4.9.19

Cara claim kemalangan dari kenderaan tanpa insuran


Minggu lepas masa aku balik dari kerja, aku kemalangan. Agak teruk juga la. Moto R25 aku si #GadisBertudungBiru sampai pecah cover set fairing sebelah kanan. Aku pulak, merasa la naik ambulan ke hospital sebab disyaki kaki patah. Nasib baik lepas x-ray rupanya tak ada apa-apa.


Bertambah malang, kereta Volvo lama (yang body keras tu) yang langgar aku tu rupanya tak ada road tax. Tak boleh nak claim insuran dia la. Memang kena claim insuran sendiri la. Habis NCD aku.



Cara claim kemalangan dari kenderaan tanpa insuran


Aku pun cari kot-kot ada cara nak claim kemalangan kalau dilanggar kenderaan yang tak ada insurance. Ada tu memang la ada, tapi ada kelemahannya jugak kalau nak buat cara ni. Susah. Ada 2 cara kalau korang nak buat. 

Claim dengan MIB (Motor Insurers’ Bureau)



MIB ni biro yang ada dana khas untuk melindungi pengguna jalan raya yang dilanggar kenderaan yang tak ada insurans. Antara info tambahan pasal MIB ni adalah :

1. Claim MIB boleh buat sendiri atau melalui peguam.
2. MIB tidak terima kes langgar lari. Mesti tahu nombor plat kenderaan yang melanggar.
3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian.
4. Jika kita lantik peguam dan mahu saman kenderaan melanggar itu, mesti maklumkan kepada MIB dalam 30 hari sebelum memfailkan saman.
5. MIB hanya bayar kecederaan. Ganti rugi kenderaan, harta benda, kehilangan pendapatan dan seumpamanya  tidak dilindungi.
6. Jumlah bayaran ditentukan MIB sendiri

Nampak tak kelemahannya disitu? MIB Cuma boleh claim kecerderaan sahaja. Gantirugi kenderaan tak termasuk. Aku cedera sikit saja, motor yang teruk. Jadi, tak berbaloi la kalau nak buat.

Kalau korang nak buat, kena ada :

1. Surat kepada MIB mengandungi perincian kejadian, sebab tuntutan dan senarai dokumen.
2. Repot polis.
3. Repot polis kenderaan yang melanggar (jika ada).
4. Laporan perubatan

Hantar dokumen di atas kepada:

Motor Insurers' Bureau of West Malaysia
Wisma Piam
No 150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Faks: 03-2274 5910

Claim melalui saman mahkamah



Ni cara extreme sikit. Korang boleh saman ke mahkamah dan minta ganti rugi terhadap pesalah/pelanggar tersebut. Tu pun kalau korang memang tak bersalah la dalam kemalangan tu.

Cara nak saman ni datang daripada seorang peguam bernama Nor Zabetha. Ini cara yang beliau berikan :

1) Tangkap gambar kereta yang melanggar, tangkap gambar kereta kita (untuk simpanan peribadi atau sebagai rekod sendiri walaupun selepas laporan polis, polis akan tangkap gambar. Lebih elok jika ada rekod sendiri).

2) Tangkap gambar/ salin no plat kenderaan yang melanggar.Maklumat no.pendaftaran penting sebab perlu buat carian JPJ untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan pemilik kenderaan.

3) Tangkap gambar roadtax pelanggar (untuk pastikan roadtax/insurans masih ada untuk kita tahu tindakan seterusnya seperti memasukkan dalam report polis)

4) PENTING!!!- Minta nombor telefon dan nama pelanggar-nama penuh, kalau dia hendak berikan kerjasama minta nama dan nombor kad pengenalan. Kita boleh menyaman pemandu dengan informasi yang cukup. Kalau dia enggan terpaksa kita ambil tindakan terhadap pemilik.

5) Buat laporan polis bagi kemalangan dalam tempoh 24 jam. Polis akan tangkap gambar kemalangan dan membuat laporan penuh serta lakaran kemalangan.

6) Hubungi pihak insurans anda.

7) Sekiranya pelanggar tiada lesen atau insurans. Anda selesaikan urusan pembaikian dahulu. Lantik peguam. Mulakan tindakan di mahkamah. Selepas dapat perintah untuk pelanggar membayar oleh mahkamah (penghakiman) mulakan tindakan untuk membankrapkan atau menyita atau lain-lain.

Kalau aku nak buat macam ni, memang banyak cerita pulak nanti siap nak bawa kes ke mahkamah. Banyak kerja pulak. Hmm.. last2, aku terpaksa calim insurance sendiri je. Sabor je la.


sumber dan rujukan :
1. Blogmazeer. (2018 Dec 13). Apa yang perlu anda buat jika kenderaan dilanggar pemandu tiada lesen dan cukai jalan tamat tempoh? peguan ini ajar cara selesaikan, jangan panik ok!!. Blogmazeer.com. dipetik dari https://www.blogmazeer.com/2018/12/apa-yang-anda-perlu-buat-jika-kenderaan.html
2. pandulaju. (2017 May 21). #ApaNakBuat: Kena Langgar, Tapi Kenderaan Tiada Insurans, Boleh Claim atau Tidak. dipetik dari https://pandulaju.com.my/apanakbuat-kena-langgar-tapi-kenderaan-tiada-insurans-boleh-claim-atau-tidak/
3. Nor Zabetha (2018 Jun 25). facebook post. dipetik dari https://www.facebook.com/zabetha/posts/10214041104214922

36 comments:

  1. Hi would you mind sharing which blog platform
    you're using? I'm going to start my own blog in the
    near future but I'm having a difficult time selecting between BlogEngine/Wordpress/B2evolution and Drupal.
    The reason I ask is because your design and style seems different then most blogs and I'm looking for something unique.
    P.S My apologies for getting off-topic but I had to ask!

    ReplyDelete
  2. benda nak jadi kan. nk saman lagi panjang cerita. nasib masa kereta kitaorg excident ari tu yang melanggar suruh claim atas kereta dia je. itu pun lepas kami contact banyak kali. sbb janji memula dia nk bayar ganti rugi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahaya kalau nk setel luar ni macam tu la.. tinggi possibility orang yg salah nk lari..

      Delete
  3. Alhamdulillah mujur tak teruk sangat ya!
    Arwah Abah Mrs. A pun pernah kena langgar kereta gostan tak tengok belakang.
    Tapi husband proceed amik lawyer saman tapi dapatlah settle luar mahkamah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dapat settle luar mahkamah, senang cerita sikit..

      Delete
  4. Subhanallah nasib baik x patah..dah tu callar2 jekla ye alhamdulillah yg penting selamat..agak leceh l la kalau nk claim kalau mcm ni walau ada 2 cara pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. leceh sangat.. kalau klaim insuran sendiri tu senang, cuma makan masa sikit la..

      Delete
  5. Kadang kita dah carefull tp org lain lak menyondol adehh

    ReplyDelete
  6. Abis tu dpt mc berapa hari??? Lama x gadis bertudung biru tu masuk ‘wad’

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan badan dapat la MC 4 hari.. tapi si gadis bertudung biru sampai sekarang dah 3 minggu dalam wad tak keluar2 lagi..

      Delete
  7. Walau x leh nk claim insuran org yg langgar tu..leh x minta dia duit cash sbb kelalaian semasa memandu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yg saya buat.. sebab kalau ikut procedure betul, saya report polis sebut nombor plate kereta tu, konfom kereta kena sita. dia kena bayar saman sebab salah melanggar dah rm300, dah sebab kereta x de roadtax lagi, kena saman lagi..

      dari sia bayar duit tu buat bayar saman, baik dia bayar kat saya.. so, saya x sebut la nombor plate keerta tu.. ada la jugak pampasan sikit..

      Delete
  8. Seriau part ni. .. Mmg xreti sgt part claim2 ni.. .

    ReplyDelete
  9. Perkongsian yg bagus utk rujukan siapa2 yg memerlukan ni.. btw, mujurlah tiada yg lebih buruk berlaku pada bro PhaIs. Semoga dipermudahkan semua urusan.. aamiin.

    ReplyDelete
  10. ada option lain lg rupanya ye.,
    baru ku tahu., huhu😅

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah tiada kecederaan pada diri itu yang lebih penting.

    moto boleh cari ganti

    ReplyDelete
  12. tips yang baik...pernah baca tapi tak mahir sangat sebab tak pernah guna

    ReplyDelete
  13. Bagus info ini. Kesian si tudung biru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaaann.. kesian jugak tuan dia nih, sekarang hari2 pi kerja naik kapcai je..

      Delete
  14. allahuakhbar. baru tahu berita ni Faiz..
    hang bawak motor tu elok2 laaa weh. tak kira sapa salah..
    elok2 gak bawak !!

    ReplyDelete
  15. Get well soon bro. Saya pun bulan 8 eksiden jugak tapi bukan dilanggar. Tapi terlanggar jalan berminyak. Lepas eksiden bukan tgk keadaan diri tapi tengok motor dulu. Berderai hati. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks.. betol tu.. sakit tgok moto lagi pedih daripada sakit yang tengah rasa masa tu.. hehehe

      Delete
  16. Allahu.. semoga cepat sihat ye pha is Dan en tudung biru.. dah ke Volvo keras..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah sihat, Alhamdulillah.. moto je masih di bengkel..

      Delete
  17. Ada cara rupanya.. tapi ramai yang tak tahu.. yang saman tu memang extrem..

    ReplyDelete
  18. wahh leceh jugak cara dia..huhu..pape pon ni boleh simpan jd rujukan di masa hadapan..tq for sharing

    ReplyDelete
  19. hari tu dlm grup WA member ada share psl ni...

    apa2 pn semoga cepat sembuh
    syafakallah....

    ReplyDelete