Bila belek2 keyword analytic kat pak cik nuffnang, banyak jugak aku jumpa tentang soalan2 yang berkaitan dengan moto yang sedang aku pakai sekarang ni. Antaranya
Wave ultimo 125
Wave 125 x
Ok ke wave ultimo
Wave 125 x ultimo
Lantas, aku mengambil keputusan untuk buat sikit review berkenaan moto ni. At least bagi sesapa yang berhajat nak beli moto ni, boleh la pertimbangkan.
Tapi sebelom tu, aku nak ingatkan yang aku baru lagi pakai moto ni. mileage pon baru 7000++.. Dan moto ultimo ni moto pertama yang aku beli. So, tak dapat la kalau aku nak compare moto ni dengan moto2 jenis yang lain.
Aku Cuma boleh bagitau setakat yang aku tau dan setakat yang aku alami je la. lagipon, banyak lagi yang aku tak tau pasai moto ni.. kalau nak tau lebih detail, sila Tanya otai2 moto di mana2 forum2 moto yang ada. Hehehe..
1. Kelajuan
Dulu aku ada terbaca dalam 1 forum moto yang mengatakan “sapa yang nak beli moto untuk kelajuan, jangan beli ULTIMO.” Dan aku agak bersetuju dengan statement tu. So far, moto aku habis laju pon penah pi Cuma 110 km/j.
Ada pengguna ultimo lain cakap penah sampai 120km/j. Aku tak tau la.. mungkin moto aku yang bermasalah.
Tapi nak sampai 110 km/j tu pon jarang2. Bergantung kepada mood moto aku. Kalau mood dia tak ok, kadang2 tu full throttle pon sampai 80km/j je. Tapi kalau hari2 biasa, boleh je pi sampai 100km/j kalau naik sorang2.
p/s : baru2 ni aku try naik moto dari usm ke rumah melalui jambatan pulau pinang. Masa atas moto tu aku baca surah2 yang aku penah hapal. Tetiba je mood moto aku ok. Buleh pulak sampai 110 km/j walaupon kat tengah jambatan (selalunya atas jambatan tak dapat nak pecut sebab angin kuat).
Kesimpulannya, kalau nak bagi mood moto ok, baca la al-quran masa atas moto. Tak kisah la surah sajadah ka, al-mulk ka... ayat lazim pon boleh. Hehehe..
2. bunyi enjin.
Dan ramai jugak yang komplen moto ultimo ni ada masalah bunyi enjin bila sampai 90km/j dan keatas. Kata mereka, bunyi enjin jadi pelik.
Tapi sepanjang pengalaman aku, bila sampai je 90km/j, aku dah tak dengar bunyi apa2 dah melainkan bunyi desiran angin yang menepis-nepis cuping2 telinga aku. Hehehe...
Maklumlah, helmet murah. Helmet mahal tapi free dah kena curi. Telinga aku terdedah. Kalau dengar lagu pakai earphone dengan volume yang paling kuat pon aku tak beberapa nak dengar sangat dalam situasi yang macam ni. walaupon ear phone aku tu jenis yang berlapik getah (ear plug).
Inikan pula bunyi enjin. So, bab bunyi enjin ni, tak dapat la aku nak komen. Tapi kalau bawak dalam range 40-80 km/j rasanya ok je bunyi dia.
p/s : ada beberapa member aku pernah Tanya aku kenapa tak start enjin lagi sedangkan masa tu enjin aku dah start.
3. meter kelajuan
Ni lagi 1 hal yang membuatkan aku musykil. Pernah sekali aku pinjam moto LC member aku dan masa aku bawak, bila aku tengok meter dah sampai 100km/j. Terkejut jugak aku. Selalunya kalau bawak macam tu dengan moto aku, Cuma sekitar 80 km/j je.
Lagi 1 situasi, penah sekali kami buat konvoi dari penang ke bukit merah. Menurut member aku yang membonceng moto legenda, katanya kelajuan kami masa nak pi bukit merah tu dah 100km/j lebih. Tapi aku yang ikut belakang ni aku tengok meter aku tak sampai 100km/j pon.
4. penggunaan minyak.
Bab minyak aku tak bleh nak komen banyak sebab aku tak leh nak compare dengan moto2 yang lain. Tapi bagi aku, kira ok la. kalau pi-balik antara usm-rumah aku (dalam 70++ km) tak sampai full tank. Kalau ikut harga minyak sekarang lebih kurang RM4.
Cukup dulu kot 4 point tu. Yang lain2 rasanya biasa2 je. Kesimpulannya, bagi sesapa yang “berjiwa kelajuan”, jangan cari ultimo. Nanti korang kechewa. Kecuali kalau korang pandai modify. Hehehe...
Tapi Kalau stakat nak naik biasa2 je, memang aku syorkan ultimo. Sebab dia tak semahal legenda dan LC. Lagi pon, orang kata enjin honda ni tahan.Orang yang kata. Bukan aku.
[makluman tambahan]
untuk maklumat lanjut mengenai motosikal honda wave 125 x ultimo in, sila lihat sekali dengan ruangan komen di bawah ini kerana terdapat komen dari beberapa pengguna ultimo sendiri disitu.
bagi pengguna Ultimo, anda dialu-alukan untuk memberi dan berkongsi sebarang komentar, cadangan, atau pengalaman sendiri mengenai motosikal ini.
-penulis
Pha is