Skip to main content

feri tsunami - episod 2 (tak yakin)


Tarikh : 11 april 2012
Jam : 5.10 pm
Tempat : jeti pulau langkawi

“wei, aku risau la. serius ke kita nak naik jugak nih?” soal duan tatkala menghampiri feri yang bakal kami naiki. Di hadapan kami sudah ramai yang beratur panjang. Kami bertiga berada di giliran yang paling belakang.

“aku pon tak konfiden jugak.” Balas daus.

“habis tu? Nak tangguh esok ka?” soalku.

“tak tau la.” daus bingung. Aku juga bingung. Duan pon seolah-olah berbelah bahagi. Tak tahu apa yang nak dilakukan. Masing-masing buntu. Serabuat kepala.

“try Tanya brader yang check tiket tu. Tak kan depa tak tau.” Cadang aku, merujuk kepada seorang lelaki berbaju oren di pintu feri. Aku lihat, ada beberapa lagi lelaki yang berbaju sama. Mungkin mereka anak kapal yang bertugas.  

“Hang pi la Tanya” suruh duan pula.

“eh, jom la pi sekali. Hang Tanya, nanti apa-apa, aku back up la.”

Saat tiba giliran kami di pintu masuk feri, duan mula bertanya kepada lelaki berbaju oren tersebut. “abang, tumpang Tanya, tadi ada gempa bumi kat penang. siap ada amaran tsunami lagi. selamat ke nih?”

“tak dak apa-apa kot. Tak payah risau la. tadi kat sini pon rasa jugak gempa bumi tu. Sekarang ok ja. Tak ada apa-apa la tu. Selamat aih.” Balas beliau.  Slumber. Dengan penuh santai. Seolah-olah langsung tiada apa yang berlaku.

Saat itu, aku dan duan saling bertukar pandangan. Aku lihat dia, dia lihat aku. Senyap tak terkata apa-apa. Jujurnya, aku sendiri tak yakin dengan lelaki berbaju oren tu. Duan pula, masih seperti tadi. Masih terlakar perasaan risaunya di raut muka. Langsung tak berkurang. 


bersambung...


sebelumnya : 
Pha is

Comments

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi