26.12.18

Kisah laki bini : Kasut


Kisah laki bini : Kasut


Sebelum ni aku pernah cerita pasal kasut antara lelaki dan perempuan (lihat entri Perempuan dan kasut). Tapi kali ni dari segi perspektif yang berbeza sedikit. Kisahnya begini.

Situasi 1 


Isteri : abang, kasut biy ni dah 3 tahun dah pakai tau!
Suami : boleh tahan jugak kasut tu. (kemudian sambung tengok video youtube)

Padahal cakap je kasut dah lama, tapi maksud tersirat dia nak suruh belikan kasut baru. Hmm.. Betul tak? Yang perempuan baik mengaku cepat.

Maklumlah, ayat orang perempuan ni kan penuh dengan maksud tersirat. Cakap lain, maksud d hati nak lain. Kalau nak rumah tangga bahagia, si suami kena cepat tangkap maksud tersirat setiap kata-kata isteri. Fuh, jenuh!


Dah la bab kasut, tak boleh nak buat main-main. Bak kata classmate perempuan aku dulu, “girls are never satisfied with just one pair of shoes.”

Situasi 2


Suami : kasut abang tu dah 3 tahun pakai dah tau.
Isteri : nak beli kasut baru lettew.
Suami : tak lah. Tak nak tukar lagi. Nak tengok sejauh mana ketahanan kasut ni boleh pergi.

senang. Tak ada maksud tersirat apa-apa. Hahaha..

30 comments:

  1. Haha. ... Perempuan sentiasa dengan maksud tersirat dia.

    ReplyDelete
  2. Hahaha rasa macam kejam jer situasi pertama tu

    ReplyDelete
  3. Sis JM x de mengadu kat sapa2 so x de la maksud tersirat or tersurat..walau kasut baru lagi tp time shopping nampak kasut murah dan lawa beli jek 😂

    ReplyDelete
  4. Tentang kasut, semua perempuan ada sedikit imelda marcos dalam diri mereka, jangan tak tahu.

    ReplyDelete
  5. sebab salah paham cenggini lah boleh bawak gaduh haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, smpai cerai pun ada, padahal bnda kecik ja.. Hmm..

      Delete
  6. hahaha macam wallet la...lelaki boleh pakai sampai koyak rabak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ni betul. Sayang nk tukar wallet wlaupun dh buruk koyak rabak.

      Delete
  7. kalau asyik guna yg sama, kasut eepat rosak..kena ada 2, 3 pasang..hihi...pompuan & kasut & handbag berpisah tiada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kasut beli bukan murah2. . Smua mahal2.. X kan xde kualiti.. Hahaha.. Tgok kasut lelaki, beli rm40 je, tahan 3-4 tahun. . Hahaha

      Delete
  8. Oh yeke? Laki takde makna tersirat bila cakap something? Erm..susahnya nak faham..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah. Kami straight to the point. Xde bengkang bengkok koner2.. Hahaha

      Delete
  9. Lama tak melawat blog ni. Dah lain dah. Nampak kemas. Nampak macam blog orang dewasa. Dah tak nampak macam blog budak-budak.

    Entri ni dua dalam satu. Nak cerita fasal perbezaan komunikasi di antara lelaki dan perempuan dan pada masa yang sama nak ketengahkan isu kasut perbezaan di antara lelaki dan perempuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Blog kna berubah ikut keadaan..

      Isu tu betul. Isu normal dlm rumah tangga.. Cewwah.. Haa

      Delete
  10. Lelaki biasanya mmg bersabar dan straight to the point. Klu bab kasut pula, ada wanita yg penuh satu bilik dia dgn koleksi kasut je huhu.. :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju.. lelaki pun ada macam tu, tapi jrang sangat,

      Delete
  11. sy iyakan saja haha btw happy new year 2019

    ReplyDelete
  12. pernah teringat kisah kasut putus...kenangan lalu....

    ReplyDelete
  13. hahaha... dh ada bini mcm tu la. dulu single boleh bt keputusan sendiri

    ReplyDelete