17.7.18

Sebatang Pen Biru



Baru-baru ini kat instastory, blogger yang agak lama aku kenal dia sebelum ini (imantizz_truper pemilik blog cintasampaisyurgaabadi.blogspot.com) ada Tanya aku, “macam mana kenal wife?”. Fuh, sebok je nak tahu. Hahaha..

So, aku pun dah tak banyak idea nak menulis apa, aku pun share je la kat sini. Senang. Boleh cerita panjang lebar. Hahaha..

Semuanya bermula bila aku kena lapor diri kat JKN Penang untuk penempatan Farmasi FRP aku. Masa tu JKN masih lagi di bangunan KOMTAR. Lepas sampai kat lobi, aku cakap nak lapor diri, then orang tu suruh aku sign senarai kehadiran. Lepas sign, aku tengok semua list nama, mana tau kot-kot ada yang aku kenal.

Ada la beberapa nama yang aku perasan. Kebanyakannya nama-nama junior aku. Tapi tak semua aku tau muka. Cuma nama tu aku familiar dan pernah dengar je. Maybe friend kat FB.

Lepas sign kena isi borang. Aku pergi ke sofa tepi tu. Ada meja, senang aku nak tulis. Cuma ada sorang je budak perempuan duduk kat situ. Muka aku tak kenal. Lepas letak beg dengan helmet, baru aku perasan yang aku tak bawa pen. Alamak.

Pen yang aku sign tadi jenis dah ikat kat kaunter lobi. Hmm.. tak ada pilihan lain, try je la Tanya budak perempuan depan aku ni, nak pinjam pen.

“err.. boleh pinjam pen tak?”

Dia pun bagi la pinjam sebatang pen biru yang lengkap bersticker tertulis “Nabila punye”. Sambil aku isi borang, aku cuba ingat-ingat balik senarai nama yang lapor diri untuk hari tu. Sebab aku rasa ada 1 nama Nabila yang aku perasan ada dalam senarai. Aku cam sebab aku rasa nama tu familiar. Aku syak nama junior aku. Nurul Nabila Amer.

“Nabila Amer kan?” aku cuba Tanya. Dia angguk.

Owh, junior aku rupanya. Hahaha.. tak pelik pun kalau aku tak kenal sebab aku memang tak kenal sangat dengan junior. Lagi-lagi perempuan.



Tapi, itu la kan.. Kalau belum jodoh, kalau masanya belum sampai, belajar kat tempat yang sama bertahun-tahun pun, tak kenal jugak, tak terserempak jugak. Tapi bila masanya dah sampai, semuanya jadi.

Pasal pen tu, aku tak ingat macam mana, tapi aku simpan sampai habis lapor diri. Sama ada aku mintak kat dia nak pinjam sampai habis lapor diri, atau dia yang offer nak bagi pinjam sampai habis, aku tak sure.

Sebab masa briefing, pen masih lagi ada kat aku. then aku ke tandas. Keluar je dari tandas, semua dah keluar. Alamak, macam mana nak pulangkan pen ni. Aku Tanya orang yang brief tadi, dia kata semua kena pergi ke bangunan persekutuan jalan anson pulak.

So, kat sana jumpa dia lagi. Baru ada kesempatan nak pulangkan pen tu...

Sebatang pen biru
secoret pertemuan
pada baris cerita
kamu dan aku
yang menjadi kita

-pha is





Bersambung…..

4.7.18

Sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2018


Selalu kita dengar pasal hari ibu, hari guru, hari pekerja, haru jururawat, tapi korang pernah dengar tak tentang Hari Farmasi Sedunia? Eh wujud ke? Ha, tak ramai orang tahu kewujudan hari farmasi ni. Even ahli farmasi sendiri pun ada yang tak tau bila tarikh dia! Hahahaha..

Sebab kami ni low profile. Tak ada pun orang yang pandang. Apatah lagi nak menghargai tugas dan pengorbanan kami. Berlalu ja hari farmasi, tak ada orang nak wish pun.. hmmm..

(tacing kejap)

25 September Hari Farmasi Sedunia


So, there you have it. Hari farmasi sedunia disambut setiap tahun pada 25 September seluruh dunia. Jadi lepas ni kalau pergi ambil ubat kar kaunter farmasi, atau pergi kedai farmasi pada tarikh tu, boleh la wish kat kami, “selamat hari farmasi”. Baru la ada semangat sikit nak kerja.J


Sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2018



Bersempena dengan Hari Farmasi Sedunia ni, sepertimana tahun lepas, tahun ni Bahagaian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Farmasi Malaysia dan Persatuan Komuniti Farmasi Malaysia akan anjurkan Sambutan hari farmasi Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2018.

Ini tahun kedua kerjasama seperti ini dijalankan. Untuk info pasal tahun lepas, boleh tengok sini : Sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2017.

Sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2018 ini akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 11-12 ogos 2018
Masa : 10pagi – 10 malam
Tempat : Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya.

Aktiviti menarik sepanjang Sambutan hari Farmasi Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2018



Macam-macam aktiviti menarik yang diadakan kat sana. Antaranya adalah pameran kesihatan, ceramah kesihatan, aktiviti Zumba, dan pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA!

Ada jugak persembahan yang best. Antaranya persembahan Karate Kids dan Pharmacy Got Talents.

Selain tu ada beberapa pertandingan yang korang boleh join. Hadiah pun lumayan. Antara pertandingan yang dipertandingkan termasuklah :
-pertandinag teka kapsul
-pertandingan selfie
-pertandingan spelling bee (katagory bawah 12 tahun dan atas 50 tahun)

gambar pada sambutan hari farmasi sedunia peringkat negeri pulau pinang tahun lepas
aku dan team emcee

sepanjang Sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2018 ni, aku bertugas kat sana sebagai emcee / DJ. Jom! Jumpa disana.!

Untuk maklumat lanjut boleh lihat entri ini : Sambutan Hari Farmasi Sedunia 2018 Peringkat Pulau Pinang