Skip to main content

cantik itu abstrak?

setiap orang ada definisi cantik tersendiri. tak semua tengok orang yang perasan cantik tu cantik. dan tak semua orang yang rasa diri dia tu tak cantik, tak cantik. paham dok?

matlutfi ada penah buat video pasai bende alah ni. aku rasa ramai yang penah tengok. tajuknya "Bukan Semua Cantik Subjektif". kalau belum tengok, korang search sendiri kat youtube. aku tak boleh buh video youtube kat sini. kat usm ni youtube kena block.

personally, aku kurang setuju dengan pendapat matlutfi tu. walaupon ada sesetengah orang (kita ambik artis sebagai contoh) yang semua orang setuju yang diorang cantik (physically), tapi akan tetap ada golongan orang yang anggap artis tu tak cantik.

kalau nak paham dengan lebih mudah, tengok gambar bawah ni :

ni contoh untuk kebiasaa. contoh untuk kebanyakan orang. katakan si polan ni bernama Fasciculata. Fasciculata ni biasa2 je orangnya. tak cantik sangat dan tak hodoh sangat. selalunya, orang anggap dia ni "biasa" or "boleh la...". (golongan dalam kawasan ungu) tapi akan tetap ada orang yang akan kata dia ni cantik giler (golongan yg berada dikawasan merah), dan ada jugak segolongan lagi yang kata dia ni tak lawa langsung (golongan yang berada dalam kawasan biru). cuma golongan merah dan biru ni significally sikit.


yang ni pulak, contoh untuk orang cantik :

andaikan si polan ni namanya glomerulosa. glomerulosa ni seorang model terkenal. semua orang kata yang dia ni cantik. tapi, walau bagaimana pon, akan tetap ada segolongan kecil yang anggap glomerulosa ni tak lawa. walaupon bilangannya tak significant, tapi tetap ada.


ni pulak contoh untuk orang yang ak lawa.

andaikan orang yang tak lawa ni bernama reticularis. reticularis ni memang hodoh giler la. ramai yang cakap dia tak lawa. tapi, akan tetap ada golongan yang kata reticularis ni sangat cantik. cuba beberapa kerat je la yang kata macam tuh... heheh

sebagai contoh, bila aku search gambar "wanita tercantik di malaysia", gambar 1st yang keluar ialah gambar kat bawah ni:
dan bagi aku, perempuan dalam gambar tu tak de la cantik sangat pon. hehehe....




p/s : soalan bonus : siapakah fasciculata, glomerulosa, dan reticularis?


Pha is

Comments

  1. Cantik tu subjektif ke tak nie? hahaha pening..... takpelah be confident , be gorgeous... <--tetibe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. ha ah.. itu yg pnting... hehehe

      Delete
  2. hahaha..kenapa kena letak nama fasciculata, glomerulosa, dan reticularis? sakit perut aku gelak.

    sape 3 orang ni? nak gak tau...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka bertiga ni nama layer bagi adrenal cortex. adrenal cortex ada 3 layer : zona glomerulosa, zona fasciculata, dan zona reticularis.. paper endocrine system and therapy sku belajar sem lepas.. hehehe

      Delete
  3. heh misteri sgt..tau la pharmacist kannn..eh kan omputih ada ckp,beauty lies in the eye of the beholder..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh, tau la english profesional.. hahaha

      Delete
  4. kalau muke cantek tapi perangai harem cmne?hahaha cantek kan subjektif,,tpulang kt memasing kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpulang jugak. kalau muka cantik, parangai harem, tetap cantik kalau buat bergambar... kalau buat bini, tak cantik... hehehe

      Delete
    2. tapi skrg tu sume bkn penting kot,,asal cntik rembat,,haha

      Delete
  5. cantik tu dtg dr hati,cantik hati cantik la seri yg tpncar kt muke tu..
    ramai je ak jmpe ngn org yg xcntik tp ak nmpk cntik sbb ak knal die cmne,ati budi die..sekian..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ko nmpak dia cantik, mana ko tau yg dia tak cantik??? haaaa..!!!!
      hhehehehe

      Delete
    2. sbb bile ak kwn ngn die, bru ak tau ati die xbek..jht,dgki kt org..n etc..sbb tu ade istilah tak kenal maka tak cinta,tak kenal maka tak tau la cantik ke idak ye..haha
      btw,tat's only my opinion.i respect others opinion too :)

      Delete
  6. berbicara soal cantik, teringin saya berkongsi.

    bagi sesiapa yang suka baca novel, sila la baca novel bertajuk LANGSIR BIJI REMIA(karya noor suraya)..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kongsi.. kalau jumpa, nnti beli.. hehehe

      Delete
    2. beli2..konfem x menyesal.

      Delete
  7. HUNTONGLAA CHANTEQUEE!!! lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm hang la.. huntong la hensem...

      Delete
  8. bila cntik fizikal..perangai pon kne cntik jgak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
      Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
      hehe

      Delete
  9. cikgu saya ajar cantik itu adjektif haha XDD

    ReplyDelete
    Replies
    1. adjektif, subjektif, relatif.. semua tu pon boleh.. hehehe

      Delete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi