Di rumah aku, tak pernah lengang dari suara budak-budak. Ada sahaja suara budak-budak berlari, menangis, dan sebagainya. Itu lah pekerjaan tetap mak aku sekarang. Mengasuh budak. Dari yang umur beberapa bulan, sehinggalah ke budak tadika.

Kalau cuti semester, ada jugak adik-adik aku tolong mak aku. Tolong mandikan, bancuh susu, dan tolong ‘bermain’ dengan budak-budak tu. Tapi, aku tak rapat sangat dengan budak-budak tu. Bukan sebab aku tak suka budak-budak. Cuma mak aku yang suruh aku buat macam tuh.

Kata mak aku, kalau aku ada kat rumah, semua budak-budak tak berani “buas”. Sebab diorang takut kat aku. Kalau diorang buat bising, aku sua je muka aku, semua senyap.  Kalau diorang ngada-ngada nak main dengan barang-barang dalam rumah, bila mak aku cakap yang barang tu aku yang punya, sorang pon tak berani sentuh.

macam ni la lebih kurang kalau aku jegil kat budak-budak tu

Kalau mak aku suruh diorang mandi, tapi diorang tak nak, sekali aku suruh je, terus masuk bilik air. Sama jugak kalau diorang tak nak makan. Kalau aku suruh sikit je, langsung diorang tak berani bantah. Takut giler la diorang kat aku.

Kadang-kadang, bila difikirkan balik, lawak pon ada. Muka aku ni ganas sangat ke? Hmm... macam mana la nasib anak-anak aku nanti. kan best kalau anak-anak aku nanti boleh behave macam tu..  

Hahahaha... apa punya bapak lah aku nih...

Pha is