Posts

Showing posts from December, 2020

Suci dari haidh pada waktu asar dan isyak.

Image
Aku pernah terbaca sebelum ni yang kalau perempuan sudah suci haidh pada waktu asar, wajib solat asar dan qada solat zohor. Begitu juga kalau sudah suci dari haidh pada waktu isyak, wajib solat isyak dan qada solat maghrib.  Tapi kalau suci dari haidh pada waktu subuh, zohor, atau maghrib, cuma perlu solat waktu tersebut saja, tak perlu qada solat yang lain.  Dalam erti kata yang lain, kalau suci dari haidh pada waktu kedua dari solat yang boleh dijamakkan (asar / isyak), wajib qada solat yang waktu pertama dari solat yang boleh dijamakkan (zohor / maghrib) Tapi kenapa? Hal ini kerana menurut imam An-Nawawi dalam kitab al-Tahqiq, waktu Asar adalah waktu darurat bagi solat Zuhur , dan waktu Isyak adalah waktu darurat bagi solat Maghrib. Selain itu, para ulama memandang 2 waktu ini (zuhur dan Ashar / Maghrib dan Isya') memiliki keterkaitan dalam waktu, atau dalam istilah fiqih disebut dengan ‘tadaaaruk al-waqt sebab dua waktu ini boleh bergabung dibuat jamak. Sebab itu kalau suci dar

Top referral dari bloglist

Image
Dah lama tak buat entri penghargaan buat blogger yang sudi letakkan blog Hikayat Budak Pening ni kedalam bloglist masing-masing. Jadi, setelah aku godek-godek google analytic, dapat la list beberapa top referral yang bila aku check, referral tu datang dari bloglist diorang. Top referral dari bloglist Kat sini aku listkan beberapa blog yang tersenarai dari carian aku dalam google analytic. Bagi yang tengah ada semangat nak blogwalking, sila terjah mereka. Hehehe..  BLOG CIK TK KARYA KU : PARIDAH ISHAK SO FULL OF MYSELF NOTA FARMASI BLOG MAK BUDAK A.K.A REMAJA PURBA SITI YANG MENAIP Mungkin ada lagi yang telah meletakkan blog Hikayat Budak Pening ni dalam bloglist masing-masing tapi tak tersenarai kerana kurang referral. Aku tetap ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana menyokong blog picisan aku ni. Thanks semua!