Pencapaian hidup - Hikayat Budak Pening Hikayat Budak Pening: Pencapaian hidup

18.12.18

Pencapaian hidup


Pencapaian hidup


Korang ada tak target life achievement (pencapaian hidup)? Pencapaian hidup ni dia macam impian, tapi lebih kepada target. Contohnya, aku ada seorang kawan ni, dia kata nanti bila dah masuk umur 40 tahun, sekurang-kurangnya dia nak dapat gelaran dato’.

Macam tu la lebih kurang. Impian yang korang target nak capai dalam kehidupan. Contoh lain, ada orang achievement yang dia nak capai adalah untuk pergi haji, pergi melancong ke semua Negara, jadi jutawan atau dapat sesuatu jawatan.


life achievement


Aku tiba-tiba terfikir nak tulis pasal pencapaian hidup ni bila aku dapat tahu salah seorang rakan blogger aku, Cik Ein (Eintan Nurfuzie) pemilik blog nurfuzie.com telah Berjaya capai salah satu target pencapaian hidup aku.


Baru-baru ni, khabarnya beliau bakal menjadi penulis kepada sebuah buku yang akan diterbitkan tak lama lagi. Fuh, jeles tau. Sebab pencapaian hidup aku, seumur hidup rasa macam nak juga jadi penulis buku walaupun sekali.

Seorang penulis buku



Impian aku ni timbul sejak tingkatan 4 rasanya. Masa tu aku ada tulis beberapa cerpen. Tapi malu aku nak share sebab tulisan budak tak matang sangat. Hahaha. Ada la satu dua cerpen yang aku pernah publish dalam blog aku ni suatu ketika dulu.

So far selain pernah jadi penulis cerpen syok sendiri, Cuma berjaya jadi penulis blog, dan sebuah research paper ja. kira pencapaian jugak la kat situ, I guess.


Korang pulak? Share la sikit target life achievement korang. Kot-kot ada yang sama. 

34 comments:

  1. silalah share cerpen tu mama suka baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada pernah share dalam blog ni.. malas nk cari.. heheh

      Delete
  2. Tahniah, rasanya semua orang ada target dalam kehidupan ni..dan ada kaitan dengan kuasa Allah untuk kabulkan sesuai dengan usaha gigih..

    ReplyDelete
  3. yep. Menjadi penulis yang diterbitkan karyanya adalah salah satu pencapaian hidup saya jugak. InsyaAllah...bila tu tak pernah pulak tahu. semoga semua impian dan wishlist kita semua jadi kenyataan. Amin!

    ReplyDelete
  4. Nak print semua entri kat blog & jadikan buku, tapi baca utk diri sendiri je sambil tergelak & rindu zaman-zaman dulu. Ni bukan target tapi more to wishlist kottttt

    ReplyDelete
  5. sy nk jadi penulis, sy boleh bantu...jgn segan2 pm tepi ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurang paham sikit dengan ayat tu.. tapi kalau nk pm pun, x ada idea lagi nk tulis pasal apa.. heehhe.

      Delete
  6. ckp psl pencapaian, sy nak buka katering... kalau tak dapat katering, apa2 bidang yg berkait dgn mknn pn x kisah... insya allah... otw ke arah tu...

    ReplyDelete
  7. Semoga impian terlaksana...nk jadi penulis buku xsusah cuma siapkan nskrip n hantr kpd penerbit ...manfaatkan bakat anugerah Allah

    ReplyDelete
  8. xde lagi impian sampai menjadi penulis buku tp dapat teruskan minat dan update blog sentiasa pun dah kira satu pencapaian yang baik juga kan hehe..nak terus istiqamah dalam menghasilkan karya dalam blog semoga ianya bermanfaat untuk semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. bukan senang nk istiqamah nk tulis blog.. ramai dah kecundang blog x aktif.. hehehe..

      Delete
  9. Semoga dipermudahkan jln untuk mencapai semua target dgn sebaiknya.. aamiin ya Rabb :)

    ReplyDelete
  10. tak pernah terfikir utk ada life achievement. hahaha... sumer nyer short term achievement je.

    ReplyDelete
  11. Entah la. .Xpernah target apa pon sebelum ni. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada setengah orang mmg tak pikir pun pasal ni.. x semua orang ada.. lain orang lain cara.. hehehe

      Delete
  12. Rasanya Pha Is ni boleh buat buku pasal motor atau perjalanan dengan gadis tudung birunya. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada terfikir nak buat macam tu, tapi bila ikirkan target audience yang jenis kurang membaca, rasa macam tak berbaloi.. geng2 mat moto lebih suka baca forum, x pun tgok video kat youtube, daripada beli dan baca buku..

      Delete
  13. Cik ein tu ke?? Kenal la..wowww hebat! Bila dh ada target inshaa allah akan tercapai

    ReplyDelete
  14. Sis Jm target nk pegi umrah in shaa allah..target nk jadi penulis tu mmg x mampu..tulis blog pun carca marba..target dpt pergi melancong jek la 😬 itupun kalau ada rezeki lebih aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin.. smoga dipermudahkan urusan umrah nnti..

      Delete
  15. Macam takde target hidup je saya ni, cuma nak berbakti pada suami dan keluarga je. Erm..rasanya kena set target pasni satu..

    ReplyDelete
  16. Waktu kecik dulu, akak nak jadi penulis skrip, lps tu jadi penulis novel pula. Byk draf tulisan akak jadi bahan bacaan emak sbb akak x sembunyi, so emak jumpa bila mengemas rmh. Tapi skrg jgn ckp tulis novel, nak tulis blogpost pun payah! ;) Akak doakan semoga impian hidup Pha Is akan menjadi kenyataan. Usaha tangga kejayaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh.. saya cuma sempat tulis beberapa cerpen je.. nk tulis novel belum ada kekuatan.. hehehe..

      amiin.. thanks.

      Delete
  17. tahniah buat dia...caiyok caiyok pha is....

    ReplyDelete

Hikayat Budak Pening © . Designed by MaisarahSidi.com