Skip to main content

Ini Semua Salah Yahudi

sebagai seorang yang agak terlibat sikit dalam dunia perubatan dan kesihatan, kadang-kadang (bukan selalu) aku agak terjengkel dengan fahaman atau sebaran yang mudah sangat disebarkan oleh mana-mana individu tanpa mengira kesahihan dan ketelusan sumber dari apa yang mereka sebarkan, terutamanya berkaitan kesihatan.(paham tak ni?)

banyak kali dah aku terbaca artikel2 kesihatan yang , isinya seolah-olah mengatakan "Ini semua salah yahudi, itu semua salah yahudi, bla bla bla..." kerja nak salahkan yahudi saja!

Ini Semua Salah Yahudi



contoh :
-jangan makan ubat kimia, ini semua rancangan jahat yahudi...
-jangan bagi bayi ambil vaksin. ini semua konspirasi yahudi...
-yahudi tipu kita, dia kata makan kambing tak bagus, padahal itu sunnah nabi. dan sains kata kambing danging paling rendah kolesterol...
-bla bla bla..

aku tahu kita benci yahudi. aku pun benci yahudi. tapi sebelum sebarkan berita, fikir dahulu, betol atau tak apa yang kita nak sebarkan tu.

yahudi punya salah, kambing jadi mangsa



aku bagi contoh. sebagai seorang penggemar daging kambing yang tegar (kalau aku migraine, n nmpak daging kambing depan mata pun, aku balun makan jugak. contoh dalam entri ini) aku agak hairan dengan statement pasal daging kambing tu.

sepanjang pengetahuan aku, tak pernah lagi aku terbaca atau terdengar dari info kesihatan moden/barat/sekular (yang selalunya dikaitkan dengan yahudi) yang kata daging kambing ni bahaya/tak bagus. dan tak juga aku dengar dari mulut seorang yahudi sendiri yang kata makan daging kambing tak elok untuk kesihatan.

sebaliknya, yang selalu berpesan kat aku yang kata daging kambing ni tak elok, banyak lemak, 'panas badan', etc, adalah dari kalangan pakcik-makcik orang melayu kita sendiri. so, siapa yang yahudinya..?

antara lainnya, cuba tengok video ni :



Comments

  1. kambing golek adalah favourite saya.... pantang nampak, confirm balun..hehe

    ReplyDelete
  2. xpernah cuba mkn daging kambing...mesti sedap ya..

    ReplyDelete
  3. Moga2 info ini berguna untuk kita semua

    ReplyDelete
  4. Sekarang ni mendapat maklumat sangat mudah... Yg penting kita kena tau yg mana benar dan yg mana palsu, bukan main sebar dan percaya sahaja.

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya takdak masalah makan daging kambing ni. Yang masalahnya makan terlalu banyak.

    ReplyDelete
  6. hahahha...kann..pernah jugak terpikir macam ni..kesian kambing

    ReplyDelete
  7. Sorry tak dapat tengok video rushing anak nak pergi skolah ni. Tapi kan... Yahudi pun tak makan babi. eh lari tajuk, just nak bagitau I ada kawan yahudi kat sini, sometimes dia tapaukan food from turkish restaurant for me. (matik la kena bahan nannti kawna ngan yahudi).

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... x semua yahudi jahat.. :)

      Delete
  8. Makan apa benda pun, kalau berlebihan sure akan mendatangkan masalah kesihatan termasuklah makan kambing. Selalu yang pesan kat aku jangan makan kambing banyak sangat ni, geng pakcik-pakcik or makcik-makcik yang ada darah tinggi je. Diorang pesan sebab terlebih sayang kat aku kot? hahaha

    ReplyDelete
  9. Agenda mereka (yahudi) mmg dah lama bermulakan.. ia bermula juga dgn maklumat & pemakanan yg salah utk kita semua...

    ReplyDelete
  10. Makan apa2 sekali pun klau banyak automatik blh membawa keburukkan...kan3xx...

    #Xminatlah nak makan dging kambing Bro..

    ReplyDelete
  11. org kita mmg suka share info2 yang mana x tau kesahihan info tersebut...thanks for info

    ReplyDelete
  12. Akak tak reti nak makan kambing sebab baunya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daging kambing setelah dimasak berbau atau tidak bergantung kepada kepakaran orang yang memasaknya.

      Delete
  13. Peringatan yang baik Pha Is..walau sedikit "kasar"..he..he

    ReplyDelete
  14. haha..betul tu..setuju sangat..kadang ini akibat share punya share punya share..terutama kalau info yang disebar melalui facebook.payah nak jumpa yang fakta..

    ReplyDelete
  15. Bermula dari diri kita untuk memulakan apa yang kita pasti 'salah' dan tak patut diteruskan

    ReplyDelete
  16. saya naik meluat dengan orang yg macam ni paiz, nak kata bodoh, sekolah, tapi tulah..nak marah kang, dah besar panjang

    ReplyDelete
  17. Dulu zumal takut makan daging kambing tapi setelah try sekali tak ada apa pun masalah yang timbul jadi sekarang zumal dah jadi penggemar daging kambing ^_^

    ReplyDelete
  18. Tak semestinya jugak , kena kaji dulu ;)

    ReplyDelete
  19. Xpernah makan kambing tp orang kata klu xpandai sembelih ti kambing hanyir...

    ReplyDelete
  20. Orang kita selalu buat perkara tanpa nak fikir panjang. Sometimes benda baik cakap tak baik, yang tak baik itu yang di kira baik.. hurmmm

    ReplyDelete
  21. ramai yang share pasal ni kat fb..
    Ros pula memang tak makan kambing,..

    ReplyDelete
  22. Singgah lagi baca yang ni ... Ingat nak menabung tapi takde iklan yg keluar sekadar burung biru jer duk cik cak cik cak hehe

    ReplyDelete
  23. orang tak berilmu cakap mmg macam tu..tak periksa dulu dan terus je sebarkan..bila tanya tak tahu dan hanya copy paste

    ReplyDelete
  24. org sekarang ni "mudah percaya" apa yg di sebarkan tanpa usul periksa..termasuk akak leww

    ReplyDelete
  25. Kambing sedap. Yang bagus, ikutlah sunnah Rasulullah.

    ReplyDelete
  26. "jangan bagi baby ambil vaksin sebab konspirasi yahudi??" ada ke yang sebarkan camni? KARUT tul la

    ReplyDelete
    Replies
    1. ADAA..!!! saya pernah terbaca artikel tu... sakit hati je baca.. penat2 study farmasi sampai 5 tahun, orang tuduh apa yg kita belajar tu hanya konspirasi.. hmm..

      Delete
  27. Makanan yang dimakan secara berlebihan memang memudaratkan. Saya tak berapa sangat makan daging kambing.

    ReplyDelete
  28. kalau rasa xbetol baik selidik dulu isu2 makanan ni bg yg rajin nk selidik la. kambing kalau masak betul2 xdala smpai pening

    ReplyDelete
  29. Setuju sgt. Kalau semua agenda yahudi (supplemen, vaksin,kambing), kenapa tidak bimbang ttg kewujudan fesbuk yg kita duk update selalu tu, yg duk share berita kurang sahih kurang tepat tu.kenapa dorang tak pk itu juga agenda yahudi?

    Btw, sha minat makan kambing ni..buat sup kambing kaw2, tak pun buat bbq memang terbaik. Hihi

    ReplyDelete
  30. selidik dulu , kalau tak tahu tanya pada yang pakar. banyak sangat orang bijak pandai memutar belit sekarang ni..

    ReplyDelete
  31. kambing grill or steak sedap oooo!

    susah kalau lebih percaya pada org2 share ni tanpa selidik. heh

    tunjuk pandai je

    ReplyDelete
  32. Daging kambing memang bagus...yang bagi pening tu cara masakannya :) Mungkin banyak lemak.

    ReplyDelete
  33. Sangat setuju...kita selalu salahkan orang lain

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi