rujukan :

Kapitan
No.93, Chulia Street,
10200, Penang,
no tel : 04-264 1191




maa'ssalamah

Pha is

14.4.13

Cinta Ilahi


sekadar berkongsi tentang golongan-golongan yang dikasihi Allah. jadi, kalau hendak meraih cinta Ilahi, maka jadilah seperti golongan-golongan yang disebutkan dibawah ni:

1. golongan yang banyak bertaubat

2. golongan yang sentiasa menyucikan diri.

"................ SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri."
(Al-Baqarah, 2 : 222) 


3. golongan yang bertaqwa

".........maka sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa."
(Ali Imraan 3:76)


4. golongan yang bertawakkal

"............ kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya."
(Ali Imraan 3:159)


5. golongan yang berlaku adil

"............berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."
(Al-Hujuraat 49:9)


6. golongan yang sabar

"........ Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar."
(Ali Imraan 3:146)

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
akhir kata,


Tuhan
Layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
-Layar Keinsafan (Mestika)


cinta Ilahi cinta sejati
membawa bahgia yang kekal abadi
-cinta Ilahi (sofwatul mashoor - team nasyid sekolah aku)

rujukan : 
1. Mohammad Nizam Abdul Kadir.(2012). Bolehkah Bercouple? : Formula Cinta Bersyariat. Telaga Biru: Kuala Lumpur. 
2. Surah.My: Tafsir Al-Quran Bahasa Melayu (http://www.surah.my)


maa'ssalamah,
Pha is

13.4.13

Ibarat

kisah 1

sedang kami asyik makan mee sotong padang kota lama, tiba-tiba murad bersuara

murad  : alamak, lupa nak ajak sadiq! mesti lepas ni dia merajuk dengan aku. dia pantang kalau orang mai pekena mee sotong padang kota lama tak ajak dia. ni tempat feveret dia kot.

pha is : owh. ibarat kalau kami pi pekena sup hameed tak ajak hang la...

murad : ha..!! macam tu.

pha is : dan ibarat korang pi pekena susu badam kapitan Georgetown tak ajak aku la.

murad : hahahaha... lebih kurang macam tu la.




kisah 2

pagi sebelum kami berangkat pulang dari cameron highland, jadual perjalanan pagi tu agak tergendala kerana semua orang berebut tandas. malam sebelum tu semua pakat pekena strawberry habis-habisan. pagi tu, semua pakat cirit strawberry.

baq : tu la. orang makan strawberry sikit ja. yang kita pi hentam sorang sebungkus. mau tak cirit.

wan : eh, mana boleh. kalau mai cameron tapi tak makan strawberry, ibarat jemey cakap, beli DSLR tapi pakai mode auto.

pha is : ha ah. ibarat beli kawasaki z800 tapi bawak 60km/j kat lebuh raya.




maa'ssalamah,

Pha is

12.4.13

Makan2 Penang 8 | Tajuddin Hussain

muqaddimah

dalam sebuah perbualan dalam kereta dalam perjalanan ke tempat makan antara aku dan member-member, antara yang dibualkan ialah nasi kandar yang paling sedap di penang.

dato' : malam ni korang nak makan kat mana? kot la hari-hari terakhir di penang sebelum ke kelantan, korang nak pekena nasi kandar buat kali yang terakhir ka..
pha is : ke, nak pekena nasi kandar beratur?
dato' : nasi kandaq beratoq aku tak beberapa nak layan la. dengar orang dok cerita macam-macam.
wan : kalau macam tu, 5 tahun hang dok usm ni, nasi kandar kat mana yang hang rasa paling sedap?
dato' : bagi aku yang paling sedap, nasi kandar tajuddin hussain. kuah gulai dia memang 'kaw'.
pha is : lagi 'kaw' dari 'Deen Nasi Kandar'?"
dato' : hmm... Deen Nasi Kandar tu saing-saing tu la. tapi aku rasa, sedap lagi Tajuddin Hussain"

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


okay, kali ni, kita singgah Restoran Tajuddin Husssain. restoran ni terletak dalam kawasan 'little india', tepi jalan lebuh queen di Georgetown, pulau pinang. (coordinate :   5°25'1.76"N 100°20'18.96"E)

restoran ni nampak macam biasa-biasa je, tapi lauk dia boleh tahan. macam hari tu, aku order nasi putih dengan gulai kambing (kambing lagi..!!!) tapi serius, kuah dia memang 'kaw'. kaw habis. sampai tahap rasa nak jilat gulai dalam pinggan sampai kering. hahaha...

gulai kambing dan sayur bayam.

nasi briyani gulai itik.
wan yang order.
bagi aku, cukup puas hati dah. tapi, bagi wan, berkenaan nasi briyani tu, wan kata sedap lagi briyani kapitan. gulai itik plak, wan katanya memang tak layan kuah gulai yang pekat-pekat. tapi bagi aku kalau kuah gulai, lagi pekat lagi kaw. (to my future wife, please take note) hehehe.. 

so, memang setakat ni aku tak dapat nak nafikan dakwaan dato' yang gulai kat kedai ni memang kaw. harga aku tak ingat. tapi aku rasa standard je. satu je yang kurang, cuma kedai ni buka hanya pada jam 11am-3pm dan 6.30pm-11pm. macam limited edition la.

p/s : minggu ni saja dah 4 malam aku pekena daging kambing. briyani kambing kapitan, lamb chop puncak mutiara cafe, gulai kambing tajuddin hussain, dan briyani paha kambing puncak mutiara cafe.

rosak diet aku...!!! hahaha

maa'ssalamah,

Pha is


Makan2 Penang 7 | Puncak Mutiara Cafe

Puncak Mutiara Cafe 

kali ni, aku nak bawak korang "singgah" ke Puncak Mutiara Cafe yang terletak di Kampung Pelet, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.  (coordinate :   5°24'54.01"N 100°27'23.15"E). tempat ni memang agak popular. dah ramai orang yang suggest kat aku. antara suggestion-nya, berbunyi :

"kambing kat situ fresh, sebab restoran tu tepi kandang kambing."

menunya aku tengok ada macam-macam jenis jugak. serius, macam-macam ada. boleh pi try sendiri, atau boleh tengok kat laman web rasmi diorang, di http://www.puncakmutiara.com/.aku juga jumpa menu diorang yang boleh di-download. untuk download, klik SINI. (2013)

bagi peminat makanan-makanan exotic, tempat ni memang patut korang singgah. kat sini ada daging lembu, ayam, kambing, rusa, ostrich, arnab, dan sebagainya. tempat ni mula beroperasi dari jam 10.00 a.m hingga 2.00 a.m.

tempat makan dia pun special. kalau dulu aku pernah kata yang tempat makan kat "Nurul Ikan Bakar Special" tu paling style, sekarang aku rasa tempat makan kat sini lagi style habis..!!! lengkap. dah macam taman rekriasi dah aku tengok tempat makan ni. tak percaya, mai tengok sendiri.

setelah baru dua kali aku merasa makan kat sini, selain tempat, something yang aku boleh puji berkenaan tempat ni adalah order yang cepat, makanan yang sedap, dan waiter yang ramah. korang tanya je apa beza makanan, harga, pilihan terbaik, suggestion menu, dan sebagainya. diorang akan jawab dengan penuh sabar. (macam-macam yang kami tanya malam tu) hahaha..  so, servise memang terbaek.

masa nak order, bila waiter tu bagi menu, aku tanya kat dia : 
"dik, kat sini apa yang special?"
"antara yang special kat sini, nasi biryani paha kambing"
"kalau macam tu, saya order yang tu satu".

Puncak Mutiara Cafe
briyani paha kambing. RM 22.80
 aku, dato', dan shahir yang order. sangat sedap dan puas hati

Puncak Mutiara Cafe
susu kambing milk shake perisa cokelat RM 8.50
tak cukup dengan briyani kambing, aku ambik plak susu kambing. keluar je dari situ, memang sendawa bau kambing je.  

Puncak Mutiara Cafe
ABC Puncak Mutiara.  RM 5.80

Puncak Mutiara Cafe
lai chee kang RM 5.80

Puncak Mutiara Cafe
lamb chop RM19.00

Puncak Mutiara Cafe
satay ayam (60 sen), lembu (60sen), rusa (RM2.50), dan ostrich (RM2.00) untuk setiap cucuk.
saja nak rasa satay daging exotic. 
setelah dikira-kira semuanya, kami berlima malam tu berjaya menghabiskan bajet makanan sebanyak RM 190.80 (termasuk government tax sebanyak 6%). fuh. tapi makan memang puas. masa entri ni ditaip, mulut aku masih bau kambing. hehehehe...


[EDITED ON 19 Apr 2013]

first time aku pi, dapat pelayan melayu. kali kedua aku pi, dapat pelayan melayu jugak. tapi kali ke-3, dapat pelayan yang tak beberapa nak melayu (bangla gitu-gitu la). untuk dapat servis terbaik, pastikan pelayan korang melayu. 

aku pergi semalam, yang ambik order tu (yang nak macam bangla sikit tu), aku tak tau dia paham or tak apa yang kami order. lain yang diorder, lain yang sampai. lepas tu, yang aku punya makanan pulak, sampai ke sudah tak sampai-sampai. 

member-member aku yang lain semua dah habis makan dah, tapi aku punya tak sampai lagi. kemudian nak kena bagitau 2-3 kali kat waiter lain, baru makanan aku sampai. tu pun tersilap hantar.

dah la pelayan yang nak macam bangla tu tak 'mesra pelanggan' langsung. bila mintak suggestion, dia geleng kepala. bila tanya apa yang sedap kat situ, dia jawab: "tak tau..!!" langsung tak macam pelayan yang aku dapat masa aku pi dulu.

hmm.... buat penat aku merempit naik moto dari USM ke situ (28.2 km, menurut google earth), semata-mata nak merasa daging kambing. bila dah jadi macam ni, terbantut selera aku. hmm.. sabor je la...

kemudian, bila nak bayar, tetiba boleh pulak muncul makanan yang tak diorder ada dalam resit. nasib baik kami check. kalau tak, memang bayar lebih la malam tu. hmm...

aku bukan nak racist, tapi Quality Control (QC) kena ada. so, lain kali kalau nak pi, kena berhati-hati. 




Puncak Mutiara Cafe
lot 179, MK 3, kampung Pelet, 
14400, Bukit Mertajam
Pulau Pinang

tel : 04-522 8502 / 04-522 8503
fax : 04-522 8501
email : query@puncakmutiara.com



maa'ssalamah,
Pha is


9.4.13

Bolehkah ber-couple?

Dalam sebuah perjalanan dari penang ke cameron highland, aku bersama lagi 3 orang mmber sedang asyik bersembang dalam sebuah kereta bagi menghilangkan kebosanan dalam perjalanan yang panjang. Selain kami, ada lagi 2 buah kereta yang sama-sama berkonvoi dengan kami.

Kak ton* : eh, syazwan* naik sekali dengan rosalinda* kan?

Adira* : ha ah. Yang mana "berpasangansemua nak naik sekali. Dalam Kereta ni je yang tak de pasangan.

Nabilah* : apa pulak.! Tu, pha is dengan kak ton* tu, dah sama-sama duduk depan dah tu..

Pha is : hoi, jangan pandai-pandai nak buat cerita plak.

Adira* : ops.. Lupa pulak, bagi pha is, couple tu haram.. Kan pha is kan?

* bukan nama sebenar.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Masa si adira tu cakap macam tu, teringat pulak aku akan sebuah buku yang baru je aku baca, yang bertajuk 'BOLEHKAH berCOUPLE?' tulisan Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir. Buku yang aku beli guna BB1M pada pesta buku 'bookalicious' di USM baru-baru ni.

Bagi aku, buku ni agak menarik, dan seolah-olah boleh menjadi 'khabar gembira' buat mereka yang sedang hangat bercouple. Kerana si penulis sendiri mendakwa yang buku ni boleh dijadikan sebagai 'formula pengurusan cinta bersyariat'. (aku dah cadangkan kepada syazwan supaya dia baca buku ni).

Bagi aku, penulis buku ni macam lebih bersikap terbuka dengan fenomena 'cinta pra-perkahwinan' ni. Konsep yang Beliau gunakan dalam buku ni lebih kepada 'menunjukkan jalan' berbanding 'menjatuhkan hukum'. Tapi, jalan yang ditunjukkan mungkin agak susah dan tak munasabh bagi segolongan manusia (tapi bagi aku, macam okay je).

Apa-apa pun, point yang aku nak sampaikn disini, berbalik kepada persoalan adira berkenaan keharaman bercouple tu, sepertimana si penulis buku ini, aku tak nk menjatuhkan apa-apa hukum terhadap budaya couple ni. Aku sendiri tak bercouple bukan sebab haramnya couple. Tapi kerana aku punya prinsip aku tersendiri.

Jangan mulakan suatu 'hubungan' jika ianya tak ada peluang untuk dihalalkan dalam masa terdekat.
Aku tak nak hubungan pra-perkahwinan yang lama-lama. Bahaya. Susah nak jaga hati selagi ianya tak halal. So, persiapkan diri dulu, dari segi mental, fizikal, spiritual, dan kewangan. Kemudian, baru mulakan hubungan.

You can say that aku cari duit dulu, baru cari calon. Woha...!!!

P/s 1 : aku taip entry ni pakai henset. Bapak susah giler. Tapi nak buat macam mna, dah laptop buat hal. Idea tgh ada, kalau tak taip sekarang nanti idea lari. So, tak bleh nak kupas panjang-panjang sangat sebab aku tak pandai lagi taip entry guna android. Ni pun lama gila nak siapkan. Asyik tersilap tekan button je.

P/s 2 : yes, aku baru balik dari cameron highland. Nanti aku cerita bila laptop dh okay. Hehehe...


maa'ssalamah,

Pha is

3.4.13

Bila Lelaki Bergosip

di suatu petang yang indah, kelihatan dua orang sahabat lama sedang ber-chating di laman pencicit. tak banyak perkara sangat pun yang disembangkan. sekadar mengenang dan mengimbau kembali kisah-kisah lama di zaman persekolahan.

"dah ramai budak sekolah batch aku yang dah kahwin."

"yang dah nak ada anak pun ada"

"sapa?"

"Juan. bini dia dah mengandung dah"

"hmm.. lagi la aku rasa macam looser ja.."

"tu la, dulu kaki fly asrama malam-malam pi cc. sekarang dah nak jadi bapak orang dah"

"kita je yang still single."

dan beberapa lagi kisah-kisah hidup yang diceritakan kembali di laman pencicit tersebut. tiba-tiba keluar satu cicitan dari seseorang yang rupanya telah sekian lama memerhatikan perbualan tersebut.



ini pun dikira bergosip ke..?


maa'ssalamah,

Pha is


segmen: Pencarian Bloglist Blog Fizizaidi

Assalamualaikum b.t.w

Pencarian bloglist blog Fizizaidi | ditutup pada 13 April, bersemperna dengan hari kelahiran fizi sendiri.hehe Merupakan segmen ke-2 untuk tahun ini. Korang yang dah follow blog fizi boleh menyertai segmen ini ye


Top referral ada ganjaranya.hehe  Harap dapat sokongan dan sambutan yang baik.

klik baner untuk join

syaratnya mudah saja..cuma...

Follow blog Fizizaidi dan like FB fizizaidi.
Copy tajuk enrti 'segmen: Pencarian Bloglist Blog Fizizaidi' dan pastekan.
Copy and paste code dibawah pada entri sahaja.
Tinggalkan link anda pada ruangan komen.

Fizi ulangi...Top referral ada ganjaranya.hehe  Harap dapat sokongan dan sambutan yang baik.
^__^




#WW 50 | Lukisan

sebelum


selepas


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.


lokasi : puncak gunung jerai, kedah
sumber asal gambar : Syakira Diyana
model dalam gambar : Mariyanti


maa'ssalamah,

Pha is