1. dulu masa era tahun 2006, aku simpan duit nak beli PS2. kumpul punya kumpul, tak beli2 pon, sampai aku form 5 (2007). since lepas aku spm, kemungkinan besar aku akan masuk matrikulasi, daripada aku beli ps2 yang akhirnya akan dimainkan oleh adik2 aku, lebih baik aku beli henset.

akhirnya, duit yang aku kumpul untuk beli ps2 tu aku gunakan untuk beli henset pertama aku (lepas spm) iaitu sony ericsson w610i.


2. lepas aku masuk usm, berbekalkan duit biasiswa JPA, aku beli laptop. asalnya, laptop yang berkenan di hati adalah hp pavilion dv3 disebabkan covernya yang lawa dan saiznya yang comel. tapi kat kedai yang aku cari tu tak de spesis ni. akhirnya, aku terbeli lenovo ideapad y450. walau bagaimanapon, aku tetap berpuas hati sebab lenovo ni pon cantik jugak.

lenovo

hp













3. setelah bajet mencukupi, aku menanam hasrat untuk membeli sebuah motosikal pada hujung tahun 2010. saat itu, jenis motosikal yang berjaya menawan hatiku ialah honda wave 125x biasa. namun, atas sebab miscommunication dengan tokey kedai moto, aku terbeli honda wave 125x ultimo.

wave 125x
wave 125x ultimo














moral of the story,  tak semua benda yang kita suka, telah ditaqdirkan untuk kita. tapi, terimalah apa sahaja dengan redha dan ikhlas serta dengan hati yang terbuka. sesungguhnya segalanya itu adalah yang terbaik untuk kita...