22.12.20

Suci dari haidh pada waktu asar dan isyak.


Aku pernah terbaca sebelum ni yang kalau perempuan sudah suci haidh pada waktu asar, wajib solat asar dan qada solat zohor. Begitu juga kalau sudah suci dari haidh pada waktu isyak, wajib solat isyak dan qada solat maghrib. 

Tapi kalau suci dari haidh pada waktu subuh, zohor, atau maghrib, cuma perlu solat waktu tersebut saja, tak perlu qada solat yang lain. 

Dalam erti kata yang lain, kalau suci dari haidh pada waktu kedua dari solat yang boleh dijamakkan (asar / isyak), wajib qada solat yang waktu pertama dari solat yang boleh dijamakkan (zohor / maghrib)

Tapi kenapa?


Hal ini kerana menurut imam An-Nawawi dalam kitab al-Tahqiq, waktu Asar adalah waktu darurat bagi solat Zuhur, dan waktu Isyak adalah waktu darurat bagi solat Maghrib.

Selain itu, para ulama memandang 2 waktu ini (zuhur dan Ashar / Maghrib dan Isya') memiliki keterkaitan dalam waktu, atau dalam istilah fiqih disebut dengan ‘tadaaaruk al-waqt sebab dua waktu ini boleh bergabung dibuat jamak.

Sebab itu kalau suci dari haidh pada waktu zohor, tidak perlu qada solat subuh dan kalau kalau suci dari haidh pada waktu maghrib, tidak perlu qada solat asar kerana dua waktu ini (subuh-zohor dan asar-maghrib) tak ada kaitan.  

Adapun hal ini merupakan pendapat majoriti ulama’, kecuali dari mazhab Hanafi. wallahu a'la wa a'lam.



Sumber dan rujukan

1. Umar Mukhtar Mohd Noor. (2019 Jan 28). Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-287: “Jika Habis Haid Waktu Maghrib, Tidak Perlu Qadha Asar Dan Zuhur”. Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Dipetik dari https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3061-irsyad-al-fatwa-siri-ke-287-jika-habis-haid-waktu-maghrib-tidak-perlu-qadha-asar-dan-zuhur

2. MustaqimJiwa. (2019 may 8). Soalan berkaitan fiqh nisa’. Twitter. Dipetik dari : https://twitter.com/MustaqimJiwa/status/1126045557376425984

3. Alkahfi. (2017 Dec 28).Apakah Perkara-Perkara Yang Diharamkan Kepada Wanita Yang Haidh Atau Nifas? Al Kahfi Services. Dipetik dari https://alkahfi.com.my/apakah-perkara-perkara-yang-diharamkan-kepada-wanita-yang-haidh-atau-nifas/

4. Fazlina. (2019 Nov 30). Normal ke darah beku semasa haidh? Fazlina.com. dipetik dari https://www.fazlina.com/2019/11/normal-ke-darah-beku-semasa-haidh.html



27 comments:

  1. terima kasih atas info...slalu kalau suci waktu asar ammi tak pernah qada zohor tu pun. baru tau info ni...

    ReplyDelete
  2. Ya betul lah macam tu. Bagus pha is belajar sbb bab haid nifas istihadah ni sebenarnya fardu ain, so wajib ke atas kita tak kira llki atau ppuan belajar. Org llki yg ada keinginan kawen kena belajar sbb dia wajib ajar anak2 dia pula nnt.

    ReplyDelete
  3. Terim kasih perkongsian nya.. tbh sy pun suda lupa2 bab ni huhuhu

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum... sihat ke tu? selamat tahun baru ;-)

    ReplyDelete
  5. p/s boleh sy dapatkan nama, alamat surat menyurat dan no. tel kalau awk x keberatan? nanti drop kat komen blog sy ya. jgn risau. sy x publish. terima kasih.

    ReplyDelete
  6. yuhuu..sis JM datang hujung tahun 2020..still remember me?

    ReplyDelete
  7. tahu..sbb ustazah share..terima kasih kongsi

    ReplyDelete
  8. Saya pun baru tau yang ini masa baca di twitter. Ingat lagi ustazah bagitau masa kat sekolah dulu, wajib qadar setiap solat lepas mandi, rupanya ada sesetengah waktu solat sahaja rupanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. x semua waktu solat perlu qada.. hanya yg melibatkan waktu jama' sahaja

      Delete
  9. Lama tak singgah sini..
    Perkongsian yang bagus.. tq

    ReplyDelete