Friday, December 1, 2017

Tak semua yang indah perlu digambarkan


Tak semua yang indah perlu digambarkan


Baru-baru ni agak heboh berkenaan larangan yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk berswafoto di perkarangan masjid al-haram dan masjid nabawi. Aku agak hairan sedikit sebab setahu aku, bukan dari dulu lagi ke kerajaan arab Saudi dah larang orang bergambar dalam kawasan masjidil haram? Entahlah. Kalau tak silap aku la.

Larangan Swafoto Di Dua Masjid Suci




Pointnya, dengan perkhabaran ini, ada yang sedih, ada yang marah, ada yang bangkit isu wahabi. Hahaha. Tapi aku tak rasa terkesan sangat dengan larangan tu.

Personally aku rasa selfie atau berswafoto kat sana tak salah, cuma macam tak ada keperluan sangat pun. Bagi aku la. takut jadi isu lain. takut riak.atau takut disalah gunakan. Aku tak kata konfom riak. cuma takut je...

 


Tak semua yang indah perlu digambarkan


Betul, aku suka ambil gambar, aku suka berada di belakang kamera berbanding di depan. (rujuk entri Belakang Kamera). Tapi kadang-kadang, bila moment tu terlalu indah, aku malas nak buka fon ambik gambar.

Aku malas nak bahagikan perhatian aku antara keadaan dan moment tu dengan usaha aku nak mengambil gambar. Sebab bila aku ambil gambar, kalau aku tengok melalui skrin, nanti tak puas. Tak ada feel. Kalau aku tak tengok skrin pulak, nanti gambar tak cun. Feeling pun tak ada sebab distracted.


Bila dalam keadaan macam ni, aku lebih memilih untuk hayati moment tu tanpa sebarang perantaraan. Hanya dengan mata dan panca indera aku sendiri.


See it. Feel it. Be in it.


So, kadang-kadang aku memilih untuk tengok saja.
Kadang-kadang je la. Bukan selalu. Hehehe...

Kalau korang?


19 comments:

  1. bagus juga dilarang.xdelah artis gi umrah nak selfie kat sana lagi..heheh.tapi apapun...entahlah susah juga nak fikir bab ni secara mendalam.heheh...

    ReplyDelete
  2. bagus juga, kalau tak asyik nak berswafoto je laa kan.. hihi
    belum pernah lagi sampai sana, doakanlah moga suatu hari nanti berkesempatan..")

    ReplyDelete
  3. See it. Feel it. Be in it. . . Capture it!

    ReplyDelete
  4. dulu, selfie ni dilakukan oleh orang paling dungu dalam dunia iaitu mr. bean. tapi sekarang dah jadi trend sampaikan ada smartphone tertentu yang cuba tingkatkan ciri kamera khas untuk kaki selfie.

    ya, aku setuju. selfie ni bukan satu keperluan. tak perlu la nak gelabah kalau tak dapat selfie nak kat satu-satu tempat tu. tenang-tenang je menikmati suasana tu...

    ReplyDelete
  5. Ada saya tonton dengar berita tu tuan, terbayang bila ada rezeki ke sana..kena sorok kamera lah nanyinya. Saya jga suka mbil gambar ..biasa di sekolah saya lah yang jarang2 keluar gambar ..cuma di blog peribadi saya jadi lah konon model ikon hanya di blog peribadi ini.

    ReplyDelete
  6. Bagi saya tak salah nak selfie or ambil gambar tapi nak buat macam mana memandangkan itu dah peraturannya, kena lah akur. Tapi honestly, mesti nak merakam detik manis bila sampai sana, bukannya selalu pergi so kena pandai sorok lah lepas ni hee.

    ReplyDelete
  7. masalah orang kebanyakannya, so hard to follow the basic rules..

    ReplyDelete
  8. Dah dilarang kenalah patuh boleh je berselfi kat tempat lain

    ReplyDelete
  9. betul tak perlu pun nak selfie ... takut "ter" riak ... kitakan manusia biasa ... better elakkan :)

    ReplyDelete
  10. Satu masa dulu pun perna ada larangan ambil gambar dalam masjidil haram dan an nabawi, tapi tak tau bila ia dilonggarkan sejak zaman digital ni. Mmg sebaiknya diharamkan.. banyak lokasi di luar pun boleh bergambar dan cantik juga :)

    ReplyDelete
  11. betui. ada dapat pic dalam group, p umrah, cium hajarul aswad pun snap pic masuk dalam group. perlu ke. aduhai

    ReplyDelete
  12. Luruskan niat dan fokus ibadat hanya kepada Allah. Moga lebih berkat dan ibadat diterima oleh Allah :)

    ReplyDelete
  13. Tak kisah dgn laranagn ni. Kita g sana bkn nak bergambar. 😊


    ReplyDelete
  14. Kalau tempat yang dilarang bergambar memang akak takkan ambil gambar, tak nak risiko kena rampas.. leceh nak hadap nanti. Jalan terbaik.. ambil gambar di tempat yang dibolehkan je. Adakala akak suka melihat pemandangan tanpa perlu nak bergambar bagai.. hayati moment tu tanpa adanya halangan.

    ReplyDelete