29.11.12

Idea Untuk Tulis Blog?



Di suatu petang, aku menerima satu soalan di dinding facebook berkenaan blog dari seorang rakan sekuliah.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Hana : salam, cheq nak tnya sikit nih.. ada idea tak nk tulis apa dalam blog?

Pha Is : hang nak buat blog ka?

Hana : actually dah buat. tapi private and ada sorang je follower yang dijemput.

Pha Is : depend on tujuan hang berblog la... bagi aku, blog sama je mcm fb. ada yg sekadar nk bercerita pasal diri, buat blog peribadi, sekadar suka2.. ada yang untuk share info, share pendapat, share pengalaman.. ada yg nak kejar duit, ranking, follower, pageview, popular... so, blog ko jenis yg mcm mana?

Hana : the thing is, aku private-kan sebab kadang2 aku suka membebel.. saje meluahkan perasaan. nak menulis dalam diari macam ko malas ,,hheee.. tapi kadang2 nak juga menulis sesuatu yng berinformasi walhal untuk seorang pembaca je

Pha Is : kalau nak membebel, nak buat diary, luahkan perasaan, boleh je.. nak private-kan pon tak apa...  cuma kalau nak buat suatu yang berinformasi, tak sesuai la kalau buat private...

Hana : hhhaaa.. tula. aku ni kurang keyakinan sikit. hatta nk tulis status kat fb pun aku akan pikir banyak kali. kot ade yg terasa

Pha Is : selalunya, kalau bab2 yang buat orang terasa ni, bukan lagi informasi, tapi gosip... heheh

Hana : okeyh.. u make me up.. women cannot escape from telling their feeling.. huhuhu.. aku kadang2 ade something dalam pikiran aku yang tak terluah , tak tahu nk luah kat mana.. end up pendam sorang2

Pha Is : boleh je kalau nak luahkan perasaan kat blog.. tapi dengan cara positif la... aku bagi contoh, macam link blog kat bawah ni. bagi aku, beliau pun meluahkan perasaan, tapi dengan cara yang positif.


Hana : actually aku pernah baca blog beliau dari blog hang gak linknya..sangat sempoi kan orangnya. Okay,  aku faham maksud kau.. terima kasih.. :)

Pha is : sama-sama. Untuk idea berblog, aku bagi contoh, perbualan ni pun dah cukup bagi aku untuk buat entry. hehehehe

* * * * * * * ** * * * * * * * * * * * * * *


maa'ssalamah, 
Pha is 




28.11.12

Hikmah Kebodohan


setiap perkara ada hikmahnya, even kebodohan. sungguh..! sekarang, aku mulai rasa hikmah tersebut. well, aku tak kata aku "bodoh piang", mungkin kurang cemerlang gitu.

dahulu, aku lain. walaupun dulu aku ni tak la pandai sangat, tapi situasinya "sangat-sangat berbeza yang amat" dengan situasi sekarang. kalau dahulu, aku muka harapan sekolah, sekarang, aku muka budak yang asyik repeat paper.


sampai satu tahap, aku dah tak ambik kisah. dah tak heran dah. dah fed up. apa nak jadi, jadilah. bodoh pun bodohlah.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.  

like I said, apa nak jadi, jadilah..!!!

but then, aku terbaca status facebook salah seorang anak sedara aku. well, anak sedara aku semuanya dah besar-besar. yang dah kahwin pon ada, siap dah ada anak lagi. makna kata, aku sudah pun ada cucu sedara walaupun aku baru berumur 22 tahun. (ko hado? hehehe..)

she said :

"there's a blessing for not being a genius.

u learn 1001 ways on how to figure out things, and along these ways you learn how to survive, what to expect, who to trust, why to fight, when to just shut up n stop complaining... 

coz u know u r not ein Genie, so u adapt, u pretend, u try n try n try to make it work. doesn't matter what others might think, u just keep on smiling. u try not to look like a complete idiot. you hang on to Him only. 

coz u r not a genius, u thank Him every second, coz u know without Him, u'll never survive these #@$&!. u just strive n put your trust on Him. u know that u r just helpless.

there's a blessing for not being a genius."






maa'ssalamah,

Pha is

Makan2 Klate 9 | KB Burger Bakar

burger bakar kota bharu
KB burger bakar
tempat ni dah lama dah kami target nak pergi. masa first time pergi, masa tu malam minggu. ramai giler orang. dia cakap siap-siap, kalau nak beli burger, "nak ghoyat lalu, lagi 40 minit", sebab ramai sangat tempahan. so, hari tu, kami tak jadi la nak beli.

daging yang sedang dibakar. (sumber : KB Burger Bakar facebook page)

bila dah tak jadi, terus kempunan nak makan. akhirnya, dapat juga kami merasa burger bakar ni. kedai ni terletak di Jalan Padang Garong, Kota Bharu, berhadapan dengan pizza hut kota bharu.
(coordinate : 6° 7'40.19"N 102°14'28.02"E)

burger bakar
aku dan hot beef 

aku try yang biasa dulu. just nak try sedap or tak. kalau sedap, nanti try yang lain pulak. so, aku try "hot beef", RM 6.70. member aku try "hot beef with cheese", RM 7.70. saiz burger memang puas hati, memang berpatutan la dengan harga. sebabnya, dari anggaran kasar mata aku, ketebalan dagingnya hampir setebal 1 inci kot. boleh la kalau nak mengenyangkan bagi orang biasa. (tapi tak bagi aku)

burger daging 1 inci, daging burger, daging burger tebal
lebih kurang 1 inci la. rasanya macam lebih sikit.

dari segi kesedapannya plak, kira okay la. cuma, bagi aku, burger grill di "D'Village" depan pintu pagar USM kampus kesihatan lagi sedap. cuma burger grill di "D'Village" tu dagingnya setebal  daging burger biasa. harga pun murah sikit, dalam RM5.00 untuk burger daging biasa dan RM5.50 kalau "with cheese". dari segi kekenyangan, yang tu, aku buat pencuci mulut je. hehehe...

(untuk keterangan lanjut mengenai D'village, lihat entry "Makan2 Klate 3 | D' Village Food Court")

so, kalau nak merasa burger bakar yang puas sikit (dari segi ketebalan), boleh la try KB burger bakar tu. kalau nak yang sedap sikit (bagi selera aku), dan murah, boleh try grill burger yang kat D'Village depan USM kampus kesihatan ni.

itu kalau burger bakar dan burger grill. kalau burger biasa, aku prefer burger paduka. yang ni agak puas hati dan sedap. nanti aku buat review yer.. hehehe

maa'ssalamah,

Pha is

27.11.12

Total Parenteral Nutrition

seperti yang telah aku share dahulu, ada dalam kalangan student farmasi batch aku yang juga mempunyai blog. ada yang masih aktif dan ada yang dah kurang aktif. (lihat "bloger student farmasi usm")

kali ni, aku just nk "reblog" apa yang telah dipublishkan member aku ni, berkenaan minggu TPN (total parenteral nutrition) clerkship di HUSM ni. so, enjoy..

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

proses n' dreams


pernah terbayang tak, kalau orang yang terlampau sakit sampai tak boleh nak makan, sampai kita kena bagi makanan masuk terus ke dalam saluran darah dia?

well, basically itu laa yang kitorang belajar untuk minggu ke-3 clerkship: total parenteral nutrition (TPN).

tak mudah nak prepare TPN ni. disebabkan patient tu tak boleh makan dengan cara biasa, maka kita kena make sure nutrien yang kita bagi melalui salur darah (vein) tu mencukupi. selalunya patient yang sampai kena pakai TPN ni betul-betul kritikal, bayi pramatang misalnya, jadi lagi laa kena berhati-hati dengan preparation TPN tu.

dan, nak prepare TPN tu bukan mudah. kena masuk dalam Clean Room, atau bilik yang dikawal segalanya daripada suhu hingga laa ke pressure. semuanya untuk memastikan preparation yang kita buat tu bersih dan sterile (takde microorganism atau particle walau sebesar habuk pun).

pakaian pun kena pakai jumpsuit ala-ala space suit. nak sterile punya pasal.


yes, itu aku. heheh..

kenapa sampai begitu ropenye? sebab, nak masuk benda dalam vein, bukan main suka hati je.. kalau termasuk bakteria sekali, boleh kena infection, kalau masuk batu ke, kang block pula vein, dan panjang pula laa ceritanya. 


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

okay, seterusnya, gambar-gambar group kami sepanjang minggu TPN

gambar bersama ahli farmasi di unit TPN HUSM
*aku suka gila gambar ni. nampak macam aku ni "the thinker" kan? hehehe 

bergambar bersama lecturer yang best dan sporting. (cuba teka mana satu lecturer. hehehe)
p/s : lecturer ni juga merupakan seorang bloger. cuma blog beliau penuh dengan assignemt kami. hehehe

okay.. cukup dulu stakat tu. untuk berita dan laporan penuh, sila ke SINI

maa'ssalamah,
Pha is

25.11.12

Hadis | Solat Atau Makan Dahulu?


Aku ni memang jenis kuat makan dari dulu lagi. masa aku tinggal kat asrama masa sekolah menengah, lepas sekolah, kami sepatutnya pergi surau untuk solat zohor. Tapi aku selalunya pergi dewan makan asrama dulu, (sebelah surau je) sebab perut dah tak tahan lapar.

Lepas tuh, selalu la juga kena tegur dengan rakan sekelas. Kata mereka, solat awal waktu itu lebih utama. Kemudian, aku cakap kat diorang balik, aku pernah terbaca satu hadis yang nabi suruh makan dahulu, baru solat. Tapi diorang tak percaya. Aku sendiri pun masa tu, dah lupa kat mana aku terbaca tentang hadis tu.

Dan maghrib tadi, tetiba je aku terbaca tweet member aku kat bawah ni. lantas, aku teringat pasal kisah lama aku tadi tu. so, aku pun cari la hadis berkenaan dan akhirnya, hadis tu berjaya dijumpai. Yes.! so, betul la selama ni apa yang aku baca.


* * * * * * * * * * * * * *

“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah makan sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah semasa makan malam kamu.”
(Sahih al-Bukhari & Muslim)

“Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai.”
(Sahih al-Bukhari & Muslim)

Riwayat di atas juga menambah bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan, walaupun beliau mendengar bacaan imam.

Kata al-Imam an-Nawawi dalam Sharh Sahih Muslim mengulas hadis-hadis berkaitan:

“Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk”.
(An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut)

Dalam Faidh al-Qadir l-Imam al-Munawi pula menyebut bahawa arahan ini merangkumi semua solat dengan katanya:

Hadis tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat Maghrib. Namun ia juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk.”
(al-Munawi, Faidh al-Qadir, 1/295, cetakan: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Mesir)


*hadis dipetik dari :

maa'ssalamah, 
Pha is

23.11.12

Segmen Kenal-Kenal Bersama Aisyah Humaira'

sebuah segmen dari saudari Niera. klik baner utk join, sebelom ahad 24/11/2012 jam 10 malam.

okay, serba sedikit mengenai diri ini :

nama : pha is
umur : 22 tahun (1990)
nama blog : hikayat budak pening (sebab selalu kena serangan migraine)
asal : penang
status : bujang
pelajaran : sedang menuntut di USM kampus kesihatan dan di hospital USM (kelantan) sebagai pelajar tahun akhir farmasi.


KTMD | Servise Penghantaran Motosikal



bulan lepas, aku ada gunakan servis penghantaran motosikal dari Penang ke Kelantan. sebelum tu, aku ada la jugak survey dari internet (terutamanya dari forum-forum yang berkaitan) untuk nak pilih servis mana yang terbaik.

setelah ditimbang-tara, akhirnya aku buat keputusan untuk menggunakan servis Keretapi Tanah Melayu Distribution Sdn. Bhd (KTMD). sebab utama aku pilih KTMD ialah aku ada seorang member yang selalu guna servis ni untuk hantar motosikal. so far, dia tak de la komplen apa-apa pon.

motosikal,
my Ultimo

lagipon, harga KTMD agak murah jika nak dibandingkan dengan servis yang lain. untuk moto honda wave 125 x ultimo aku tu, aku kena charge RM 125. mungkin harga ikut cc moto kot. kalau servis penghantaran yang lain, contohnya poslaju, member aku kena RM180 untuk jarak dan cc moto yang sama. 

kalau servis penghantaran yang lain, ramai komplen motosikal calar dan sebagainya. even member aku yang hantar pakai poslaju tu pon cakap moto dia ada calar sikit. untuk KTMD ni, diorang ada balut motosikal, (optional) dengan charge tambahan. (aku kena RM15). so, total yang aku kena dalam RM 140. 

hasilnya, alhamdulillah moto aku tak ada calar. cumanya, brake tangan aku tu jadi longgar sikit. (tapi tak ganggu sistem brake). masa aku hantar hari tu, minyak dalam moto aku penuh, lupa nak buang sikit. bila sampai kelantan, minyak masih penuh. diorang tak buang.

lagi satu, penghantaran moto aku dari penang (stesyen KTM butterworth) ke kelantan (stesyen KTM pasir mas) ambil masa 8 hari. brader yang jaga bahagian moto tu cakap, lambat sikit sebab dari penang, dia hantar ke KL dulu, baru patah balik ke kelantan. tapi member aku yang pakai poslaju tu pon, lebih kurang seminggu macam tu jugak, baru sampai.

jadi, kesimpulannya, kira okay la.

[edited]
kat bawah ni aku share satu komen yang aku dapat dalam blog aku ni. ada seorang bro ni tawarkan servis penghantaran moto antara kelantan-penang. ini kata beliau:

saya ada sedia servis pos motosikal...kelantan-penang penang-kelantan...saya akan terima kalau saya tak sibuk(biasanya xsibuk)..hanya menerima motor yg bersaiz mcm ex5,kriss dan lain2...sbb saya guna pikap@4x4...harga insyaAllah lebih murah sebab bukan nk berniaga tp untuk caj isi minyak sbb slalu ulang alik..pape hal...kol dulu,if saya xsmpt agkt tgglkan mesej dan sy akn kol balik..-wan:0134361569-....trima kasih tuan empunya blog

sapa nak try boleh try call. aku just nak share benda baik je. tapi diingatkan, kalau nak try, risiko tanggung sendiri yer. 

maa'ssalamah, 
Pha is

21.11.12

[video] situasi di gaza

nothing to say. just want to share this video. sedih..

siapa nak tengok, boleh tengok.. 


speechless...

for those who has no idea what actually happen in gaza, well, basically, this happen...


Pha is

18.11.12

McDonald : antara boikot dan burger free


rasanya semua sedia maklum kot dengan apa yang sedang menimpa saudara kita di Palestine. segerak dengan itu, selain iringan doa, ada beberapa lagi usaha yang dijalankan di Malaysia, antaranya kempen memboikot syarikat yang bersekongkol dengan Israel. antara yang paling popular, McDonald.

mungkin sebab rasa terancam, heboh pula penyebaran sebuah lembaran yang bertajuk "Notis Daripada McDonald Malaysia", yang ditanda tangan oleh pengarah urusan McDonald Malaysia. notis tersebut kononnya menafikan dakwaan McDonald menyalurkan bantauan kepada rejim israel. 


kemudian, timbul pula ulasan dari Pengerusi Aqsa Syarif yang antara lainnya mengatakan : 

"Berkaitan kenyataan McD Malaysia. McD Malaysia membayar franchisee fees kpd McD Corp USA. Ada puluhan ribu restoran McD di seluruh dunia. Walaupun setiap dari Restoran McD ini menyumbang sebanyak 5% dari revenue mereka ini sudah berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar)."

kemudian, timbul pula status dari page facebook McDonald Malaysia seperti yg kat bawah ni:

jadi, yang mana yang betul? maka, disebabkan antara isi kandungan notis daripada mcdonald malaysia itu ada menyebut, "sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila tujukan soalan anda kepada justtellus@my.mcd.com". maka, aku yang musykil ni pon, cuba menghantar satu email. 


sampai hari ni, email tersebut masih tak berbalas. seterusnya, aku dengar ada pulak tawaran burger free dari mcdonald yang bakal di-"sedekah"-kan pada 19 november ni. 


hmm.. aku ni, nak kata boikot sangat, dulu pernah la jugak makan kat McDonald ni. tapi tak selalu, sebab aku bukannya orang kaya nk makan kat situ hari2. tapi tak pe lah, mulai hari ini, kita sama-sama lah berhijrah yer.. 


Makam Tok Kenali

sebelum ni, aku ada post satu entry berkenaan lawatan aku ke Makam Tok Janggut. dalam entry tu, en. abdooss ada bagi cadangan kat aku supaya menziarahi makam tok kenali pula. setelah aku tengok lokasi makam tok kenali dalam google earth, rupanya sekat saja dengan USM kampus kesihatan ni. lantas, petang tu jugak aku pergi ziarah.


makam tok kenali ni terletak di tanah perkuburan islam makam tok kenali, mukim tok kenali, kubang kerian, kelantan. (coordinate :   6° 5'17.49"N 102°16'40.26"E)

peta ke Makam Tok Kenali dari Area kubang kerian



tanah perkuburan islam makam tok kenali


makam tok kenali

makam tok kenali dari luar
masa aku nk kelaur bilik tadi, member aku tanya nak ke mana. kat bawah ni perbualan kami : 

member  : bawak helmet ni, hang nak keluar pi mana? makan ka?
aku         : tak lah. aku nak pi makam Tok Kenali. 
member  : Tok hang ka?
aku         : bukan lah. Tok Kenali. hang tak kenal ka?
member  : sapa dia tu?
aku         : hang ni. bukan dulu spm kita dah belajar ka?
member  : entah. tak ingat la.

mungkin ada lagi yang sama macam member aku ni, yang tak kenal siapa itu Tok Kenali. apa yang aku tahu, Tok kenali merupakan salah seorang ulama' silam yang bertaraf wali di tanah melayu, khususnya di kelantan. dulu ada seorang junior budak sekolah aku yang mengaku dia berketurunan dari sala-silah tok kenali. bangga betul dia.

kat bawah ni antara info berkenaan Tok Kenali yang aku petik dari sebuah artikel yang bertajuk "TOK KENALI : Ulama Peringkat Wali" Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

tok kenali

Nama sebenar Tok Kenali ialah Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani, lahir pada 1287 H/1871 M, wafat Ahad, 2 Syaaban 1352 H/19 November 1933 M. Yang saya riwayatkan ini adalah berdasarkan pelbagai cerita yang saya dengar, oleh itu tidak terikat sangat dalam sistem penulisan ilmiah.

Yang saya ingat pada tahun 1953, ibu saya Hajah Wan Zainab binti Syeikh Ahmad al-Fathani hanya menyebut nama murid ayahnya itu dengan istilah Awang Kenali. Menurutnya, Syeikh Ahmad al-Fathanilah yang pertama menggunakan istilah ‘Awang’ itu. Riwayatnya, sewaktu Syeikh Ahmad al-Fathani menjadi utusan ulama Mekah ke Beirut dan Mesir untuk menyelesaikan pertikaian pendapat antara Saiyid Yusuf an-Nabhani (Beirut) dengan Syeikh Muhammad Abduh (Mesir) dalam rombongan itu, Awang Kenali ikut serta.

Ketika sampai di Bukit Tursina, kerana di tempat itulah Nabi Musa mendengar ‘Kalam Allah’, Syeikh Ahmad al-Fathani menyuruh murid-muridnya munajat secara khusus. Awang Kenali ditugaskan supaya minta menjadi ulama. Nik Mahmud ditugaskan munajat minta menjadi seorang pembesar Kelantan. Setelah Tok Kenali munajat, Syeikh Ahmad al-Fathani menyatakan bahawa ilmu Awang Kenali tinggi hanya mencapai ‘awan’ tidak menjangkau kepada langit. Ilmu yang sampai ke peringkat ‘awan’ itulah yang dapat dijangkau oleh kebanyakan ulama di tanah Jawi.

Daripada perkataan ‘awan’ itulah kemudian bertukar menjadi ‘Awang’. Cerita yang sama juga saya dengar daripada Haji Wan Ismail bin Hawan, Qadhi Jala (cerita didengar pada tahun 1970). Dalam surat-surat Syeikh Ahmad al-Fathani kepada pihak lain, termasuk kepada orang Arab dan Turki, apabila melibatkan muridnya itu, beliau mengekalkan tulisan dengan istilah ‘Awan Kenali’ saja tanpa menyebut nama lainnya.

Pada tahun 1969 saya dengar cerita bahawa Tok Kenali pertama-tama datang ke Mekah penuh dengan peristiwa yang pelik-pelik (ajaib). Kehidupan sehari-harinya penuh dengan tawakal. Beliau tidak mempunyai pakaian yang lebih daripada sehelai, tidak memiliki wang, tidak siapa mengetahui beliau makan ataupun tidak pada setiap hari siang ataupun malam. Hampir-hampir tidak ada orang yang mengenalinya di Mekah ketika itu.

Orang yang tidak mengenalinya hanya memperhatikan keanehannya berada dari satu halaqah ke satu halaqah yang lain dalam Masjid Haram, Mekah. Keberadaannya dalam sesuatu halaqah tidak pula membawa sesuatu kitab seperti orang lainnya. Pada kebanyakan masa ketika duduk dalam halaqah beliau memejamkan mata, orang menyangka beliau bukan mendengar pelajaran tetapi tidur. Antara ulama yang mengajar dalam Masjid al-Haram ketika itu ada yang tembus pandangannya, diketahuinyalah bahawa pemuda yang aneh itu bukanlah sembarangan orang, martabatnya ialah seorang ‘Wali Allah’.

Walau bagaimanapun, tidak seorang ulama peringkat Wali Allah di Mekah mahu membuka rahsia itu kepada murid-muridnya. Ketika Tok Kenali sampai di Mekah, Syeikh Ahmad al-Fathani telah mengetahui pemuda yang berasal dari Kelantan itu, tetapi sengaja tidak dipedulikannya kerana pada firasat Syeikh Ahmad al-Fathani pemuda Kelantan itu sama ada lekas ataupun lambat akan datang juga kepada beliau.

Dalam masa berbulan-bulan peristiwa seperti di atas, pada satu ketika Tok Kenali mengunjungi halaqah Syeikh Ahmad al-Fathani. Tok Kenali duduk jauh di belakang pelajar-pelajar lain. Syeikh Ahmad al-Fathani telah mempersiapkan sekurang-kurangnya tiga kemusykilan atau masalah, yang pada pemikiran Syeikh Ahmad al-Fathani tidak akan dapat dijawab oleh siapa pun yang hadir dalam majlis pengajiannya, kecuali seseorang itu memiliki pandangan ‘kasyaf’ ataupun telah memperoleh ‘ilmu ladunni’.

Sewaktu Syeikh Ahmad al-Fathani melemparkan pengujian atau pertanyaan kepada semua pelajar, Tok Kenali seperti orang tidur-tidur saja. Semua pelajar terdiam, tidak seorang pun berkemampuan menjawab masalah yang dikemukakan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani. Tiba-tiba Syeikh Ahmad al-Fathani menyergah pemuda Kelantan yang sedang tidur. Pemuda itu terkejut. Syeikh Ahmad al-Fathani menyuruhnya supaya datang ke hadapan duduk bersama beliau. Disuruhnya pemuda Kelantan itu menjawab masalah ujian yang dikemukakan lalu semuanya dijawab dengan sejelas-jelasnya.

Setelah peristiwa itu Tok Kenali menjadi murid yang paling mesra dengan Syeikh Ahmad al-Fathani. Bahkan Tok Kenali menjadikan dirinya sebagai ‘khadam’ kepada Syeikh Ahmad al-Fathani. Seluruh gerak dan diam Tok Kenali hanyalah berkhidmat kepada gurunya itu, kerana diketahuinya bahawa seluruh kerja Syeikh Ahmad al-Fathani semata-mata untuk kepentingan agama Islam dan bukan kepentingan peribadinya. (Cerita yang sama juga didengar daripada Tuan Guru Haji Mahmud bin Yusuf Juani di Pondok Gajah Mati, Kedah pada tahun 1970. Beliau ialah murid Tok Bermin, sahabat Tok Kenali).

Hampir semua murid Tok Kenali yang pernah saya temui meriwayatkan bahawa orang yang pernah belajar dengan Tok Kenali semuanya mendapat kedudukan dalam masyarakat. Apabila seseorang murid itu lebih berkhidmat kepada beliau maka ternyata akan lebih pula ilmu yang diperolehnya. Demikian juga kedudukan dalam masyarakat. Yang dimaksudkan berkhidmat di sini ialah ada yang pernah menyiram Tok Kenali ketika mandi. Bahkan ada murid yang pernah membasuh beraknya sesudah buang air besar.

Murid yang sampai kepada kedua-dua peringkat ini saja yang menjadi ulama besar, antara mereka termasuk Syeikh Idris al-Marbawi dan Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti. (Sumber cerita ini daripada murid beliau, Tuan Guru Haji Abdur Rahman bin Husein al-Kalantani, Mufti Mempawah, yang didengar pada tahun 1969 di Mempawah; Tuan Guru Haji Mahmud di Gajah Mati, Kedah pada tahun 1970; Qadhi Haji Wan Ismail bin Hawan di Jala pada tahun 1970; Tuan Guru Haji Abdur Rahim Kelantan di Mekah pada tahun 1979, dan masih ada yang lain yang belum perlu disebutkan.)

Walaupun telah diketahui umum Tok Kenali berasal dari Kelantan tetapi sewaktu saya mengembara ke negeri Caiyya (nama asalnya Cahaya) yang terletak jauh ke Utara Patani dan Senggora, orang tua-tua bercerita bahawa asal usul datuk nenek Tok Kenali adalah dari Cahaya. Diriwayatkan ada dua atau tiga kali Tok Kenali pernah datang ke negeri Cahaya. Setiap kali Tok Kenali datang beliau dimuliakan orang. Tempat yang menjadi laluan Tok Kenali dihamparkan dengan kain kuning, demikian juga tempat duduknya. Orang ramai datang berduyun-duyun menziarahi Tok Kenali kerana mengambil berkat keramatnya. Ada orang tertentu yang didoakan oleh Tok Kenali ternyata dikabulkan oleh Allah sebagaimana doa yang beliau ucapkan (riwayat ini didengar di Caiya (Cahaya) pada 1992).

untuk info lanjut mengenai Tok Kenali, boleh baca disini : 

16.11.12

Jale-Jale Klate Bersama Ultimo

minggu ni sebenarnya aku cuti mid sem,, tapi aku tak balik penang pon. saja perapkan diri di kelantan ni. sebab aku ingat, time cuti ni aku nk explore kelantan, setakat yang termampu. yang dekat-dekat je aku pergi. jauh-jauh tu, tak la.

jadi, berbekalkan moto Honda Wave 125x Ultimo Biru aku tu, maka merantaulah aku ke tempat-tempat menarik di kelantan, yang berdekatan dengan USM kampus kesihatan ni. dah jalan-jalan tu, kena la bergambar sebagai bukti. ye dok?

tapi malangnya, aku explore sorang-sorang je. so, tak ada la member untuk tolong ambil gambar aku. nak ambil gambar sendiri, rasa macam "gedik" la plak. (eeeuuuwww...) last2, aku ambil gambar moto aku je la. ada la jugak bahan bukti.

so, korang jangan jeles plak tengok moto aku jadi model dalam gambar-gambar kat bawah ni yer.. hahaha anyway, gambar dari kamera henfon sony xperia arc.

pantai cahaya bulan
  6°11'46.66"N 102°16'25.68"E
aku rasa, selaku orang luar (bukan rakyat kelantan) pantai kat kelantan dulu yang aku tahu cuma PCB (pantai cahaya bulan) ni je la.

pantai melawi
  6° 1'12.99"N 102°25'13.77"E
 pantai yang ni aku tau hentam jalan je. tak expect nak kemana pon masa tu. just jalan2 tanpa arah tuju. tau-tau, sampai sini. so, berhenti bergambar jap. hehhe..

pantai seri tujuh
  6°13'7.29"N 102° 7'55.54"E
setelah di-rekemen-kan oleh member aku yang tinggal di Tumpat, aku pon pergi la. seriusly, bagi aku, so far, pantai seri tujuh adalah pantai yang paling best yang pernah aku pergi kat kelantan. cantik giler kot. terutamanya pasal teluk dia.

teluk (tumpat)
  6°12'28.53"N 102° 8'49.94"E
teluk yang berdekatan dengan pantai seri tujuh, area tumpat. permandangan kat sini pon lawa gak. 


pantai irama
  6° 4'1.78"N 102°24'0.78"E
pantai irama ni pun boleh tahan. meriah. ramai orang yang datang. 

selain pantai, ada jugak sungai yang aku pergi. antaranya : 
 
jeram pasu
  5°47'39.18"N 102°20'11.72"E
geram gila tengok orang mandi kat jeram pasu ni. rasa nak terjun sekali je. tapi, memang niat aku masa tu nak pi tengok2 je. sekadar nak explore dan tahu jalan.

infogaleri sungai golok
  6°14'26.69"N 102° 5'32.79"E
aku ke kuala sungai golok. saja tengok permandangan sempadan Malaysia-Thailand. tapi aku tengok, tak nampak macam sempadan pon. tak de la tembok ke ape. nampak macam boleh menyeberang macam tu je.. hehehe...

last but not least, aku ke Makam Tok Janggut.

makam tok janggut.
  6° 7'56.82"N 102°13'38.33"E
untuk cerita lebih lanjut macam mana aku boleh sampai ke makam tok janggut ni, boleh tengok sini

cukup la dulu kot aku pusing2 kelantan untuk kali ni. len kali kalau ada masa, aku pusing2 lagi.. hehehe

maa'ssalamah,

Pha is

15.11.12

Makam Tok Janggut


petang tu, aku ingat nak pusing-pusing area Tumpat. so, aku google je la tempat-tempat menarik kat Tumpat, dan antara yang berjaya menarik perhatian aku ialah Makam Tok Janggut. malangnya, bila aku tanya member aku yang dok tumpat, beliau tak pernah pergi lagi kat situ.

setelah aku cari cara nak ke sana melalui internet, malangnya, apa yang aku dapat hanyalah tunjuk arah secara bertulis. tak ada peta. bila aku cari dalam google earth pun tak ada. kata bloger yang bernama Muhammad QulAmirul Hakim ni, makam ni terletak dalam sebuah kampung. kena rajin tanya orang kampung untuk ke sana.

"Makam Tok Janggut terletak di Pasir Pekan, sebuah kampung selepas anda merentasi jambatan KB-Tumpat.  Kampung ini terletak di sebelah kanan jalan, jadi kena pusing balik/cari jalan untuk ke kanan. Selepas mendapat pandangan seseorang di tepi jalan, jalan untuk masuk ke kampung ini terletak selepas sungai kecil sebelum jambatan panjang tu. Setelah masuk ke dalam kampung, pening juga nak cari Makam Tok Janggut ni, tak ada papan tanda pun!!! 

Akhirnya, hamba dapat idea. Tanya dua org budak yang sedang naik 1 basikal dan mereka tahu tempat yang dituju. Jadi, hamba ikut budak2 nilah....hingga sampai ke Makam Tok Janggut. Bagi budak2 ni sorang 50 sen dan ucapkan terima kasih. "[1]

walaubagaimanapun, akhirnya berbekalkan semangat kependekaran yang tinggi, sampai jugak aku kat situ. betul kata bloger tu, kalau cari sendiri, memang susah nk jumpa sebab tak ada dalam peta dan tak ada sign board langsung untuk tunjuk arah. aku berjaya sampai pon sebab tanya orang kampung.

jadi, kalau ada sesiapa yang nak kesana, boleh tengok peta kat bawah ni. kalau nak lebih tepat, ambil coordinate kat bawah tu, masukkan dalam google map.

Coordinate :  6° 7'56.82"N 102°13'38.33"E

jika tengok melalui google map (map view), memang nampak macam tak ada jalan untuk ke situ. tapi try klik "satellite view" , ataupun kalau ada download google earth, paste-kan coordinate tu di situ. korang akan nampak macam kat bawah ni:

coordinate tu betul-betul pada bulatan merah.

dari area kampung pasir pekan tu, masuk kot lorong ni. 

kawasan Makam Tok Janggut

Makam Tok Janggut


Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Mat Hassan bin Panglima Munas mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Tok Janggut dikatakan ada pertalian dengan Sultan Muhammad IV dimana bonda baginda diriwayatkan adalah adik beradik ayah atau ibu Tok Janggut. Ada riwayat mennyatakan bahawa beliau adalah anak murid Tok Ku Paloh. [1]

tentang sejarah dan latar cerita penentangan dan kebangkitan Tok janggut, rasanya semua dah sedia maklum kot. kan dah belajar dulu masa ambil SPM. 

dulu, aku ada jumpa seorang kawan dalam satu kem. kem "Penulis Muda Nilam". beliau memang minat dalam bab sastera ni. tak silap aku, beliau sekarang sedang menuntut di ASWARA. apa yang mengkagumkan aku, masa tu beliau hafal sajak Tok Janggut dan boleh deklamasikannya dengan sangat baik.

masa beliau deklamasikan sajak tu (dalam kem), meremang bulu roma aku. sampai sekarang aku ingat walaupun dah hampir 6 tahun masa tu berlalu. kat bawah ni sajaknya.

Tok Janggut

Kuharung sungai kususur bukit tujuh gua yang silam
Aku murba perkasa kau tuduh penderhaka celaka
Aku tidak pandai berselindung dengan tembang dan senandung
Suaraku tak mungkin semerdu seruling
Aku tak rela tanah darahku diinjak dijajah
Aku tak rela hasil bumiku dicantas dipulas
Aku tak rela Melayu bangsaku dipandirkadukkan
Aku tak rela Islam agamaku disendatemehkan
Tok Janggut Haji Mat Hassan namaku
Tujuh lapis langit terpikul di bahu
Tujuh lapis bumi tercengkam di kaki
Aku pulang dari tanah Makkah yang putih dan suci
Ingin kulihat tanah darahku tanpa penjajah
Kubaca Jamaluddin Al-Afghani, kuhafal reformis Muhammad Abduh
Dan kugenggam ideologi Rashid Redha

Tok Janggut Haji Mat Hassan namaku
Anak Kelantan kelahiran Pasir Putih
Kampung Saring mahupun Jeram
Adalah padang permainanku
Adalah gelanggang silat
Tempat aku memperlimaukan diri
Aku pulang dengan siap sedia asal mula
Sebagai lelaki anak jantan perkasa
Aku siap sedia menitiskan darah ke ranting cempaka
Ini tanah darahku, tak akan kurela kaukikis habis
Kuoleng mangkuk mimpi para tiran
Inilah nafasku angin bergugus menyebarkan tandus
Dan, nah! darah matahariku akan terpercik ke tanah Pasir Putih
Ringkik angin topan, sedialah kau
Akan kuamuk kegetus kantung nyawaku
Kalaupun aku mati di tangan bangsaku
Aku mati sebagai pembela sejati
Mutiara tetap mutiara
Meskipun terpendam
Di perut tiram
Jauh pada dasar lautan!

-Rahimidin Zahari



saja aku nak pergi ziarah makam Tok Janggut ni, sebagai memperingati pahlawan agama dan bangsa yang pernah berjuang di tanah melayu ni. tambah pula, sebagai seorang yang pernah belajar ilmu pesilatan, aku rasa macam terpanggil untuk ziarah makam allahyarham. apa-apapun, semoga roh allahyarham ditempatkan bersama para pejuang yang syahid dijalan Allah.

sumber : 



maa'ssalamah,
Pha is



14.11.12

Makan2 Klate 8 | Mr. Cook Western Food



Kali ni, member aku nak bawak kami pi pekena makanan western plak. Tempatnya di restoran Mr. Cook Western food, di Jalan Panji, Kampung Rambutan Rendang, 16100 Kota Bharu, Kelantan. (coordinate :  6° 8'12.75"N  102°16'39.49"E – lebih kurang)


malam tu, semua pakat pekena ayam. ada yang order chicken chop, dan ada yang order chicken grill aper ntah nama dia. aku tak ingat dah. yang dalam gambar kat atas ni, yg grill tu la. harga kalau tak silap dalam RM9.00 mcm tu la.


Aku sorang je try lamb chop. "3 layer" ko daging kambing dia. Boleh tahan la sedapnya. sampai esok pagi pon, dok sendawa bau kambing lagi. hehehe... puas hati la jugak walaupun harganya RM22.00 sepinggan. 

aku ni, kalau makanan western ni, boleh la kalau nak makan. tapi tak la minat sangat. setakat nak rasa sekali sekala, boleh la.. kalau korg jenis minat western, boleh la pi try...

maa'ssamalah, 
Pha is




11.11.12

Makan2 Klate 7 | Ajihs Nasi Lemak 80sen

day 1

malam tu, member aku kata nak bawak pekena nasi lemak pula. aku ikut je. beliau bawak aku ke kedai Ajihs Nasi Lemak 80sen. kedai ni terletak di Jalan Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan.  (coordinate : 6° 6'43.50"N 102°16'29.06"E)

coordinate ni mungkin kurang tepat sikit sebab agak susah nak cari kedai ni dalam google earth. tapi, yang pasti, kalau lalu ikut jalan guchil bayam tu, memang senang nak cari kedai ni sebab sign board dia agak besar.

nasi lemak kelantan, makanan kelantan, ajihs nasi lemak, nasi lemak bola, red warrior
Ajihs Nasi Lemak 80sen

malam tuh, kami semua pekena nasi lemak ayam. kalau tak silap aku, harganya RM 4.60. at first, sebelum aku makan, mesti la aku expect yang kuahnya akan manis. even kuah nasi lemak Subaidah  kat Penang pon manis.

tapi, bila aku makan, seriusly, aku terus cakap kat Hakim, member aku yang bawak aku ke situ. "Hakim, aku nak buat satu pengakuan jujur ni. semenjak aku ada kat kelantan, nasi lemak ni so far makanan yang paling sedap pernah aku makan kat sini. seriusly, tobat sedap..!!!"

dari kiri : ikrar, arief, dan hakim

nasi lemak Subaidah kat penang tu pun kalah kot. kuah dia tak manis sangat, secukup rasa. ayam dia, pergh.. lembut siot. rempah kat ayam goreng dia memang terasa. aku ratah ayam dia kalau boleh tulang pun aku nak makan sekali. hehe..

sebelum dan selepas

nasi dia, lembut dan wangi. aku tak sure bau wangi apa, sama ada daun pisang, halia, ataupun pandan. yang pasti, wangi dan sedap. serius tak tipu. sedap "baq ang".

day 2

malam tu, ramai member aku yang tak free sebab ada presentation. tinggal 3 orang je yang free termasuk aku. last2, kami bertiga pekena lagi sekali Ajihs Nasi Lemak 80sen buat kali yang kedua. walaupun semalam baru je first time pekena, malam tu rasa macam ketagih nak lagi kot.

nasi lemak ayam, nasi lemak kelantan,
aik, kali ni dia buh atas daun pisang pula?

so, dua malam berturut-turut kami makan kat situ. sedap punya pasal. tak cukup dengan tu, kali ni aku bungkus tambah bawa balik pulak. serius tak tipu.! untuk bungkus, aku try lauk limpa goreang plak. yang tu pun sedap. harga RM 3.60. tapi tak bleh challenge ayam rempah dia la.. hehehe...

husni dan arief

hairan tak? kata nasi lemak 80sen, tapi kenapa harga nasi lemak yang aku makan semuanya RM3 keatas? menurut Ajihs Nasi Lemak 80sen facebbok page, yang dikatakan nasi lemak 80sen tu ada, tapi yang macam kat bawah ni je :


okay la kan?

p/s : tadi saja round2 ngan moto, nampak plak kedai "Abe Long Nasi Lemak Gasing". nanti aku try sedap or tak. hehehe.

maa'ssalamah,
Pha is

10.11.12

Perempuan dan Kasut


Baru-baru ni, aku terbaca tweet seorang kawan perempuan tentang kasut. Katanya, “girls are never satisfied with just one pair of shoes.” Ini bukan aku yang kata, tapi pengakuan dari beliau sendiri, selaku seorang perempuan.


Dan aku sendiri pon sebenarnya masih tak faham kenapa perempuan nak kasut banyak-banyak. Kasut je pon, kan? lawa macam mana sekalipun, last2 tempatnya kat kaki juga. Cantik macam mana sekalipun, last2 kena pijak jugak. Kan?

Tapi, itu kan hak orang perempuan. Tak boleh nak pertikai. Ustaz Azhar Idrus sendiripon tak pertikai, apabila beliau ditanya “Kenapa wanita suka berbelanja..isteri saya janji, sekali ni je - sekali ni je,tp beli jugak…”

Beliau menjawab : “Wanita macam budak-budak. suke membeli. contohnye budak-budak pantang tengok mainan terus je nak, padahal mainan dah banyak kat rumah. macam juga wanita, padahal baju, kasut banyak dalam almari yang tak pakai lagi. Nak beli lagi. wanita memang suka tengok benda yang cantik. Memang tugas suami cari duit, isteri habiskan duit. kalau bukan isteri yang habiskan duit, siapa lg… kalau bukan isteri, siapa lagi yang nak beli periuk,kuali,dll. Suami  jangan marah. isteri besar jasanya.. tolong beranakkan anak, jaga anak-anak, tolong basuh baju kite, tolong masak, kemaskan umah, dll.

So, girls, terpulanglah kat korang. pakailah kasut cantik banyak mana sekalipun. Cuma aku nak bagitau, setiap kali kami lelaki tengok kaki seorang perempuan, bukan nak tengok kasut korang yang  cantik tu. tapi nak tengok sama ada pakai stokin atau tak je.

Kaki korang kan aurat. Kalau pakai kasut yang terdedah kulit kaki, pakailah stokin. tak guna kasut lawa-lawa kalau tak tutup aurat dengan sempurna. kan? Hehehe..


maa'ssalamah, 
Pha is






7.11.12

Makan2 Klate 6 | Satay Malaysia Pengkalan Chepa

dah agak lama dah member aku kata nak bawa aku pi pekena satay kat restoran ni. akhirnya, sampai jugak hasrat hati beliau. malam tu, kami pekena satay di restoran Satay Malaysia yang terletak di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. (coordinate :   6° 9'18.55"N 102°16'19.66"E)

kedainya nmpak agak sempoi. menu pon sempoi. selain satay, ada jugak makanan yang lain. malam tu, kami berempat. aku, hakim, ikrar, dan husni. tapi kami pesan satay set untuk 8 orang. sebab kalau ikut set untuk 4 orang baru 25 cucuk. kalau setakat satay 25 cucuk, aku sorang pon boleh habis. hehehe..


satay dia, nak kata sedap tu, bagi aku, biasa je. standard je. harga kalau ikut bilangan cucuk, RM0.70 secucuk. agak mahal bagi aku. sebab satay pasar malam kat rumah aku baru RM0.40 secucuk. lagi sedap dari yang ni. sekali sekala, tak pe la. stakat nak keluar makan dengan member secara santai, boleh la.

satay okay, nasi impit okay, roti dia pon sedap. cuma, jangkaan awal aku sangat tepat pasal kuah dia. MANIS.! oghang kedah kata maneh-melugai. (bukan maneh-melecaih).


tapi, macam yang aku kata sebelum ni, kalau mengikut pertimbangan aku, memang akan bias sebab lidah aku lidah utara. aku agak allergi dengan makanan manis yang berlebihan.

buktinya, lepas makan satay tu, aku migraine. seriusly.! tahun lepas, aku juga pernah migraine sebab makan kway teow kung fu yg kuahnya sangat manis kat penang. masa aku tingkatan berapa entah, aku pernah DEMAM sebab pekena pasembur yang kuahnya sangat-sangat manis.
 
so, kalau nak tau macam mana rasa satay ni,sedap atau tak, lebih baik cuba sendiri...

maa'ssalamah,

Pha is