tadi, entah macam-mana, aku terlambat ke masjid untuk solat jumaat. sampai-sampai je, imam dah sujud. nak masuk dalam masjid, dah penuh. so, aku solat kat atas jalan tempat orang lalu-lalang bersama makmum lain yang lambat macam aku, tanpa sejadah. ingatkan, baru rakaat pertama aku tertinggal. rupa-rupanya dah tahiyat akhir.!
nak buat macam mana. masuk saf je la. tapi niat solat zohor. sebab aku pernah belajar dulu, kalau imam dah bangun dari ruku' untuk rakaat kedua dalam solat jumaat, kalau masbuk (tertinggal 2 rakaat dengan imam), kena ganti dengan 4 rakaat macam solat zohor biasa.
yang hairannya, bila aku nk gantikan rakaat yang ketiga, makmum lain yang solat sebelah aku semuanya dah bagi salam dan dah blah dari situ. aku sorang je buat 4 rakaat. yang lain hentam dua rakaat je. akhirnya, solatlah aku sorang-sorang tengah jalan dikelilingi orang yang baru keluar dari masjid.
nampaknya, masih ramai yang tak tahu nih. so, muslimin sekelian, lain kali, kalau masbuk dan masuk saf untuk solat jumaat masa tahiyat akhir, kena ganti 4 rakaat tau.! bukan 2.
wallahu a'la wa a'lam
p/s : peringatan untuk diri sendiri. lain kali jangan pi lambat lagi....

maa'ssalamah,
Pha is