Posts

Showing posts from June, 2019

Dashing Deo + Perfume Body Sray Untuk Lelaki

Image
Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin. Oleh itu, menggunakan minyak wangi badan supaya berbau harum dan deodoran agar kekal segar dan menghindar bau badan sudah menjadi satu kemestian buat si jejaka. Terutamanya bagi mereka yang bergelar rider seperti aku. Pagi petang pergi balik kerja dengan motosikal akan membuatkan badan lebih senang dan cepat berpeluh dan berbau. Tetapi, menggunakan dua produk bagi memastikan kami tampil berbau hebat dan segar sebenarnya amat mencabar! Adalah mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja. Minyak wangi sememangnya lebih mahal, sebab itu sesetengah lelaki seperti aku hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan. Kami tidak menggunakan

Beraya dan walimah

Image
Rasanya masih belum terlambat untuk publish entri berkenaan hari raya, walaupun hari ni dah 7 syawal 1440H. hehehe.. so, dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidin Wal Faizin, Taqabbal Allahu Minna Wa Minkum, Maaf Zahir Dan Batin! Taqabbal Allahu Minna Wa Minkum Maksud : Semoga Allah menerima (puasa dan amal) dari kami dan (puasa dan amal) dari kalian." “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila bertemu di hari raya, mereka mengucapkan kepada sebagian lainnya: taqabbalallahu minna wa minka,” (Ibnu Hajar Al Asqalani dalam kitab Fathul Baari)* Photoshot raya tahun ni juga, firts time aku berphotoshot raya di studio. photoshoot ramai-ramai satu keluarga belah isteri. sempena penambahan beberapa ahli keluarga katanya. hehehe.. raya pertama bagi Ali. nak ambil gambar pun masih meragam. sabor je la. Beraya dan hadiri walimah Alhamdulillah, aidilfitri tahun ni sempat beraya rumah keluarga dan sahabat, era