4.7.18

Sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2018


Selalu kita dengar pasal hari ibu, hari guru, hari pekerja, haru jururawat, tapi korang pernah dengar tak tentang Hari Farmasi Sedunia? Eh wujud ke? Ha, tak ramai orang tahu kewujudan hari farmasi ni. Even ahli farmasi sendiri pun ada yang tak tau bila tarikh dia! Hahahaha..

Sebab kami ni low profile. Tak ada pun orang yang pandang. Apatah lagi nak menghargai tugas dan pengorbanan kami. Berlalu ja hari farmasi, tak ada orang nak wish pun.. hmmm..

(tacing kejap)

25 September Hari Farmasi Sedunia


So, there you have it. Hari farmasi sedunia disambut setiap tahun pada 25 September seluruh dunia. Jadi lepas ni kalau pergi ambil ubat kar kaunter farmasi, atau pergi kedai farmasi pada tarikh tu, boleh la wish kat kami, “selamat hari farmasi”. Baru la ada semangat sikit nak kerja.J


Sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2018



Bersempena dengan Hari Farmasi Sedunia ni, sepertimana tahun lepas, tahun ni Bahagaian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Farmasi Malaysia dan Persatuan Komuniti Farmasi Malaysia akan anjurkan Sambutan hari farmasi Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2018.

Ini tahun kedua kerjasama seperti ini dijalankan. Untuk info pasal tahun lepas, boleh tengok sini : Sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2017.

Sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2018 ini akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 11-12 ogos 2018
Masa : 10pagi – 10 malam
Tempat : Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya.

Aktiviti menarik sepanjang Sambutan hari Farmasi Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2018



Macam-macam aktiviti menarik yang diadakan kat sana. Antaranya adalah pameran kesihatan, ceramah kesihatan, aktiviti Zumba, dan pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA!

Ada jugak persembahan yang best. Antaranya persembahan Karate Kids dan Pharmacy Got Talents.

Selain tu ada beberapa pertandingan yang korang boleh join. Hadiah pun lumayan. Antara pertandingan yang dipertandingkan termasuklah :
-pertandinag teka kapsul
-pertandingan selfie
-pertandingan spelling bee (katagory bawah 12 tahun dan atas 50 tahun)

gambar pada sambutan hari farmasi sedunia peringkat negeri pulau pinang tahun lepas
aku dan team emcee

sepanjang Sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2018 ni, aku bertugas kat sana sebagai emcee / DJ. Jom! Jumpa disana.!

Untuk maklumat lanjut boleh lihat entri ini : Sambutan Hari Farmasi Sedunia 2018 Peringkat Pulau Pinang




32 comments:

  1. Selamat sambut hari farmasi wah hebat phais jadi mcee tu

    ReplyDelete
  2. Ooo baru tau ada hari farmasi....
    25 September.. Nnt bole wish kt adik ipar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhaah.. wow, adik ipar pharmacist jugak ke..?

      Delete
  3. Oh! baru tahu hari farmasi sedunia adalah pada 25 September setiap tahun.

    Meriah juga sambutannya tu macam-macam aktiviti coming

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama dah x ada sambutan.. sejak tahun lepas je baru nk start hidupkan sambutan hari farmasi ni..

      Delete
  4. macam-macam aktiviti juga di Hari sambutan Peringkat negeri ni.

    Selamat Hari Farmasi ucap awal2 haha

    ReplyDelete
  5. menariknye....selamat menjadi dejayy...

    ReplyDelete
  6. mmg buat saban tahun ke event mcm ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru 2 tahun kita buat tiap2 tahun.. sebelum ni x ada orang nk buat. hehehe

      Delete
  7. Replies
    1. kalau nina mai mesti lagi havoc

      Delete
    2. thn depan habaq awai2.. haha boleh mai mintak sign

      Delete
  8. Selamat menyambut hari farmasi yang bakal tiba yer

    ReplyDelete
  9. Acara mcm ni mmg sgt bagus. Anak saya pun suka bidang farmasi ni sbb bagi saya dlm jurusan sains, bidang farmasi ada prospek yg luas dan bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2.. sekarang bidang farmasi dah semakin meluas..

      Delete
  10. Saya percaya ramai sudah sedar akan peranan penting pharmacist. Bagi saya, selepas baca entry ini baru tahu ada Hari Farmasi Sedunia. Selamat Hari Farmasi.

    ReplyDelete
  11. ooo..baru tahu..pharmacist sgt penting dlm dunia kesihatan...bekerja di belakang tabir..unsung heroes..

    ReplyDelete
  12. Rasa macam dah komen tapi nak komen lagi, selamat hari farmasi sedunia...

    ReplyDelete
  13. pharmacy got talent? kalu mng bleh buat almbum ke? ;-)

    ReplyDelete
  14. menarik..
    wah jd emcee ye..mmg jnis 'kepoh' la ni ye..hehe guro je

    ReplyDelete