14.11.17

Teori Konsep Sederhana


Teori konsep Sederhana


Aku ada satu teori. Well, buakn teori fizik pun tapi lebih kepada cara aku melihat dunia dari kaca mata dan pandangan aku. Suka untuk aku ingatkan, ini bukan fakta! Cuma sekadar pandangan aku dalam sesuatu isu dan keadaan.

Sederhana dalam islam


I’m sure yang korang pernah dengar sebuah hadis nabi ni kan, pasal hidup beserdehana:

إِنَّ الْبَذَاَةَ مِنَ الْإيْمَانِ

Sesungguhnya hidup sederhana termasuk cabang dari iman.
[Bahjatul-Akhyâr, 202.]

Dan ayat al-quran dari surah Al-Furqan ayat 67,

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. (Al-Furqaan 25:67)


Sederhana dalam alam melayu


Dalam alam melayu sendiri, konsep sederhana juga dititik beratkan dalam sebuah pepatah yang menyebut:

“buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali”

Jangan jadi jahat. Jadi baik. Tapi buat baik jangan terlampau baik sangat. Sederhana dalam menjadi baik.


Jenis-jenis sederhana


Tapi sejauh mana tahap bersederhana tu? Aku melihat tahap sederhana ini dapat kita bahagi kepada 2 jenis. Iaitu sederhana median dan sederhana mode. Saja aku guna istilah simple statistic dalam matematik (mode, mean, dan median) supaya senang Nampak. 


Sederhana median 


Sederhana median ni macam cara kita nak kira median dalam 1 set nilai. Kita ambil yang betul-betul kat tengah. Contohnya kalau diberi nilai antara 0 hingga 100, maka sederhana median tu mestilah tepat-tepat nilai 50.


Pandangan aku, kebanyakan situasi dan kadaan yang berlaku dalam hidup, kita tak boleh nak gunakan sederhana median. 

Contoh dalam kes pepatah melayu tu, kalau digunakan konsep sederhana median, maka orang tu baik 50% dan jahat 50%. Macam huru hara pulak. Macam bipolar atau ada split personality. Kejap baik, kejap jahat.

Sederhana mode


Sederhana mode tu bergantung kepada keadaan. Tak kisah mana-mana bahagian yang diantara dua limit asalkan tidak terlalu berlebihan dan tidak terlalu berkurangan. Contohnya, sederhana mode itu andai diberi pilihan nilai 0 hingga 100, boleh jadi 60, dan boleh jadi 20, tak kisah nilai berapa asalkan bukan nilai 0 atau 100.


Dan sederhana mode ni pulak nilai dia tak tetap, tapi bergantung kepada situasi dan pandangan semasa. Contohnya nilai sederhana mode pada pandangan orang Malaysia mungkin tak sama dengan pandangan orang amerika.  

Banyak hal yang aku Nampak dalam kehidupan, lebih sesuai pilih sederhana mode. Seperti pepatah melayu antara baik dan jahat tu, jika diberi skala 0 hingga 100 dimana nilai 0 adalah sangat jahat dan nilai 100 adalah sangat baik, masa sederhana mode boleh jadi nilainya 80.

Dia secara amnya baik, tapi tak terlalu baik sampai nilai 100 yang akhirnya membuatkan dia “dipijak”. Dan sebagai manusia, kita tak dapat lari dari kesilapan. Tiada orang yang sempurna. Walaupun baik itu ideal, tapi sedikit sebanyak akan ada jugak ‘kejahatan’ dalam diri dia. 

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali. Bagi aku dalam pepatah ni sendiri sangat tepat dengan teori sederhana mode. Pepatah ni suruh tinggalkan jahat secara total, tapi dia tak suruh pulak buat baik sebaiknya secara total. Dia suruh besederhana dalam buat baik! 

Tapi kenapa nilai 80? Kenapa bukan 90? Sebab itu la aku cakap tadi nilai sederhana mode ni tak tetap, tapi bergantung kepada situasi dan pandangan semasa. Mungkin pada pandangan seseorang, baik nilai 80 dah okay. Tapi ada yang nak kejar nilai tertinggi sehingga 99, dan ada juga yang asalkan dia baik, nilai 60 pun okay dah.

Selebihnya, korang dah boleh fikir sendiri kan konsep ni?

Sederhana adalah fitrah


ini pandangan peribadi aku sendiri. Dalam buruk baik manusia, tak mungkin seseorang tu buruk 100% dan tak mungkin jugak dia baik 100% walau macam mana sekalipun dia berusaha kearah tu.  Konsep sederhana aku ni dah macam fitrah manusia.


Sebaliknya, walau macam mana sekalipun dia berusaha untuk menjadi baik, akan ada terpalit kejahatan pada diri dia. Macam tu jugak la dengan orang yang berusaha menjadi jahat, tak banyak, sedikit pun, akan ada jugak kebaikan yang dia buat walaupun tanpa dia sedar.


Motif?


Jadi, apa gunanya teori baik buruk dengan gunakan konsep sederhana mode ni? kenapa nak penat-penat buat serabut kepala pikir pasal benda ni? what’s the point???

Pointnya disini, tak ada manusia yang sempurna. Tak ada manusia yang baik 100% melainkan rasul yang maksum. Melalui konsep ni, pengajaran yang kita boleh ambil.

1. apabila kita melihat orang yang dipandang masyarakat sebagai seorang yang sangat baik, tetapi tiba-tiba kita dapat tahu dia ada melakukan 1 kejahatan. Tak perlu nak merasa heran. Sebaik mana pun manusia, mesti akan ada dosa.

Sama la kesnya dengan orang yang terkenal dengan kejahatannya. Rupanya bila dia dah mati, ada orang buka cerita rupanya ada 1 amalan baik dia selalu buat yang kecil, tapi tak ramai orang tahu. Itu normal!  

2. jangan menghukum manusia dengan secalit kesalahan yang dia buat sehinggakan kita lupa banyak kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan. 

3. jangan memandang rendah pada orang yang kita rasa dia jahat. Kita tak tahu mungkin ada sedikit perbuatan baik yang dia lakukan, walaupun sedikit tapi ikhlas seginggakan disebabkan amalan kecil yang ikhlas itu Tuhan terima sehingga darjat dia disisi Tuhan lebih tinggi daripada kita yang perasan baik dan suka menghukum ni.      

Disclaimer : again, ini Cuma pandagan aku 


p/s : Dalam hal ni, dan dalam beberapa hal yang lain, aku suka menggunakan konsep binomial distribution. Banyak sebenarnya konsep hidup aku yang aku suka untuk gambarkan dalam bentuk graf loceng terbalik ni. contoh macam dalam entri ini : Cantik Itu Abstrak 



aku ingin mencintaimu dengan sederhana;
dengan kata yang tak sempat diucapkan
kayu kepada api yang menjadikannya abu 
aku ingin mencintaimu dengan sederhana;
dengan isyarat yang tak sempat disampaikan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada 
-Sapardi Djoko Damono


30 comments:

  1. pokok pangkal kita x boleh terlalu eksttrem dalam membuat sesuatu, sikap bersederhana menjadikan diri kita mudah diterima dalam kempulan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol.. janganlah terlalu extreme walau dalam apa perkara sekalipun..

      Delete
  2. Kita tidak sempurna sifatnya tapi sentiasa berusaha agar mnjadi terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebaik mana pun kita berusaha untuk menjadi baik, kita tak akan dapat menjadi baik 100%.. sbb fitrah kita yang tidak dapat lari dari dosa dan kesilapan..

      Delete
  3. tingginye bahasa...dah lama tinggal maths....tpi bg pandangan peribadi rietta juga....sederhana itu sebaiknya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, bahasa tinggi..? hahaha.. xde la.. bahasa rojak biasa ja.. cuma isi dia mungkin agak berat bagi sesetengah orang yang lebih suka berfikiran dengan konsep yang lebih simple.. :)

      Delete
  4. tingginye bahasa...dah lama tinggal maths....tpi bg pandangan peribadi rietta juga....sederhana itu sebaiknya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. apa yang kita buat, kena besederhana.. jangan terlalu extreme..

      Delete
  5. haaa, mek suka bell curve tu condong belah kanan. tp mslhnya susah jugak nk buat cam tu. hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. x susah pun sebenarnya.. sebab walau baik macam mana pun kita cuba buat, kita tak dapat lari dari kesilapan.. so, jadi la macam bell shape tu.. kita kearah baik, tapi dalam masa yang sama ada jugak kesialapan yang kita buat.. itu normal..

      Delete
  6. Bersederhana dalam segala hal adalah pilihan yang terbaik.

    Memang nobodys perfect, so yang kata diri mereka perfectionist tu tak payahlah nak perasan sangat kalau dah namanya manusia tak sempurna mana kecuali nabi.

    Setuju 100% dengan ke3 tiga point pandangan HBP tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha.. kaaannnn...

      so tak payah nk perasan acah2 perfectionist sangat.. hahaha..

      Delete
  7. Replies
    1. senyum saja.. ?
      senyum ada makna nih.. hahaha..

      Delete
  8. Replies
    1. betul tu kina sangat setuju, selalu kita terhukum oleh manusia dek kerana satu salah kita tertutup semua kebaikan.
      bila yang kurang baik melakukkan kebaikan langsung kebaikan tu tak di pandang, mcm dah terhijab begitu

      Delete
    2. antara norma2 kehidupan yang selalu terjadi.. so, kita kena ubah.. jangan ikut kebiasaan manusia yang bila melihat orang lain melakukan kesilapan, segala kebaikan dia sebelum ni dah tak nampak..

      Delete
  9. setuju dengan point tu, jangan judge orang lah senang cerita ...

    selalu ingat dengan peribahasa ni "jangan menilai kejahatan orang lain seolah-olah mereka akan masuk neraka, jangan menilai kebaikan diri sendiri seolah-olah kita akan masuk syurga"

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow.. rasanya macam kata kata hikmah.. tapi penuh dengan makna..

      Delete
  10. Mmg boleh pening pale klu memikir ni hahaa.. yg penting, jngn sesekali atau berkali-kali ada niat jahat atau buat kejahatan, baik pun jngn terlampau baik smpai menyusahkan diri dan merimaskan org lain jugak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. betol2.. kna ikut keadaan jugak.. bukan tak boleh buat baik.. cuma jangan teralu extreme..

      Delete
  11. kesimpulan nya..setiap seorang manusia di atas bumi ni tiada yang 100% jahat dan 100% baik..means akan ada juga kejahatan dan kebaikan yang dia buat termasuk diri yang komen ni hehehe..tetapi baik atau buruk seseorang itu biar Allah yang nilai..kita sbg manusia cuba perbaiki diri menginsafi diri dan cuba menjadi seorang yg lebih baik..in shaa Allah

    ReplyDelete