13.10.20

Antara Bobber dan Sportbike

Dah lama rasanya tak tulis pasal motor. Kali terakhir aku ride pun dah dua tahun lepas (rujuk entri ini). Motor Yamaha YZF-R25 aku sekarang ni pun tengah dalam perancangan untuk trade in dengan Yamaha MT-15 yang dijangka masuk Malaysia bolan November 2020 nanti. 


Downgrade dari 250cc kepada 150cc sbb nak rehat kejap dari dunia permotoran. Tumpu kepada keluarga dulu. Nanti lepas Anak dah besar sikit, kewangan pun dah stabil, baru nk angkat motosikal cc besar balik. 

Yamaha MT-15

Cumanya sekarang ni aku berbelah bahagi. Nanti bila dah ada masa dan komitmen kewangan dah okay sikit, aku berbelah bahagi nak beli moto yang mana satu. Antara motosikal jenis Bobber bike dan sport bike.

Antara Bobber dan Sport bike

Hidup ini selalu sangat membuat kita memilih antara dua kan? Antara keseronokan adrenalin rush layan korner dengan motosikal sport bike, atau ride rilex santai-santai layan makan angin dengan bobber. 

sport bike


Lepas aku angkat Yamaha YZF-R25, hati aku terus tersangkut dengan motosikal katagori sport bike ni. Moto yang paling aerodynamic. Moto yang dicipta untuk kelajuan tak kira di jalan lurus mahupun di selekoh.

Honda CBR650R

Kelebihan motosikal jenis ni, semestinya lebih laju, boleh layan korner sambil rasa adrenalin rush dalam badan. Contohnya yang aku tengah ushar sekarang, Honda CBR650R. Dengan bunyi enjin 4 silinder, fuh! Berdengung! 

Moto ni dia tak makan angin, tapi dia makan korner. hahahaha

Bobber



Tapi semenjak dua menjak ni, hati aku mula minat kearah motosikal jenis bobber. Motosikal yang kurang mementingkan aerodynamic kerana ianya dicipta bukan untuk kelajuan tetapi untuk ride santai rilex makan angin.

Harley-Davidson Sportster Iron 883

 

Kelebihan motosikal jenis ni, boleh ride slow sambil layan perasaan makan angin. Kalau nak bawak pembonceng pun tak menyeksakan. Contoh yang tengah aku ushar sekarang, Harley-Davidson Iron 883. Dengan bunyi enjin V-twin, fuh! bergetar!

Kawasaki Vulcan S

Contoh lain, macam Kawasaki Vulcan S. Yang ni walaupun Nampak lebih lawa dan harganya lebih murah, tapi aku kurang berkenan dengan enjin parallel twin. Bunyi enjin kurang sedap. 

Kalau korang pilih yang mana?


61 comments:

  1. kawasaki vulcan tu nmpk ok designnya...Chopper tu mmg sesuai utk slow ride, makan angin, selalu nmpk dlm US movie..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. chopper tu adik beradik bobber la lebih kurang..

      Delete
  2. naik moto kena panaih n ujan phais

    ReplyDelete
  3. semuanya cun... poket je yg x berapa nak cun kannnn hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah..cita cita free nanti nk miliki kita citer balik..heheh

      Delete
    2. bro, kalau utk ladies yg kaki pendek sesuai ke? teringin laa tp tinggi 150 ja

      Delete
    3. dear anies, bab poket tu buat masa sekarang ni memang x boleh nak buat apa.. tunggu lagi 2-3 tahun, insyaAllah... hehehe

      Delete
    4. yongayuni, nanti bila dah beli saya cerita balik yer.. hehehe..

      kalau kaki pendek, bobber ni memang sangat-sangat sesuai sebab dia jenis moto yg rendah2 je.. tu antara kelebihan bobber..

      Delete
    5. insya allah ada rezeki pasti x ke mana...

      Delete
  4. Mama tak berapa reti pasal motor.. semua nampak lawa

    ReplyDelete
  5. Kalau ada duit bolela buat pilihan mwngikut selera kita, takde duit dok la ontok2, pandang2 jelah..mcm akk nilah, sian nengok anak nak belikan tapi takdo duit..huhu..

    ReplyDelete
  6. elok 150cc tu.. ride dekat2 okay kot

    ReplyDelete
  7. fuhhh..saya pilih kawasaki vulcan..hihihi

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. ish, tu la.. berbelah bahagi.. itu cantik, ini cantik.. hahahaha

      Delete
  9. abe kie naik Honda Wave Alpha aje. Layan kapchai je sbb usia dah semakin senja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun skrg pakai honda wave 125x je.. dah 10 tahun pakai masih reliable.. hehehe

      Delete
  10. Saya tak reti nak pilih yang mana. Elok lah Pha Is sekarang ni beri tumpuan kewangan untuk keluarga.

    ReplyDelete
  11. Bobber ni nampak classic style pun santai2 layan angin. Hehe kami lebih pada touring. Skrg 650 nak kejar ke 900 pun tengah kira kira ni kalau cukup jalan 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh.. ni mesti dari kawasaki versys 650 nak kejar yamaha mt09 tracer..

      Delete
  12. wah,kalau ada duit
    boleh beli sebiji ni,
    hihihi...

    ReplyDelete
  13. Tengah tunggu MT15 jugak ni. Waduh...lamakah lagi. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. x tau la.. katanya bulan november.. tapi berapa hari bulan tu x tau la.

      Delete
  14. nk beli r25 tp ramai kata menyesal sebab xlaju dab xleh pegi. so bg sedekit pengalaman pngguna r25 adakah berbaloi dgn harganya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far say apakai okay ja.. laju2 sangat nak pergi mana? hahaha.. okay la top speed standard boleh pergi 180++... nak menyelit pun senang sebab x besar sangat. nak layan korner pun best, kalau stakat jalan cameron or karak okay ja..

      berbaloi dah la tu..

      Delete
  15. Saya suka tengok orang ride motor macam chopper tu, relax je overtaking kat highway.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. best je tengok diorang kat highway, santai je walaupun laju..

      Delete
  16. Suka motor motor tu tetapi saya guna Suzuki . . . kereta . . .

    ReplyDelete
  17. skrang xleh nak ride sngt daaa jadi deddy hehe..

    ReplyDelete
  18. Bobber tu pun nice.. macam sesuai bawak santai2... Rilek2 bawak sudahhh. Tak perlu laju2 sangat, laju2 ni bahaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. santai2 rilex2 ja.. jalan2 makan angin..

      Delete
  19. unfortunately idk anything about bike hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tahu kahwen nanti dengan lelaki yg minat pasal bike, hehehe..

      Delete
  20. dh tiba masa kena korban kan apa yg kita suka bila anak dh start sekolah.. lg byk duit nk pakai

    ReplyDelete
  21. Lawalah Yamaha MT-15 tu...
    Tak pandai sangat pasal motor ini tapi suka tengok design-design motor nie..

    ReplyDelete
  22. entah knapa sy teringat sedara sy. ms sy kecik dia keje singapore. bla blk kg bw motor besar. dlm kg tu mmg x de sapa pakai motor mcm tu kecuali dia. wpn x penah naik motor dia tp sy tumpang bangga hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam awie dalam hantu kak limah balik rumah ja.. keje supervisor kat singapore, bawak balik harley..

      Delete