29.11.17

False hope is just a plain cruel


Harapan palsu


Aku tersentuh dengan satu isu masa aku tengah layan cerita tv series “The Good Doctor”, sebuah cerita berkenaan dunia perubatan yang bagi aku agak menarik, terutamanya bila cerita ini dihasilkan oleh orang yang sama yang mencipta tv series “House MD”.

Situasi


Contoh situasinya begini. Katakan korang sebagai doctor menerima seorang pesakit kanser tahap 4 yang mungkin ada hanya beberapa bulan sahaja lagi masa untuk hidup. Tapi bila korang check balik, ada kemungkinan diagnose sebelum ni “false positive”. Tapi kemungkinan tu Cuma 0.3%.

Dan untuk nak pastikan kemungkinan sama ada betul pesakit tu ada kanser atau tak, korang kena jalankan 1 jenis test yang mahal.

Persoalannya, adakah korang akan bagitau pesakit tu tentang kemungkinan yang dia sebenarnya tak ada kanser, dalam erti kata lain memberikan harapan kepada pesakit tu tapi harapan yang sangat-sangat tipis, 0.3% dan jalankan ujian yang mahal tersebut?

Atau korang diamkan sebab takut nanti bila hasil ujian tu negative which is 99.7% possibility, takut pesakit tu bertambah sedih. Dalam erti kata lain, korang tak nak bagi harapan palsu kepada pesakit tu.

False hope is just a plain cruel


Betul, harapan palsu itu suatu yang menyakitkan. Tidak kira sama ada situasi dalam kes seperti ini ataupun dalam hal-hal. Malah, dalam soal hati dan perasaan, memberi harapan palsu merupakan suatu kekejaman.

hope is a strong weapon



Tapi dalam kes medical atas tu, personally aku lebih prefer untuk memberikan harapan. Aku masih beranggapan bahawa “hope is a strong weapon”. Harapan adalah senjata yang kuat. Cuma kadang-kala masalahnya weapon tu boleh jadi untuk melindungi, dan boleh juga untuk membinasakan.

Bagi aku, a little hope is better than no hope at all.
So, Yeah. I'm an optimistic kind of person.


Harapan adalah doa. Bila kita berharap, dalam masa yang sama kita berdoa dan mengharap ianya terjadi. Dalam dunia islam sendiri sangat popular dengan hadis yang selalu disebut-sebut bahawa doa itu senjata orang beriman, walaupun ianya tidak sahih.

عَنْ عَلِيٍّ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: ” الدُّعَاءُ سِلاحُ الْمُؤْمِنِ، وَعِمَادُ الدِّينِ، وَنُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ

Dari Ali R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
"Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi".
[H.R. Al-Hakim (Al-Mustadrak 1/492)]

Status hadis : tidak sahih disebabkan sanad yang sangat lemah. Malah Syaikh Al-Albaaniy menggolongkan hadits ini ke dalam hadits palsu sebagaimana ditulis dalam Adh-Dha’iifah 1/328.[1]

there can be no true despair without hope


Jadi, kalau korang pulak dalam kes ni macam mana? nak bagi harapan yang sangat tipis atau tak nak terbagi harapan palsu?




rujukan
1. Abu Ahmad. (2014 Jan 30). Kelemahan Hadits Do’a Senjata Orang Mu’min. Al-Muhandisun. Dipetik dari https://muhandisun.wordpress.com/2014/01/30/kelemahan-hadits-doa-senjata-orang-mumin/

14.11.17

Teori Konsep Sederhana


Teori konsep Sederhana


Aku ada satu teori. Well, buakn teori fizik pun tapi lebih kepada cara aku melihat dunia dari kaca mata dan pandangan aku. Suka untuk aku ingatkan, ini bukan fakta! Cuma sekadar pandangan aku dalam sesuatu isu dan keadaan.

Sederhana dalam islam


I’m sure yang korang pernah dengar sebuah hadis nabi ni kan, pasal hidup beserdehana:

إِنَّ الْبَذَاَةَ مِنَ الْإيْمَانِ

Sesungguhnya hidup sederhana termasuk cabang dari iman.
[Bahjatul-Akhyâr, 202.]

Dan ayat al-quran dari surah Al-Furqan ayat 67,

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. (Al-Furqaan 25:67)


Sederhana dalam alam melayu


Dalam alam melayu sendiri, konsep sederhana juga dititik beratkan dalam sebuah pepatah yang menyebut:

“buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali”

Jangan jadi jahat. Jadi baik. Tapi buat baik jangan terlampau baik sangat. Sederhana dalam menjadi baik.


Jenis-jenis sederhana


Tapi sejauh mana tahap bersederhana tu? Aku melihat tahap sederhana ini dapat kita bahagi kepada 2 jenis. Iaitu sederhana median dan sederhana mode. Saja aku guna istilah simple statistic dalam matematik (mode, mean, dan median) supaya senang Nampak. 


Sederhana median 


Sederhana median ni macam cara kita nak kira median dalam 1 set nilai. Kita ambil yang betul-betul kat tengah. Contohnya kalau diberi nilai antara 0 hingga 100, maka sederhana median tu mestilah tepat-tepat nilai 50.


Pandangan aku, kebanyakan situasi dan kadaan yang berlaku dalam hidup, kita tak boleh nak gunakan sederhana median. 

Contoh dalam kes pepatah melayu tu, kalau digunakan konsep sederhana median, maka orang tu baik 50% dan jahat 50%. Macam huru hara pulak. Macam bipolar atau ada split personality. Kejap baik, kejap jahat.

Sederhana mode


Sederhana mode tu bergantung kepada keadaan. Tak kisah mana-mana bahagian yang diantara dua limit asalkan tidak terlalu berlebihan dan tidak terlalu berkurangan. Contohnya, sederhana mode itu andai diberi pilihan nilai 0 hingga 100, boleh jadi 60, dan boleh jadi 20, tak kisah nilai berapa asalkan bukan nilai 0 atau 100.


Dan sederhana mode ni pulak nilai dia tak tetap, tapi bergantung kepada situasi dan pandangan semasa. Contohnya nilai sederhana mode pada pandangan orang Malaysia mungkin tak sama dengan pandangan orang amerika.  

Banyak hal yang aku Nampak dalam kehidupan, lebih sesuai pilih sederhana mode. Seperti pepatah melayu antara baik dan jahat tu, jika diberi skala 0 hingga 100 dimana nilai 0 adalah sangat jahat dan nilai 100 adalah sangat baik, masa sederhana mode boleh jadi nilainya 80.

Dia secara amnya baik, tapi tak terlalu baik sampai nilai 100 yang akhirnya membuatkan dia “dipijak”. Dan sebagai manusia, kita tak dapat lari dari kesilapan. Tiada orang yang sempurna. Walaupun baik itu ideal, tapi sedikit sebanyak akan ada jugak ‘kejahatan’ dalam diri dia. 

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali. Bagi aku dalam pepatah ni sendiri sangat tepat dengan teori sederhana mode. Pepatah ni suruh tinggalkan jahat secara total, tapi dia tak suruh pulak buat baik sebaiknya secara total. Dia suruh besederhana dalam buat baik! 

Tapi kenapa nilai 80? Kenapa bukan 90? Sebab itu la aku cakap tadi nilai sederhana mode ni tak tetap, tapi bergantung kepada situasi dan pandangan semasa. Mungkin pada pandangan seseorang, baik nilai 80 dah okay. Tapi ada yang nak kejar nilai tertinggi sehingga 99, dan ada juga yang asalkan dia baik, nilai 60 pun okay dah.

Selebihnya, korang dah boleh fikir sendiri kan konsep ni?

Sederhana adalah fitrah


ini pandangan peribadi aku sendiri. Dalam buruk baik manusia, tak mungkin seseorang tu buruk 100% dan tak mungkin jugak dia baik 100% walau macam mana sekalipun dia berusaha kearah tu.  Konsep sederhana aku ni dah macam fitrah manusia.


Sebaliknya, walau macam mana sekalipun dia berusaha untuk menjadi baik, akan ada terpalit kejahatan pada diri dia. Macam tu jugak la dengan orang yang berusaha menjadi jahat, tak banyak, sedikit pun, akan ada jugak kebaikan yang dia buat walaupun tanpa dia sedar.


Motif?


Jadi, apa gunanya teori baik buruk dengan gunakan konsep sederhana mode ni? kenapa nak penat-penat buat serabut kepala pikir pasal benda ni? what’s the point???

Pointnya disini, tak ada manusia yang sempurna. Tak ada manusia yang baik 100% melainkan rasul yang maksum. Melalui konsep ni, pengajaran yang kita boleh ambil.

1. apabila kita melihat orang yang dipandang masyarakat sebagai seorang yang sangat baik, tetapi tiba-tiba kita dapat tahu dia ada melakukan 1 kejahatan. Tak perlu nak merasa heran. Sebaik mana pun manusia, mesti akan ada dosa.

Sama la kesnya dengan orang yang terkenal dengan kejahatannya. Rupanya bila dia dah mati, ada orang buka cerita rupanya ada 1 amalan baik dia selalu buat yang kecil, tapi tak ramai orang tahu. Itu normal!  

2. jangan menghukum manusia dengan secalit kesalahan yang dia buat sehinggakan kita lupa banyak kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan. 

3. jangan memandang rendah pada orang yang kita rasa dia jahat. Kita tak tahu mungkin ada sedikit perbuatan baik yang dia lakukan, walaupun sedikit tapi ikhlas seginggakan disebabkan amalan kecil yang ikhlas itu Tuhan terima sehingga darjat dia disisi Tuhan lebih tinggi daripada kita yang perasan baik dan suka menghukum ni.      

Disclaimer : again, ini Cuma pandagan aku 


p/s : Dalam hal ni, dan dalam beberapa hal yang lain, aku suka menggunakan konsep binomial distribution. Banyak sebenarnya konsep hidup aku yang aku suka untuk gambarkan dalam bentuk graf loceng terbalik ni. contoh macam dalam entri ini : Cantik Itu Abstrak 



aku ingin mencintaimu dengan sederhana;
dengan kata yang tak sempat diucapkan
kayu kepada api yang menjadikannya abu 
aku ingin mencintaimu dengan sederhana;
dengan isyarat yang tak sempat disampaikan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada 
-Sapardi Djoko Damono


7.11.17

Menarik di Georgetown Herittage Chocolate

 Georgetown Herittage Chocolate

Penang sememangnya terkenal dengan makanan yang sedap dan tempat-tempat tarikan pelancong. kali ni aku nak share kat korang 1 tempat yang merupakan 2 dalam 1! tempat tarikan pelancong, dan juga makanan yang menarik, hanya di Georgetown Herittage Chocolate.


Lokasi Georgetown Herittage Chocolate


team Blogger Utara terjah  Georgetown Herittage Chocolate!

Georgetown Herittage Chocolate ni senang je nak cari. ianya terletak di no. 30, Lebuh Light, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang. Google atau waze je "Georgetown Herittage Chocolate", mesti jumpa punya. (Coordinate : 5.421161, 100.339607)

Lokasinya memang strategik, berdekatan dengan Padang Kota Lama. kalau korang singgah Padang Kota Lama atau Fort Cornwallis, cuma jalan kaki je dari situ.


Georgetown Herittage Chocolate  : Chocolate Berkualiti Dengan Harga Terbaik!



kat sini, selain coklat import yang berkualiti, ada juga terdapat GHC Premium Handmade Chocolate iaitu coklat buatan tangan yang dihasilkan di kedai tu sendiri. dan coklat yang terdapat di sini ada macam-macam jenis jugak, dari jenis truffle, praline, panned chocolate, chocolate cake, chocolate bar, hinggalah ke brownies.

GHC Premium Handmade Chocolate 



Dan yang jenis praline pun ada macam-macam jenis. Praline ni yang jenis ada macam "inti" kat dalam coklat bar tu. macam-macam isi ada. Ada coconut, raspberry, blueberry, dan yang paling unik, praline durian! kat oversea pun tak ada jual tau! hahaha..

praline durian


Georgetown Herittage Chocolate  : The 1st 3D Chocolate Museum



Di tingkat atas Georgetown Herittage Chocolate ni terdapat 3D Chocolate Museum. Aku dah masuk, memang berbaloi dan berinformasi. Semua tentang coklat yang perlu korang tau ada kat sini. Memang tak boring walaupun pasal sejarah coklat. Serius, sejarah pasal coklat ni agak menarik sebenarnya.

10 biji koko je dah boleh tempah pelacur. hahaha

harga dia pun berpatutan. cuma RM14 bagi dewasa dan RM10.00 bagi kanak-kanak. ni dah siap diskaun, harga istimewa untuk rakyat malaysia yang mempunyai mykad. kalau pelancong asing harga lain.

Georgetown Herittage Chocolate


sebarang maklumat dan pertanyaan boleh terus contac Georgetown Herittage Chocolate seperti dibawah :

Georgetown Herittage Chocolate,
No 30, Lebuh Light,
10200, Georgetown, Penang, Malaysia

Sun-Sat 10:00 AM - 08:00 PM

Tel: +604261 0118
E-Mail: penang.ghc@gmail.com

official website : http://georgetownherittagechocolate.com
facebook : https://www.facebook.com/penang.ghc/
instagram : http://www.instagram.com/georgetown_herittage_chocolate