24.7.19

Setelah Terlafaznya Akad | Rujuk Adalah Hak Suami

Setelah Terlafaznya Akad


Baru-baru ni dalam drama melayu “Setelah Terlafaznya Akad” lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose, timbul satu isu yang boleh mengelirukan para penonton dari segi pemahaman berkenaan talak dan rujuk.

setelah Hannan (lakonan Kamal Adli) menceraikan isterinya Nawal (lakonan Uqasha Senrose), semasa dalam iddah, Hanan ingin rujuk semula tetapi Nawal tidak mahu. Maka terjadilah adegan-adegan romantis Hannan yang cuba memujuk Nawal untuk kembali rujuk semula.

Hak rujuk adalah pada suami




Dalam islam, apabila bekas suami ingin merujuk semula dengan bekas isterinya yang sedang dalam iddah, pasangan tersebut dikira sudah pun rujuk walaupun isteri menolak untuk dirujuk. Makna kata, rujuk adalah hak suami, dan bukan hak isteri.

Dalam kes drama Setelah Terlafaznya Akad ini, apabila Hannan menyatakan dengan lafaz bahawa dia nak rujuk dengan Nawal, secara automatik diorang bukan lagi bekas suami isteri tetapi sudah menjadi suami isteri yang sah yang sudah rujuk.

Kelemahan Drama Melayu


Ini antara kelemahan drama melayu yang aku Nampak sering mengabaikan perincian-perincian yang penting. Yang mereka tahu nak romantic 24 jam walhal bab talak dan rujuk ini boleh mengelirukan masyarakat yang menonton.


p/s :
aku selalu keliru dengan nama watak Nawal dan Hanan. Sebab selalunya Hannan tu nama perempuan dan Nawal tu nama lelaki. Tapi dalam cerita ni terbalik!


Sumber dan rujukan :
1. Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2015 Dec 2). Garis Panduan Ber`Iddah Bagi Wanita Yang Bercerai Atau Kematian Suami. Dipetik dari http://www.islam.gov.my/rujukan/garis-panduan/124-garis-panduan-ber-iddah-bagi-wanita-yang-bercerai-atau-kematian-suami
2. Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2018 Jun 11). IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-229b : BOLEHKAH BEKAS SUAMI TINGGAL BERSAMA ISTERI SEMASA IDDAH?. Dipetik dari https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2459-irsyad-al-fatwa-siri-ke-229-bolehkah-bekas-suami-tinggal-bersama-isteri-semasa-iddah
3. Geng Muslim. (2018 Sep 26). Isteri Tiada Hak Utk Menolak Bila Suami Rujuk, - Dr. Maza. Dipetik dari https://youtu.be/NRk-dxgm7Pg

34 comments:

  1. terima kasih kerana menulis mengingatkan kembali pelajaran ini. Drama melayu yang ini cik azue belum sempat tengok lagi, nanti lah kalau senang2 cik azue try tengok, best ke tidak jalan cerita nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan la jalan cerita drama ni sampai saya pun terjebak.. hehehe

      Delete
  2. Terima kasih atas peringatan.
    Mrs. A follow drama ni tapi bab rujuk semula tu hak lelaki serius terlepas pandang yang Mrs. A ingat dalam iddah ada rujuk perkataan (itulah yang Hannan buat) dan ada rujuk perbuatan. (kalau tak cakap pun tapi ada hubungan intim).

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul dah tu kalau bab rujuk tu.. tapi berbeza2 sikit ikut mazhab.. ada yang kena lafaz jugak baru boleh.. ada yang berpendapat jimak sudah dikira rujuk.

      yg penting, point saya disini kalau cerai talak dan masih dalam iddah, kalau suami nak rujuk, isteri tak ada hak untuk menolak.

      Delete
  3. Drama tv selalu mengelirukan faktanya kan tapi minat juga nk tenguk

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu kalau nk tengok kena berhati-hati.. takut terkeliru..

      Delete
  4. setuju bab ini. terpikir juga diorg sebenarnya dh rujuk ke belum. sbb nawal pun masih mengandung time di ceraikan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nawal mengandung cuma melambatkan proses tamatnya iddah sebab sepatutnya kalau tak mengandung, tiga kali suci. tapi sebab dah mengandung, iddah sampai bersalin.

      isu sama ada rujuk atau belum adalah kerana nawal menolak apabila hannan nak rujuk semula, yang sepatutnya nawal tak ada hak untuk menolak. kalau hannan nak rujuk, otomatik dikira dah rujuk.

      Delete
  5. Nice sharing Pha Is... Tapi Zumal ada kawan perempuan nama Nawal tapi hilang mana tak tau la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba la cari balik, zumal.. Mana tau kot2 jodoh.. Eh... Hahahha

      Delete
  6. Saya kurang tngok tv, tp klu isteri atau anak2 mesti ada tngok ni. Risau juga bab2 keliru fakta ni especially yg berkaitan agama dan anak2 yg tengok.. nnti dia org pun keliru kita tak sedar. Thanks sharing bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Smoga kita semua terpelihara dari pemesongan ilmu dn fakta.
      U're welcome...

      Delete
  7. aduiii sejak bila pha is layan drama ni...hahaha

    ReplyDelete
  8. tak sempat layan drama sekarang ni...entahla

    ReplyDelete
  9. Oh, baru tau rujuk tu atas hak suami. Thanks sharing ye..

    ReplyDelete
  10. Dia boleh cerai, dia boleh rujuk, lelaki boleh abuse hak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi.. hahahah.. kalau nak berpisah tapi x mau dirujuk, perempuan boleh minta fasakh dengan mahkamah. tak perlu tunggu lafaz cerai suami dan bekas suami pun tak boleh nak rujuk semula. cuma kena alasan yang kuat la..

      Delete
  11. Itulaah kan kalau nk buat drama berkaitan kahwin cerai rujuk ni better tanya yg pakar dulu bukan apa..buatnya org x tahu org yg cetek ilmu mcm JM ni mesti ckp x boleh sbb dpm iddah..adehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. x kiara bidang apa sekalipun, kena rujuk orang yg ahli.. contoh lain dalam bidang perubatan.. macam2 benda pelik2 yg orang drama buat dalam wad yg tak masuk akal.. hmm..

      Delete
    2. dalam iddah boleh dirujuk, subab tu antara hikmahnya wujud idddah, supaya suami boleh rujuk balik dalam waktu tu..

      Delete
  12. memang.. tapi mestila yang diceraikan ada rasa marah dan ego.
    itula jadinya xmau ke apa ke semua tu. sedap2 cerai nak rujuk suka2 hati gak..

    cuma bab hukum kita kena ikutla kan xleh main2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..
      hak merajuk, marah, etc, tu masih pada isteri.. hehehe..
      cuma hak rujuk tu je...

      Delete
  13. not really a fan of Malay drama hehehe
    great sharing tho

    ReplyDelete
  14. kdg kn sy geram jg laa jenis drama yg tangkap muat je ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu banyak yg silap fakta terutamanya pasal kesihatan bila ada scene kat hospital.. Itu mungkin boleh dimaafkan sebab x semua orang tahu.

      Masalahnya ini ilmu fikah, nak tak nak, semua orang kena ambil tahu..

      Silap bagi fakta. Masyarakat salah faham. Bahaya...

      Delete
  15. talak perlu persetujuan dua pihak..

    so tak nak...tak jadi juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Talak x perlu persetujuan isteri pun. Kalau isteri x nak talak, tapi suami dah lafaz talak, tetap jatuh talak... Sama ada isteri nak atau x nak cerai, jadi jugak perceraian tu..

      Delete