Aku ni memang jenis kuat makan dari dulu lagi. masa aku tinggal kat asrama masa sekolah menengah, lepas sekolah, kami sepatutnya pergi surau untuk solat zohor. Tapi aku selalunya pergi dewan makan asrama dulu, (sebelah surau je) sebab perut dah tak tahan lapar.

Lepas tuh, selalu la juga kena tegur dengan rakan sekelas. Kata mereka, solat awal waktu itu lebih utama. Kemudian, aku cakap kat diorang balik, aku pernah terbaca satu hadis yang nabi suruh makan dahulu, baru solat. Tapi diorang tak percaya. Aku sendiri pun masa tu, dah lupa kat mana aku terbaca tentang hadis tu.

Dan maghrib tadi, tetiba je aku terbaca tweet member aku kat bawah ni. lantas, aku teringat pasal kisah lama aku tadi tu. so, aku pun cari la hadis berkenaan dan akhirnya, hadis tu berjaya dijumpai. Yes.! so, betul la selama ni apa yang aku baca.


* * * * * * * * * * * * * *

“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah makan sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah semasa makan malam kamu.”
(Sahih al-Bukhari & Muslim)

“Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai.”
(Sahih al-Bukhari & Muslim)

Riwayat di atas juga menambah bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan, walaupun beliau mendengar bacaan imam.

Kata al-Imam an-Nawawi dalam Sharh Sahih Muslim mengulas hadis-hadis berkaitan:

“Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk”.
(An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut)

Dalam Faidh al-Qadir l-Imam al-Munawi pula menyebut bahawa arahan ini merangkumi semua solat dengan katanya:

Hadis tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat Maghrib. Namun ia juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk.”
(al-Munawi, Faidh al-Qadir, 1/295, cetakan: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Mesir)


*hadis dipetik dari :

maa'ssalamah, 
Pha is