Hadiah terbaik dan kurang sesuai untuk lelaki - Hikayat Budak Pening Hikayat Budak Pening: Hadiah terbaik dan kurang sesuai untuk lelaki

1.10.20

Hadiah terbaik dan kurang sesuai untuk lelaki

Dalam asyik aku menatal* laman twitter, tiba-tiba aku terjumpa 1 tweet tentang promosi penjualan 1 set combo beg duit dan jam tangan lelaki. Ada seorang perempuan komen katanya kalau dia ada BF, mesti dia dah hadiahkan set kombo tu.

The best and the worst hadiah untuk lelaki



Bagi pendapat aku la, set tu adalah kombo antara the best dan the worst hadiah untuk lelaki. Hadiah yang mana satu the best dan yang mana satu the worst?

Hadiah kurang sesuai untuk lelaki – beg duit

Bagi aku la, beg duit ni hadiah yang paling kurang sesuai bagi sesetengah lelaki. Sebabnya, kalau korang hadiahkan dia beg duit yang baru, dia terpaksa buang beg duit yang lama semata-mata untuk gunakan beg duit yang baru tu. 

Ada sesetengah lelaki yang susah nak tukar beg duit. Dia sayang nak buang beg duit yang lama walaupun dah lusuh. Setia la katakan. Contohnya macam aku ni la. 

Hadiah terbaik buat lelaki – jam tangan

“As women can never have too many shoes, men can never have too many watch”

Jam tangan adalah hadiah yang terbaik buat lelaki. Sebabnya, untuk gunakan jam tangan yang baru, lelaki tak perlu buang jam tangan yang lama. Dia boleh gilir-gilir tukar jam tangan setiap hari. Malah, dia boleh simpan buat koleksi!

koleksi jam tangan aku

Lagipun, sekarang ni banyak jam tangan yang boleh ukir atau pahat apa-apa ayat yang kita nak. Kata-kata ke, nama ke, Tarikh ke, semua boleh. baru memorable. 

tarikh nikah

kata-kata

Sekali lagi aku ingatkan, ini Cuma pendapat aku. Mungkin lain lelaki ada lain pendapat dan preference. 


*Menatal : (Komp) menggerakkan paparan teks (baris demi baris atau halaman demi halaman) pd skrin paparan ke atas atau ke bawah secara beransur-ansur; [Kamus Dewan Edisi Keempat]


33 comments:

  1. ramai perempuan yg tak suka tukar dompet, tapi suka tukar handbag...jam tangan mmg hadiah terbaik..suka buat koleksi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam lelaki jugak la yer... tapi dompet perempuan penuh dengn resit je.. hahahaha

      Delete
  2. BERI JA HADIAH JAM TANGAN KAN SEKURANG-KURANGNYA PENERIMANYA TAU PEMBERINYA AMAT MENGHARGAI MASA

    ReplyDelete
  3. Tak mau dah belikan untuk husband dua benda tu.
    Dahulu kala pernah beli tapi dia tak minat katanya bukan cita rasa dia sobs...sobss...sobs...

    ReplyDelete
  4. Naik sawang dah blog ni faiz. Hahaha... Nasib baik dah update.

    ReplyDelete
  5. part beg duit tu setuju. mcm en.suami sendiri pun mmg dia sygg kalau nak tukar beg duit baru even dh lusuh..sbb tahap keselesaan dgn beg tu dah ada. selagi boleh guna mmg akan guna. yg beg duit baru tu simpan sampai kdg2 terlupa letak di mana haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la tuh.. sampai dah lusuh pun still susah nk tukar beg duit. kalau ada beg duit baru, kena tunggu sampai pemilik bersedia untuk tukar, baru dia akan tukar..

      Delete
  6. Betul sangat. Wallet hanya boleh jadi hadiah jika wallet tuan punya dah teruk sangat. Itupun kena tanya tuan punya badan dulu. Kalau jam tangan tu, ada banyak pun takpe šŸ¤£

    ReplyDelete
    Replies
    1. part kan tanya dulu tu mmg betul.. kna betul2 bersedia utk tukar baru hadiah beg duit tu akan digunakan lelaki tu..

      Delete
  7. saya bukan seorang yang pandai memilih + sebab semua barang suami yang pilih termasuk barang saya dan anak-anak. So bila nak beli barang suami, memang ajak dia pergi pilih sendiri je..hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tu lebih senang.. cuma dah tak surprise dah la..

      Delete
  8. Cantikla case untuk letak jam tu. Beli kat mana wak? Nak belikan untuk suami la, jam banyak sangat tapi duduk merata sana sini..ada case terjaga sikit kot nanti

    ReplyDelete
  9. Betul tu Pha Is, zumal pun kekadang suka jam dari beg duit. Beg duit kalau dah hancur baru tukar

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi macam saya, kalau hancur pun susah nak tuka jugak... sayang.. hahahaha

      Delete
  10. Dompet pun ok bg sis provided dompet lama dh lusuh. Hadiah jam memang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi macam saya kalau beg duit lusuh pun kadang2 sayang nak tukar..

      Delete
  11. sy plak suka kasi lelaki brg yg sy suka. lantak laa dia suka ke x janji sy suka hahahahahaha so apa kata lelaki?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana boleh macam tu.. kesian lelaki tu.. hahahaha

      Delete
  12. Senang kalau tahu apa suami suka. Tp tu la laki gak mudah bagi apa pun bini tak pernah tak suka. Hehe

    ReplyDelete
  13. Logik. Sebab Tu mama belikan beg gldompet kat en hubby bila tgk wallet dia dah nazak je

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung suami mamapp, asal wallet nazak je, terus dapat yg baru..

      Delete
  14. Hari ni, saya belajar perkataan baru - "menatal".

    Entri menarik untuk memberi hadiah kepada lelaki daripada sisi pandang seorang lelaki.

    ReplyDelete
  15. Orang ponpuan suka beg banyak jenis. Hahaha. Boleh tukar tukar.

    Orang laki sebaliknya ya.

    Jam tu sesuai untuk bagi hadiah

    ReplyDelete

Hikayat Budak Pening © . Designed by MaisarahSidi.com