6.12.18

Bahagian tempat tidur suami isteri atas katil


Sebelum aku kawin, dah banyak kali aku tengok gambar macam kat atas tu. Lepas kahwin, bahagian tempat tidur lelaki atas katil akan hanya kecik berbanding perempuan. Mula-mula, aku ingat gambar tu Cuma sekadar lawak, situasi dan keadaan yang saja dilebih-lebihkan. Tak kan la lelaki punya tempat tidur kecik tu saja. Kan?

But son, I was wrong. This is THE reality. So, bagi mereka yang belum kahwin, lelaki terutamanya, Brace Yourself! Ini lah yang akan terjadi kat korang nanti.

Bahagian tempat tidur suami isteri atas katil


Tapi, korang jangan salah sangka. It’s not a bad thing actually. Bukan benda yang negative. Tapi positif. Kalau tak jadi macam tu, mungkin ada something wrong somewhere.

Kenapa jadi macam tu? Disebabkan sifat perempuan yang lebih lembut dan suka bermanja, bila waktu tidur diorang akan merapat, dan peluk korang masa tidur. Korang dah jadi bantal peluk diorang.

Sebab tu pembahagian tempat tidur akan jadi macam tu. In fact, realitinya akan lebih jadi macam kat bawah ni sebenarnya. Tempat korang, dia akan mai himpit sekali, tapi tempat dia akan jadi ruang kosong yang tak digunakan.


Its better this way. Lebih baik macam ni. kalau dia tak jadi macam ni, sangat-sangat bahaya! Sebab kalau tak jadi macam tu, mesti ada something wrong, kemungkinan besar dia merajuk. Hahaha..

Am I right? Pernah jadi tak kat korang?


p/s : tengok entri sebelom-sebelom ni asyik pasal moto je. lepas ni nak try menulis pasal rumah tangga pulak la.. aci tak? hehehe
 

54 comments:

  1. mesti terus lena bila dipeluk isteri kan?

    ReplyDelete
  2. Suka juga di peluk. Tapi den jenis tiap seminit pusing sana tiap seminit pusing sini... Sampai la lena.. Org rumah da malas peluk sbb dia yg ssh tidur. Wakakakaka

    ReplyDelete
  3. bila dah 5 orang anak..space akan berubah lagi hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. jangan kata 5 orang, sorang anak pun dah jadi lain..

      Delete
  4. hahaha takboleh komen, belum kahwin kahkah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ops.. dah kawen ni =nti mai komen lain.. hehehe

      Delete
  5. tak kawen lg tp not bad bf baca kt sebelah ni. hahaha

    ReplyDelete
  6. Tu yg bertambah bahagia.. suami mmg slalu kena berkorban hehee :)

    ReplyDelete
  7. Kitorang kalau tido hotel terus semua 4 orang atas katil. Biasanya side husband la yang paling kecik..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya x perlu tunggu 4 orang, bertiga pun dah compact bahagian si suami tu..

      Delete
  8. hehehe.. itu je komen akak.. hahaha..

    ReplyDelete
  9. Mula-mula camtu la, masuk jam 3-4 husband cakap dia selalu kena gusti, hahaha

    ReplyDelete
  10. Bangun pagi ruang kosong di tengah-tengah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti mungkin ruang kosong tu terisi pulak..

      Delete
  11. tu lom ada anak lg... last2 suami tido kt sofa dpn tv. anak ngan isteri atas katil hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang isteri tidur dengan kucing-kucingnya hahaha...

      Delete
    2. kesian suami, kalah dengan anak bulus..

      Delete
  12. Hehehe... tak jugak kalau Mrs. A terbalik dia yang datang merapat hehehe...

    ReplyDelete
  13. Bila sudah lama suami marah isteri trespass.

    ReplyDelete
  14. takpe. nanti dah ada baby, baby lak conquer hat tengah tu. hahaha... anak aku siap memusing lagi bila tdo.

    ReplyDelete
  15. Pestime Pha Is nak kongsi bab rumah tangga ye. Sikit ruang untuk suami tidur takpe sebab kalau jatuh pun dari katil je bukan macam jatuh motor. Hehehe. 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perli la tapi kenyataan. Hahahaha

      Delete
    2. tapi sakit lagi kalau jatuh cinta tapi x dibalas.. kan? hahaha

      Delete
  16. Sib baik kosong kat hujung tei kalau kosong kat tengah 🥶

    ReplyDelete
  17. Ingatkan space beso utk ‘her’ sbb bila dah kahwin isteri kan makin gemok so she need a big space x gitew 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. okay, part ni saya langsung x terpikir.. hahahaha

      Delete
  18. Ada tak suami jadikan isteri sbg bantal pelok jadinya ruang lelaki lebih beso 😂

    ReplyDelete
  19. tak tahu pulak nak komen apa hahaha

    ReplyDelete