3.8.11

bangsa membaca, bangsa berjaya

Beberapa minggu yang lalu, masa aku on the way dari KL ke Penang, aku sempat singgah kejap kat 1 kedai buku kat stesyen bas puduraya. Kedai tu banyak jual majalah dengan novel. Setelah pusing2 kedai tu, akhirnya aku membeli sebuah novel yang bertajuk “ISABELA”.

Novel tu asalnya dalam bahasa urdu. Lepas tu diterjemahkan dalam English, tapi yang aku beli tu terjemahan ke bahasa melayu. Hehehe..  cerita pasai seorang anak ketua paderi kristian di cordova, sepanyol yang masuk islam, semasa sepanyol dibawah pemerintahan islam.

Aku ni bukannya apa, sebagai seorang rakyat yang perihatin dan bertanggung jawab, aku terpanggil untuk menyahut seruan kerajaan untuk membudayakan amalan membaca. Ala, macam yang ditayang kat iklan2 kat TV tu.. contohnya yang drebar teksi baca majalah sementara tunggu penumpang.


Sekurang2 nya,  sementara nak tunggu bas bertolak, ada benda yang aku boleh baca. Tak la terbuang masa aku begitu saja. Ye dok..?

Maka, setelah aku naik bas, sementara tunggu bas bertolak, aku pon dengan bangganya membuka novel tu dan membacanya.(aku tak boleh baca buku masa bas tengah bergerak. Nanti PENING.. Hehehe).. masa tu kononnya aku ni budak baik la..

Masa aku tengah seronok membaca, tiba2 aku ternampak salah seorang panumpang yang tidak jauh dari tempat aku duduk yang juga sedang membaca. Setelah aku perhati, rupa2nya beliau sedang baca A-Quran.

“Ah... aku kalah.. dia lagi hebat..!!!!” 

Pha is

1 comment: