Dashing Deo + Perfume Body Sray Untuk Lelaki - Hikayat Budak Pening Hikayat Budak Pening: Dashing Deo + Perfume Body Sray Untuk Lelaki

15.6.19

Dashing Deo + Perfume Body Sray Untuk Lelaki


Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin. Oleh itu, menggunakan minyak wangi badan supaya berbau harum dan deodoran agar kekal segar dan menghindar bau badan sudah menjadi satu kemestian buat si jejaka.

Terutamanya bagi mereka yang bergelar rider seperti aku. Pagi petang pergi balik kerja dengan motosikal akan membuatkan badan lebih senang dan cepat berpeluh dan berbau. Tetapi, menggunakan dua produk bagi memastikan kami tampil berbau hebat dan segar sebenarnya amat mencabar!

Adalah mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja.

Minyak wangi sememangnya lebih mahal, sebab itu sesetengah lelaki seperti aku hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan. Kami tidak menggunakan minyak wangi untuk haruman hebat sebab kos minyak wangi yang lebih tinggi.

Pastinya lebih bagus dan ideal kalau mempunyai semuanya dalam satu! Ringkas, mudah, dan cepat, thant’s the dream!

Semburan deodoran + wangian badan yang petama!



Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki, DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan untuk memberikan penyelesaian muktamad, DASHING melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari.

Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU botol! Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari. Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan.

Semburan deodoran biasa selalunya hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala DASHING DEO + PERFUME baharu ini berada dalam liga tersendiri. Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh meyembur sehingga 880 semburan, oleh itu tahan sehingga 146 hari!

Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN!

Kaum lelaki kini boleh menikmati semua manfaat DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana sahaja anda pergi

DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY variasai:



DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY kini hadir dalam variasai:

HATTRICK - Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.

ULTIMATE KICK - Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.

SPEED - Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.

HITMAN - Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

Dashing deo + perfume body sray untuk lelaki sebenar



DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada RM12.20. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian.

Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING sila layari laman Facebook DASHING di, https://www.facebook.com/Dashing.MY/ dan Instagram di https://www.instagram.com/dashing_my/.


Tentang WIPRO UNZA


Sejak tahun 1980 WIPRO UNZA telah berjaya membina portfolio yang luas sebagai jenama penjagaan diri dan produk isi rumah di pasaran Asia. Mempunyai ibu pejabat di Singapura, WIPRO UNZA telah mengeluar dan memasarkan jenama ke seluruh 50 wilayah di dalam Asia Tenggara, China dan kawasan lain.

WIPRO UNZA mempunya 24 jenama di bawahnya. Antara jenama terkemuka keluaran WIPRO UNZA adalah ENCHANTEUR, SAFI EVERSOFT, DASHING, CARRIE, ROMANO dan AIKEN.

Kebanyakan produk WIPRO UNZA kini berdiri teguh sebagai peneraju pasaran disebabkan jenama yang terhasil direka khusus dan dicipta untuk pengguna Asia.

37 comments:

  1. ELOKLAH BERWANGI WANGI SENTIASA SUNAT TU

    ReplyDelete
  2. wangian dashing mmg x menghampakan..suka bau dashing nie

    ReplyDelete
  3. Tau taknduku Masa sekolah maa.guna dashing Tau hha

    ReplyDelete
  4. dulu sy ckp suka bedak dashing wangiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi yg ni bau dia lain sikit dari bedak dashing..

      Delete
  5. Suka dengan bau Dashing baru yang ni.

    ReplyDelete
  6. Lagi dashing lah bikers2 itu . . .

    ReplyDelete
  7. Saya nak try cari nanti la, suami suka pakai dashing ni..

    ReplyDelete
  8. Dashing ni mmg best.. bau wangi. Pakai pun terasa macho je :)

    ReplyDelete
  9. Dashing antara brand yang ok dan mampu milik.

    ReplyDelete
  10. biasa deo ni bau kuat..x berapa suka pakai hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni ada 4 pilihan.. saya skrg pakai yang "hitman" tu macam ok je..

      Delete
  11. Wow entri ni khas untuk para lelaki, iklan percuma bagi pihak Dashing :)

    ReplyDelete
  12. bau dia kuat x? sy kurang sikit deo yg bau kuat ni macam rexona wuuuu..tajam menusuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada 4 pilihan.. saya try yg hitman tu macam okay, x kuat sangat

      Delete
  13. Ingatkan nak beli untuk suami haritu tapi bila pergi kedai, dia nampak tak berminat pun..kensel terus

    ReplyDelete
  14. baca tajuk..'untuk lelaki' terus scroll laju laju sampai ke kotak komen hihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai je perempuan yg pakai deodorant lelaki.. boleh ja.. heheeheh

      Delete
  15. tunang suka pakai adidas punya.. tak bau garang

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak bau garang belum tentu dia tak garang.. hehehehehe

      Delete
  16. Suka la Dashing baru ni tak perlu beli deodoran dah

    ReplyDelete

Hikayat Budak Pening © . Designed by MaisarahSidi.com