17.7.19

Pilihan motosikal harian ke tempat kerja

Sekarang aku pakai motosikal Yamaha YZF-R25 untuk ulang alik ke tempat kerja. Sehari pergi balik dalam 80km dari Georgetown ke Kepala Batas penang, melalaui jambatan Pulau Pinang. Sejak mileage motosikal aku pun dah lebih 80,000 km, macam-macam pulak dia buat hal. Sekarang ni, dah mula timbul symptom valve sompek.


Cadangan bini aku, supaya aku tukar je ke motosikal baru. R25 aku tu dah teruk aku lenjan. Ride zaman bujang sini sana, siap dah pernah sampai valve pecah. Mungkin sebab cara pemanduan aku yang agresif kot.

Pilihan motosikal harian ke tempat kerja


Jadi, sekarang tengah survey-survey motosikal yang mungkin aku nak tukar dari R25 aku tu. Ciri-ciri yang aku pilih antaranya :

-250cc kebawah
-1 silinder (jimat servis minyak hitam, jimat mentainance untuk sparepart enjin)
-Bukan sport (sebab saja nak tukar selera dari R25)
-Motosikal yang sesuai letak box
-Motosikal sesuai pakai helmet fullface (sayang helmet fullface sebab hadiah dari isteri)

Maka berikut antara motosikal yang aku dah short list kan..

1. KTM Duke 200



2. Kawasaki Z250 SL



3. Yamaha FZ150



4. Modenas(Bajaj) Pulsar NS200



6. Honda RS150




Kalau korang macam mana?

48 comments:

  1. tak tahu nak kata.dah lama terpaksa pencen ride nih

    ReplyDelete
  2. Hmmmmmm... Teringin sgt...tp xpandai nak maintain

    ReplyDelete
    Replies
    1. mentain kalau biasa2 macam minyak itam tu senang ja,,.. yg nk pening kalau benda2 yg mileage 10k keatas.. contoh macam rantai, plug, valve clearance, etc..

      Delete
    2. Noted, thanks for info.. Boleh dah nk try usha2 yg mana pilihan dihati.

      Delete
    3. wow, reply komen.. siapakah gerangan si anon ini? hahahaha

      Delete
  3. FZ dah tak keluar yang baru rasanya. Mostly banyak yg 2nd hand. Tp utk jalan jauh lebih bagus kalau dpt motor bertangki besar. Tak perlu nak isi minyak 2 kali sehari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. la, yer ke... baru tau.. thanks atas info..
      pasal tangki tu, antara faktor kenapa nk pilih moto yg tangki kat depan instead of bawah seat (moped).. supaya tangki besar sikit, x perlu selalu sangat isi minyak,.

      Delete
  4. kalau sis JM..beli yang mampu milik..kalau body kacak bergaya tapi pitih dok cukup telan liur jek la

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far yg tersenarai tu semuanya dalam bajet.. hehehe

      Delete
  5. huishhh hebat2 motornya. sy tahu membonceng ja.. bawa basikal pun x lepas apatah lagi motosikal haha

    ReplyDelete
  6. saya jalan kaki je g keje hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow.. bestnya.. jimat duit.. mesti dekat.. pergi balik kerja pun x makan banyak masa..

      Delete
    2. jln kaki dr parking ke opis hehehehhe

      Delete
  7. Byk guna honda tu. . Tpi kawasaki tu smart..

    ReplyDelete
  8. Wah byknya model Moto..mama x berapa reti pasal moto.basikal Tau lh hihi

    ReplyDelete
  9. kita masih setia dgn en kriss....kihkihkih

    ReplyDelete
  10. perghhh bawak lasak ni.. tambah2 nk masuk bridge dgn jalan tak rata

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. sampai dua komen ni nk kejar top komentator ke aper nih.. hehehehe

      Delete
  12. Semuanya ok. Kalau semua within budget, tengok pula harga servis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. servis selalunya x ada masalah.. yg nk ada masalah kalau barang rosak, nk cari sparepart..

      Delete
  13. Zumal pun berkenan Pulsar tu tapi selalu hadapi kesukaran nak langkah moto dengan kaki bermasalah ni

    ReplyDelete
  14. sis JM x de pilihan..kereta jek pilihan hati 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang yg x tahan jemm macam saya akan pilih moto..

      Delete
  15. Amacam on x on? Kawasaki Z250 SL

    ReplyDelete
  16. Jauh jugak tu bro 80km ulang alik keja hari². Fuhh.

    Suami pakai ER6 650 rasanya. Warna hijau. Tapi dah jual dah BP 😂

    Ada rezeki beli yang lain pula

    ReplyDelete
  17. lack of safety
    .

    ride carefully bro

    ReplyDelete
  18. Salam, dah beli blom moto baru utk gantikan R25

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. blom lagi.. masih berbelah bahagi, sayang nak jual r25

      Delete
  19. ok ke r25?saya tiap minggu ulang alik kL-kelantan. tukar2 kadang2 dgn kereta kadang2 dgn moto ysuku. ysuku slow sangat r25 ok x?tgh pk..tkut beli menyesal je..ok x jln jalan, setakat ni ysuku lasak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. r25 dengan ysuku beza kelajuan ada la sikit, x banyak. cuma kalau pakai r25, bila koner2 seronok la sikit boleh layan korner. kalau jalan straight, lebih kurang je dengan ysuku, cuma laju sikit je la r25 ni..

      Delete
  20. pulsar ns200 la bro.. jimat minyak.. maintain murah.. letak box trus nmpk touring bike.. laju boleh tahan la 150kmh tu dpt lagi..

    ReplyDelete