Abang, ni cantik tak? - Hikayat Budak Pening Hikayat Budak Pening: Abang, ni cantik tak?

8.7.20

Abang, ni cantik tak?

"Abang, ni cantik tak?"

Soal isteri aku sambil menunjukkan skrin telefonya yang tertera gambar seorang perempuan. Aku belek gambar tersebut atas dan bawah sambil cuba menghadam soalan isteri aku. Apa yang dia nak?



Jawapan yang tersilap


"Hmm.. Cantik la jugak." Balas aku. "Siapa perempuan tu? Kawan ke?" Soal aku kembali. 

"Eee... Abang ni. Biy tanya pasal baju la, bukan orang tu" Sambil dicubitnya aku.

Rupanya jawapan aku silap gais. hahahaha.. Mana la aku tahu yang dia maksudkan cantik tu, baju. Aku ingatkan tu gambar kawan dia. Adoiyai.. 

Jawapan yang betol


Jawapan yang harus aku balas sepatutnya macam ni : "Cantik. Nak beli online ke? meh abang bayarkan."

haaaa... betul tak?




p/s : lama betul tak update blog.. bersawang teruk. sampai inter-phase  dashboard dah berubah banyak, aku pun pening nak tulis entri.



11 comments:

  1. Terpesona tenguk pic cantik sampai terlupa nak faham maksud sebenar suri hati ya phais

    ReplyDelete
  2. Pengajaran nyer... Jangan jawab soalan isteri serta merta. Hadam kan dulu soalan mereka. Boleh jadi itu trick question. Hahaha...

    ReplyDelete
  3. haha..semuanya cantik...baju, tudung, handbag, orangnya..

    ReplyDelete
  4. Apa yg ada dlm fikiran org lelaki mmg jauh dari apa yg ada dlm fikiran org ppuan.

    ReplyDelete
  5. Lain kali pompuan ni kena cakap direct.. Apa yg cantik tu? Miscommunication ni.

    ReplyDelete
  6. hahahahaha think i would ask the same question.. siapa org tu?? lol

    ReplyDelete
  7. Kalau saya pun saya tak tahu dia rujuk pada baju.. haha

    ReplyDelete
  8. Mmg cantik pun.. eh! hahaa. Salam ukhwah selalu PhaIs :D

    ReplyDelete

Hikayat Budak Pening © . Designed by MaisarahSidi.com